Monday, 13 February 2017

Pesanan PENTING kepada anak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ِ
*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد*ٍ

C&P dari group sebelah :

JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK :

Selalunya ketika kita sudah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

- Nanti mak abah dah tak ada korang jangan gaduh-gaduh.
- Harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat.
- Bila raya balik jenguk rumah pusaka.

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita di alam sana.

Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yang tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnect. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, untuk kebaikan our own future :

- Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang.
- Jangan lupa bacakan Surah Al-Mulk untuk mak abah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak abah di kubur.
- Doakan kebaikan untuk mak abah setiap hari.

Ini yang lebih penting untuk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dengan amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Al-Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak abah, buat setiap hari.

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan minum everyday, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak. Sebab, jarang anak yang ingatkan mak ayah (ibu bapa) mereka yang sudah meninggal dunia. Masa meninggal dunia je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengan harta pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca al-fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan mak abah (ibu bapa) nya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun sudah kembali ke alam sana.

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Al-Quran & sedekah yang ikhlas yang BERMANFAAT untuk kita di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, mak abah (ibu bapa) nya yang mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,

Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.

Ingatlah,

Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada anak 2 orang dan, seorang anak yang telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah 5 tahun lepas.

Setiap hari saya cuba yang terbaik untuk sambungkan kasih sayang kepada arwah mak abah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :
*'dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).*

Semoga. Tolong sama-sama doakan mak abah (ibu bapa) kita yang telah pergi.

Everyday.

Ustaz Asraff Ayobb.

Tuan puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Al-Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Al-Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat.

Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Al-Quran akan datang sebagai pembantu untuk backup & topup mana yang tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu.

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com