Friday, 10 February 2017

Nira Nipah



Pengenalan pokok nipah

Nira nipah merupakan minuman asli yang masih mendapat sambutan bukan sahaja dari masyarakat Melayu tetapi juga dari kaum-kaum lain. Di kampung-kampung, perusahaan nira nipah telah memberi hasil atau pendapatan sampingan yang paling menguntungkan. Hampir kesemua bahagian pokok nipah dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Pokok nipah atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya sebagai "nypa fruiticans" hidup di kawasan berpaya, lembah dan berlumpur. Ia mempunyai batang sulur bawah tanah dan akar palma ini biasanya tersembunyi di dalam lumpur di mana ia tumbuh dan jarang didapati terdedah di kawasan hakisan pinggir laut. Lapisan udara serta asas daun pokok nipah ini memberikan daya apungan yang tinggi kepada akarnya. Daun tua akan gugur apabila lapisan peluruhan sepanjang 2 kaki berlaku di bahagian terbawah anak daun. 

Lapisan peluruhan kedua muncul di tempat di mana daun lebar pokok itu bercantum dengan akar. Pelepah nipah boleh dijadikan atap yang baik dan di mana sahaja boleh dilihat pelepah pokok ini ditebang tetapi anak-anak pokok muda dipelihara. Manakala kutikel daun muda yang mempunyai kulit luar yang kukuh, ditanggalkan, dipotong mengikut saiz, dibungkus dan dijual di seluruh negara sebagai rokok daun.

Manakala pohonnya keluar di hujung sulur dan batangnya bercabang serta membentuk serumpun nipah. Manakala bunga nipah, keluar di celah-celah pelepahnya dan bergugus di hujung tangkai, menghasilkan buah. Sesudah itu barulah buah dipangkas untuk mendapatkan air nira dan jambangan bunga nipah menghasilkan gula yang banyak kira-kira 1 pain sehari selama 3 bulan di mana hasilnya lebih kurang 11 gelen. Manakala titisan getah pokok nipah ini boleh dijadikan arak atau tuak. Malahan buah nipah berbentuk seperti baji. Struktur buahnya sama seperti buah kelapa. Buah ini ada sabut, tempurung, isi dan air.Isi buah yang muda boleh dimakan dan biji benihnya yang matang sangat keras. Pokok nipah terdapat 3 jenis di antaranya:
  1. Pokok nipah sawa
    Pokok nipah sawa mempunyai bentuk tangkai yang panjang, perdu dan pelepah serta batang yang besar dan jangka hayatnya cuma selama 3 bulan.

  2. Pokok nipah tembaga 
  3. Pokok nipah tembaga mempunyai bentuk tangkai yang sederhana, perdu dan pelepah serta batang sederhana besar dan jangka hayatnya selama 2 bulan sahaja.

  4. Pokok nipah ekor tikus
    Pokok nipah ekor tikus pula mempunyai bentuk tangkai, perdu dan pelepah serta batang yang kecil kecuali buahnya sahaja besar dan jangka hayatnya selama 28 hari sahaja boleh menghasilkan nira.

2 comments:

  1. Ohh... kakak baru tahu pokok nipah ni boleh tanam jauh dari laut. Kalau di kampung mertua kakak banyak tapi di tepian sungai. Buah dia sama. Nira kakak tak pernah rasa tapi yg muda tu berjelly sedap - buat berbuka puasa lagi best:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya dia tumbuh berdekatan laut kak,yang bezanya dari segi rasanya nnt.air nira nipah akan rasa lebih manis.
      Skrg diorg buat kawasan utk rekreasi lg.jiran dekat rumah di kedah memang dia jual air nira ni.nnt turun kedah,kak boleh bgtau.hihi

      Delete

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com