Sunday, 28 November 2021
5 reasons to invest in gold or precious metal
Wednesday, 27 October 2021
FAKTA KEKUATAN EMAS BERBANDING WANG TUNAI
“Amri, nak pinjam duit boleh. Masuk gaji aku bayar”.
Biasa kan dengar dialog macam ni?
Ada satu kisah ni, kawan Amri nama Abu nak pinjam duit. Janji lepas gaji Abu bayar. Tapi masalahnya Abu diberhentikan kerja tak lama lepas tu. Maka, tak dapatlah Abu bayar balik duit yang Abu pinjam daripada Amri. Sudahlah begitu, barang-barang yang Abu beli, Abu mintak Amri yang tolong bayarkan. Dah la Amri ni duit pun cukup-cukup je, kena pulak bayar barang – barang yang Abu beli. Habis macam tue je duit Amri.
Sebenanya apa yang berlaku pada Amri ni pernah berlaku kepada negara Hungary. Malah, Hungary telah memegang rekod kadar inflasi yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah.
Kisahnya macam ni. Ketika Jerman terlibat dalam peperangan, sebagai negara sekutu, Hungary telah memberikan pinjaman kepada negara Jerman. Malangnya, kekalahan Jerman menyebabkan hutang tersebut tidak dapat dibayar kembali kepada Hungary.
Sudahlah begitu, Hungary juga dipaksa untuk membayar kos baik pulih kepada Soviet. Kerosakan infrastuktur yang teruk menyebabkan bekalan bahan yang diperlukan meningkat dengan laju.
Pada waktu yang sama, negara Hungary yang kekurangan dana telah mencetak wang dengan agresif tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara. Hasilnya, harga barangan meningkat dengan sangat laju setinggi 13,600,000,000,000,000%. Setiap 16 jam, harga barang akan naik sekali ganda. Fuh! Berpeluh gais!
Akhirnya, kerajaan Hungary telah mengambil langkah untuk menstabilkan mata wang dengan merombak sistem percukaian, membawa pulang simpanan emas dari negara lain dan memperkenalkan mata wang baru yang nilainya disokong oleh emas.
Kenapa emas? Sebab emas tidak boleh dicipta dan dihapuskan. Matawang yang disandarkan pada emas tidak mudah dimanipulasi nilainya. Jika kita semua faham perkara ini, kita pasti nak menabung emas sekarang! Duit yang digunakan untuk menabung emas hakikatnya tak habis sebab emas itu sendiri adalah ‘duit’. Ayuh! Kita mula menabung emas sikit-sikit hingga membukit.
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, boleh je hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
Friday, 8 October 2021
SCAM EMAS KLON
SCAM EMAS KLON
==≈==============
Cerita scam tidak pernah berkesudahan yang paling baru scammer emas menipu orang ramai dengan menjual emas palsu. Kaedah yang digunakan oleh scammer emas ini menipu orang ramai dengan cara memproses emas palsu dan menjualnya di pasaran.
Emas jongkong (gold bar) dan barang kemas dilakukan dengan menyadur emas di lapisan luar sahaja dan di bahagian dalamnya adalah logam tembaga dan tungsten yang menyerupai emas tulen.
Kenapa tembaga dan tungsten? Ini disebabkan tembaga seakan-akan warna emas. Manakala Tungsten bersifat logam ringan dan keras.
Ketulenan emas dirujuk sebagai karat. Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan iaitu emas 24k adalah emas 999.9, emas 22k adalah emas 916 dan emas 18k sebagai emas 750.
Sekiranya ketulenan emas perhiasan itu adalah 22k, akan ditanda dan diukir K22 atau 916 di bahagian dalam barang kemas tersebut. Tapi emas tiruan hanya terdapat ukiran K sahaja dengan tujuan untuk mengelirukan pelanggan.
Walaupun ada barang kemas ditanda atau diukir perkataan K22, terdapat beberapa kes penipuan di mana emas itu dicampur dengan logam lain yang bukan emas.
Biasanya, logam tiruan itu diletakkan di bahagian cangkuk kerana item ini kecil dan sukar dibezakan. Dan bahagian itu pula kita sering terlepas pandang untuk diperiksa.
Berbeza gold bar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan emasnya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer.
Oleh itu berhati-hatilah agar anda tidak terbeli emas klon atau emas celup yang diperbuat daripada logam saduran emas yang dihasilkan oleh scammer yang licik ini. Nak mudah? Pilih je jenama Public Gold yang dah ada berbelas-belas tahun track record.
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194641493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
GRED EMAS- MANA SATU PILIHAN ANDA?
Apabila melibatkan diri dalam pelaburan emas, ketahuilah posisi sebenar supaya kita boleh maksimumkan keuntungan.
Kita ini berada di dalam posisi penyimpan, pelabur atau peniaga emas? Jom, saya beritahu anda ciri-ciri supaya anda boleh mengenalpasti anda kategori yang mana :
1) Posisi penyimpan : Fokus kepada pertambahan gram emas. Ada sahaja duit lebih untuk simpanan jangka panjang tukarkan kepada gram emas. Tidak kisah harga naik atau turun yang penting kepingan emas atau gram emas bertambah. Apabila harga emas turun waktu itulah bonus untuk posisi penyimpan emas untuk memborong emas dengan harga diskaun.
2) Posisi pelabur : Fokus kepda nilai R M. Pelabur akan membeli emas dan apabila harga emas naik mereka akan jual untuk mendapat keuntungan.
Contoh modal RM 25,000 untuk mulakan belian emas, dapat 100g emas. Setelah berlaku kenaikan harga emas , harga emas mencecah kenaikan 10% iaitu R M27,5000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual.
Pelabur akan dapat keuntungan R M2,500 melalui pusingan tadi. Selepas itu pelabur akan ulang balik langkah yang sama bagi memaksimakan keuntungan.
3) Posisi peniaga : Bagi sesiapa yang hendak menambah gram sekaligus memaksimumkan R M, posisi terbaik adalah menjadi dealer atau ejen syarikat emas. Dealer emas , dapat menambahkan simpanan emas dan menjana R M hasil dari perniagaan emas. Emas bertambah , duit pun makin bertambah.
Dalam setiap posisi yang dipilih, tentukan matlamat dan penetapan fokus adalah penting. Fokus yang betul dan tepat akan membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jayanya. Yang menjadikan kita kaya bukan emas, tetapi ilmu emas.
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#kayaberjaya
EMAS SEBAGAI DUIT ANTARABANGSA
Emas bukanlah bukanlah voucher transaksi harian dalam keadaan biasa. Emas adalah logam penyimpanan nilai dan kekal sebagai matawang universal yang laku di seluruh dunia. Kalau berlaku kegawatan ekonomi, kita perlukan barang keperluan asas untuk hidup. Contoh kegawatan yang berlaku iaitu banjir yang menenggelamkan sebahagian besar kawasan negeri.
Pada waktu ini, kita sanggup bayar harga yang mahal untuk dapatkan barang keperluan. Berapa sahaja harganya kita sanggup membayarnya. Wang mungkin dah basah tenggelam dek air. Dalam situasi begini, matawang akan hilang nilai.
Untuk dapatkan barang keperluan, kita perlu membayarnya dengan sesuatu bayaran yang bernilai sebagai alat tukaran. Kalau duit tidak lagi bernilai, apakah alat tukaran yang diterima oleh semua sebagai sesuatu yang bernilai? Tentunya emas dan perak!
Pernah ada penyimpan emas di bawah keluaran syarikat Public Gold membawa jongkong emas ke luar negara dan menjualnya. Tak da masalah, emas Public Gold diterima untuk dijual malah ada sesetengah kedai emas luar negara membelinya dengan harga yang lebih tinggi berbanding jual di dalam negara.
Wah! Lazat bukan?
Sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beribu-ribu tahun emas dijadikan sebagai matawang antarabangsa. Emas merupakan alternatif yang baik selain membawa wang tunai semasa melancong keluar negara.
Wang kertas Ringgit Malaysia hanya sah digunakan di dalam negara Malaysia, sekiranya dibawa keluar negara, duit kertas Malaysia tidak boleh diguna pakai. Ada duit, belum tentu berduit. Ada emas? Sudah pasti berduit.
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#tokeilmuemas
Monday, 4 October 2021
EMAS ATASI KEBOCORAN WANG SIMPANAN
Ini adalah kebiasaan bila menyimpan wang kertas di dalam digit di akaun bank. Lama lama kita tengok duit kertas, lagi cepat habis. Kenapa?
Bila kita ada simpan duit yang banyak dalam akaun bank, secara tidak langsung nafsu kita nak membeli menjadi tinggi. Semakin ligat otak kita fikir untuk berbelanja. Barang yang mahal pun kita terasa murah. Handphone yang tak rosak mula rasa nak tukar baru, dengan alasan reward diri lah kunun….
Ini adalah masalah dalam kewangan yang jika tidak diubati, kita lambat kaya atau pun langsung tak kaya. Kekayaan bukan tentang berapa banyak wang yang kita anda. Tapi tentang berapa banyak yang kita simpan. Namun macam biasalah, simpan wang lama-kelamaan habis terguna atau bocor dek inflasi.
Emas? Simpan sikit-sikit lama kelamaan sukar bocor dan jadi lebih berdisiplin untuk menambahkan gram lagi dan lagi. Ini adalah rahsia orang kaya sebenarnya.
Jom! Tukarkan cara menyimpan duit kertas untuk upgrade duit kertas kepada bentuk logam yang bernilai iaitu emas. Emas menghilangkan nilai RM kita menjadi gram. Hilang RM secara tak langsung menghilangkan nafsu untuk membelanja. Fikiran kita hanya tertumpu berapa pertambahan gram emas yang kita simpan.
Biar kita rasa pokai , tetapi simpanan emas kita kekal ada. Dengan emas sebenarnya kita berduit. Nak mula menabung emas tapi modal kecik ya? Ada caranya….
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#kayaberjaya
KESAN INFLASI-PENURUNAN DALAM KUASA BELI WANG
KESAN INFLASI
==============
Kalau nak belanja sekarang memang kita akan guna duit kertas atau online banking, tetapi untuk simpanan Huda lebih suka menyimpan dalam bentuk emas berbanding wang kertas. Kerana emas adalah asset yang terbukti bertahan dan kalis inflasi sejak beribu-ribu tahun.Walaupun harga emas meningkat saban tahun, secara amnya Huda tidak menjual emas. Huda penyimpan emas. Mindset penyimpan emas adalah gram simpanan perlu bertambah. Ini yang penting.
Apabila harga emas naik, Huda rasa seronok. Apabila harga emas turun Huda lagi seronok kerana dapat membeli aset mahal dengan harga yang murah. Ini adalah mindset gold saver. Namun… yang tidak seronok hanyalah jika kepingan kepingan emas tidak bertambah.
Emas kalis inflasi dan nilai terjamin dalam jangkamasa panjang. Sekiranya kita simpan duit dalam bank dalam jangka masa panjang, memang ada dapat dividen, tetapi dividen yang dapat tidak dapat melindungi kekayaan kita dari inflasi dan kejatuhan wang ringgit. Malah, ada waktu tidak dapat melindungi kekayaan kita daripada kebocoran pun!
Pernah dengar nilai wang RM 1.00 zaman dulu tak sama dengan nilai RM 1.00 zaman sekarang? Itulah kesan inflasi. Saban tahun, nilai matawang mengecil tanpa kita sedar pun. Semakin simpan wang? Kita berisiko semakin miskin.
Lagipun sekarang tak perlu jadi orang kaya untuk menabung emas. Serendah RM100 kita boleh menabung secara berdikit di platform patuh Syariah akaun emas GAP.
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
DINAR DIGUNAKAN ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT
Matawang yang digunapakai pada zaman Rasullullah dan kerajaan Islam yang lain sebagai medium transaksi jual beli sejak berzaman dahulu adalah emas. Ini fakta sejak ribuan tahun dulu.
Dahulunya wujud wang kertas dollar digunakan sebagai baucar bagi mewakili emas. Setiap 35 dollar yang dicetak adalah bersandarkan kepada emas seberat satu troy oz (31.1g) .
Setelah Kerajaan Amerika mempunyai masalah ekonomi yang teruk akibat peperangan yang panjang dengan Vietnam, sistem kewangan telah dimanipulasikan. Pada waktu itu, wang kertas telah dicetak tanpa lagi bersandarkan kepada emas.
Nilai wang kertas, bukan terletak pada nilai wang tetapi dengan jaminan kerajaan. Jika kita perasan, duit syiling RM 1, duit kertas RM 500, dan duit kertas RM 1000 bila kerajaan isytihar tidak lagi bernilai , maka nilainya hilang begitu sahaja dan tidak lagi laku di dalam pasaran.
Satu fakta yang kita perlu tahu adalah, emas dan perak telah digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, tidak binasa, dan tidak boleh dibinasakan dengan cara apa sekalipun.
Disebabkan faktor ini, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali-kali boleh jatuh nilainya menjadi kosong. Emas kekal dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman hingga kiamat.
Cuma ya, pemilihan jenama emas amat penting bagi penyimpan emas yang bijak. Maka, pastikan pilih jenama yang diakui seperti jenama Public Gold ya!
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
PERBANDINGAN PRESTASI RETURN
=============================
Kawan-kawan, kita kena faham bahawa kekayaan bukan hanya soal nombor. Ya, bukan hanya soal nombor.
Percaya atau tidak, adakala nombor ini menipu mata. Kan ada pepatah Omputih kata – ‘Age is just a number’. Maknanya, angka umur itu tidak 100% boleh menggambarkan the real situations dalam kebanyakan perkara.
Ada di kalangan kita mudah ‘tertipu’ dengan nombor dan digit di dalam akaun iaitu dividen yang diberikan oleh sesuatu institusi kerana minda telah diprogram bahawa kekayaan hanya soal nombor. Lagi besar nombor, lagi kaya seseorang. Sound legit dan logic bukan?
Baik, andai kata nombor adalah indikatornya, jom kita tengok prestasi dan perbandingan keuntungan dan kenaikan harga antara Axx, TH dan emas. Perlu untuk ditekankan di sini di mana perbandingan ni sebenarnya tidak sesuai. Tapi ramai juga yang cuba membandingkannya. Ibarat kata, gergaji dgn kapak. Kedua-dua gergaji dan kapak boleh pakai buat tebang pokok kan, persoalannya mana yang lebih sesuai. Betul?
Anda boleh lihat data dan jadual di bawah. Apa yang dapat kita simpulkan, kawan? Kalau untuk jangka pendek, ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan juga turun sampai 28%.
Purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun sejak 10 tahun lalu. Lepas tolak kos spread & zakat, untungnya sekitar 8% - 10%. TH (5%), Axx (5.5% lepas tolak zakat 2.5%).
Itu belum ambil kira tolak inflasi lagi sebanyak 4%. Jadi, untuk jangka panjang, kenaikan harga emas secara purata melebihi dari pulangan yang diberikan oleh Axx dan TH! Anda nak nombor tadi kan? Nahhhh kita lampirkan dengan nombor, kita datangkan dengan data, kita tunjukkan dengan angka sebenar.
Maknanya apa? Maknanya, purata kenaikan harga emas lebih cepat dan lebih besar dari dividen dari kedua-dua institusi ini. Minda kita percaya hanya pertambahan angka melalui dividen mendatangkan pulangan, tapi sebenarnya tidak! Cuma simpan emas ini anda perlu SABAR. Ye, sabar untuk minima 3 tahun ke atas. Tenang sajalah. Konsisten menabung.
Faham ke faham? Baik, kalau faham alhamdulillah. Pakat share ramai-ramai ye.
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#tokeilmuemas
SIMPAN TANPA TARGET
===================
Simpan emas mesti disusuli dengan MATLAMAT. Tanpa matlamat yang jelas ia seperti memandu tanpa arah. Seolah-olah menetapkan GPS ke arah yang belum pasti.
Menyimpan bila rasa nak simpan. Tak ada keinginan untuk memaksa diri. Bila ada lebihan duit baru nak menyimpan. Mindset ini perlu diubah jika nak serius menyimpan dan mengumpul kekayaan. Kita mesti utamakan menyimpan kemudian baru berbelanja.
Kita kena belanja diri sendiri dahulu dengan menyimpan minima 10% daripada gaji atau pendapatan sebagai simpanan kecemasaan.
Orang yang berjaya menyimpan emas apabila mereka jelas dengan matlamat dan konsisten menyimpan. Contohnya, mahu mengerjakan Haji/Umrah secara berpakej, selesaikan hutang, buat renovation rumah, dana perkahwinan dan sebagainya.
Bila matlamat kita jelas, kita secara konsisten akan menyimpan bagi mencapai target yang diimpikan tanpa mengira harga emas naik turun.
Matlamat yang jelas akan memudahkan kita mengenal pasti berapakah jumlah gram emas yang diperlukan dan tempoh masa untuk menjualnya.
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM MASA TERDEKAT?
BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM MASA TERDEKAT?
=============================
Tukar kesemua duit simpanan pada emas tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu kesilapan. Diulangi, kesilapan yang besar.
Contohnya, beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang. Ia adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut.
Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan bagi mendapatkan keuntungan kerana emas adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Emas juga ada susutnilainya, jadi kawan-kawan perlu memikirkan faktor susutnilai sebelum melabur emas.
Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya dijual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Emas yang dibeli perlu disimpan sekitar lebih tiga tahun.
Sebenarnya, duit yang nak digunakan dalam masa terdekat perlu ada cash di tangan bagi tujuan perlindungan dan kecemasan bila saat diperlukan tanpa diduga. Sebab itulah pentingnya ilmu dalam cabang emas situ sendiri ya!
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda ye di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#tokeilmuemas
#MindaaEmas
Friday, 1 October 2021
TAKUT HARGA EMAS TURUN?
TAKUT HARGA EMAS TURUN?π―
Orang yang kurang ilmu akan panik bila harga emas turun, takut nilai emas jatuh dan rasa rugi selepas menabung. Sedangkan harga emas dalam jangka masa pendek memang ada turun naiknya. Mana-mana pelaburan di dunia turun naik harga adalah normal.
Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya, tiga tahun ke atas. Harga emas confirm naik dalam jangka masa panjang dan jika dibiarkan peram lebih lama, ia lebih menguntungkan. Kita tak akan rugi selagi emas berada di tangan dan tidak dijual. Bila harga jatuh inilah masanya untuk kita tambah pelaburan dengan memborong emas. Harga emas jatuh adalah satu bonus.
NAK PANTAU HARGA EMAS?π―
Jangan buang masa jika kita asyik pantau harga emas turun naik dan tunggu sehingga tidak membuat belian emas maka itu tidak menguntungkan. Sebagai gold saver kita kena fokus pada simpanan.
Hanya dalam dua situasi kita boleh pantau harga emas:
# Masa nak beli emas bila ada duit
# Bila hendak menjual emas setelah capai target
Pembeli emas yang berilmu perlu konsisten membeli emas pada apa saja harga kerana kita boleh mengunakan teknik pemurataan harga untuk rendahkan kos per gram emas yang dibeli. Kelak bila harga emas naik kita dah nampak keuntungannya.
Sebagai contoh, beli 1 gram emas pada harga R M265 dan kemudiannya beli lagi 1 gram R M255, maka harga purata adalah R M260.
Sama ada trend emas naik atau rendah, anda perlu beli emas secara konsisten. Ia akan membantu anda memdapat harga purata yang lebih baik. Inilah strateginya.
BERHENTI MENYIMPAN BILA HARGA TINGGI?π―
Bila harga emas naik tinggi individu yang tidak berilmu akan sentiasa negatif lalu terus berhenti membeli emas. Mereka merasa rugi bila membeli emas pada harga yang tinggi. Sebaliknya, menunggu agar harga turun kemudian baru hendak membeli. Tapi bila harga turun kita masih bertangguh kerana mengharapkan harga turun lagi sehinggakan duit akhirnya habis dibelanjakan.
Sebenarnya, membeli emas walaupun berbeza harganya tidak menjadi masalah. Untuk mencapai matlamat menyimpan emas kita perlu konsisten membeli sama ada harga tinggi atau rendah. Bila konsisten membeli pada harga berbeza kita dapat buat kos pemurataan.
Contohnya, kita dah buat 5 kali pembelian pada harga yang berbeza, ada harga tinggi dan rendah. Kiraan berdasarkan harga per gram adalah: RM260, RM262, RM258, RM260, RM264
Jumlah kos belian: RM1,304 / 5 kali beli =RM260.8/gram (kos pergram). Kita dapat berjimat bila membeli secara konsisten. Sebagai penyimpan emas harga naik turun bukan ukuran. Yang penting simpanan emas kita sentiasa bertambah.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya ,Huda di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
Thursday, 30 September 2021
ALKISAH KUPON SERINGGIT
*ALKISAH KUPON SERINGGIT*
Zaman kawan-kawan ada ke guna kupon hari aktiviti sekolah? Ingat lagi zaman sekolah rendah kupon seringgit memang sinonim hari sukan, hari kantin, hari keusahawanan, hari anugerah cemerlang. Best sangat masa tu. Semua jual beli makanan melalui kupon sahaja.
Lagi banyak beli kupon lagi banyaklah berbelanja. Zaman dua puluh tahun lepas semua harga murah. Sosej dua batang baru seringgit. Koteow goreng seringgit, air balang lima puluh sen ja. Semua murahlah pada masa itu. Sekolah generasi Z sekarang masih ada lagi ke guna kupon macam ni?
Dulu pergi sekolah bawa seringgit dah mewah sangat. Mampu beli nasi lauk ayam dan air balang. Sekarang apa yang dapat dengan nilai R M1? Air balang sajalah kot? Masih ada lagi ke anak-anak yang bawa R M1 ke sekolah?
Peredaran zaman telah berubah seiring dengan teknologi dan ekonomi. Nasi lemak lima puluh sen dua puluh lima tahun lepas kini seringgit lima puluh sen. Lima tahun ke sepuluh tahun ke hadapan ni boleh bayangkah berapa harga nasi lemak ketika itu? Inilah yang dikatakan inflasi kenaikan harga.
Masih tunggu lagi tanpa tindakan simpanan yang kalis inflasi? Silakan. Pilihan di tangan anda. Sejarah telah membuktikan pada tahun 1997, matawang R M telah jatuh nilai sebanyak 50% dalam tempoh 12 bulan sahaja.
Namun emas? Sejak 1,400 tahun lepas hingga hari ini, 1 keping dinar emas masih kekal membeli seekor kambing. Emas, bukan setakat tidak menjadikan kita miskin tetapi menjadikan kuasa beli kita berkekalan selama beribu-ribu tahun.
Tak mampu menabung emas? Emas hanya untuk orang kaya? Oh tidak lagi. Sekarang dah ada platform GAP boleh menabung serendah R M100 sahaja.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
Wednesday, 29 September 2021
TIGA TEMPAT MELABUR
*TIGA TEMPAT MELABUR*
Kita selalu tertanya-tanya, apa tempat yang paling best untuk melabur, kan? Sudah tentulah pelbagai tempat kita boleh melabur. Untuk memudahkan cerita, saya pecahkan kepada :
1) Melabur di dalam ilmu:
Ini adalah cabang pelaburan yang terbaik. Dengan adanya ilmu, kita dapat memastikan diri kita memberi pemilikan pulangan yang infiniti. Dengan adanya ilmu boleh mencipta kekayaan dan mengembangkan kekayaan. Harta boleh habis tanpa ilmu. Tetapi dengan ilmu, wang seringgit boleh menjadi berganda ringgit.
2) Melabur dalam perniagaan sendiri:
Orang ingin menjadi kaya akan mencari peluang membina perniagaannya sendiri. Ini kerana
perniagaan sendiri adalah jalan terpantas membina kekayaan duit dan mendapat financial freedom. Carilah perniagaan yang betul-betul anda paling banyak ilmu tentangnya untuk melabur di dalamnya. Nak mudah? Jadi je dealer Public Gold dalam team saya. Perniagaan dapat! Emas pun dapat!
3) Melabur dalam asset:
Aset adalah apa-apa saja instrument yang meningkat harganya pada masa hadapan seperti emas, perak, hartanah, saham, ASB, Tabung haji, Unit Trust dan lain-lain. Setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri. Kalau nak melabur dan untung besar tapi tak nak tanggung risiko, itu adalah tidak logik. Oh ya!
Jangan bimbang. Nak melabur dalam cabang emas, saya sebagai dealer aktif PG akan membimbing anda supaya dapat memastikan anda jauh daripada risiko yang besar di dalam cabang emas.
Sebagai tambahan, untuk menabung di cabang emas pastikan berada di dalam circle yang betul. Bacalah 10 buku tentang pelaburan yang ingin diceburi sebelum melabur dalam mana-mana platform.
Begitulah...dapat sesuatu?
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
NAK JADI PENYIMPAN EMAS BERJAYA?
NAK JADI PENYIMPAN EMAS BERJAYA?
Untuk menjadi pelabur yang berjaya ada beberapa tindakan perlu dititikberatkan. Salah satunya adalah menjadi seorang pelabur yang berilmu.
Pertama bacalah minima sepuluh buah buku kewangan untuk mencari kesuaian pengalaman pelabur dalam menabung yang kena dengan jiwa kita.
Kedua adalah menabunglah sedikit demi sedikit untuk menambahkan simpanan dari semasa ke semasa. Elak melakukan pelaburan jumlah yang besar sebelum membuat apa-apa rujukan. Mulakan dengan modal yang sedikit terlebih dahulu untuk mencari corak pelaburan ini. Bagi simpanan emas di akaun GAP, untuk melihat hasilnya kita cuma perlu kekal memastikan gram bertambah dari bulan ke bulan.
Konsisten adalah kunci utama dalam menjadikan pelabur seorang yang sangat berjaya. Walaupun dengan pelaburan yang kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi besar. Sikit-sikit lama kelamaan menjadi bukit.
Jadilah seperti kura-kura walaupun lambat tetap mencapai matlamatnya berbanding dengan arnab laju tetapi terkandas di tengah jalan. Nak menabung emas Public Gold? Tak susah pun… Yang penting adalah mulakan Langkah Pertama.
Begitulah…
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
Tuesday, 28 September 2021
STRATEGI ASAS JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS
STRATEGI ASAS JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS
Pelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh memberikan kita keuntung segera. Namun, secara puratanya, kenaikan emas tahunan adalah sekitar 10% hingga 11% bergantung kepada pergerakan sebenar harga emas.
Dalam urusan simpanan, ada tiga strategi paling asas jana keuntungan dengan emas.
1) Beli dan Simpan (Gold Saver)
Beli emas dan simpan dalam jangka masa panjang dan jual balik apabila hendak mengambil keuntungan. Kita dapat keuntungan hasil kenaikan harga emas secara amnya sekitar 3 tahun.
Sementara menunggu harga emas naik, emas itu kita boleh manfaatkan untuk perkara lain seperti dijadikan modal pusingan bisnes dengan cara gadaian Ah Rahnu. Sementara dapat keuntungan perniagaan, segera tebus emas bagi menjimatkan kos upah simpan.
2) Beli, Jual, Beli, Jual (Gold Investor)
Strategi kedua dipanggil trading, iaitu beli harga rendah, jual apabila harganya tinggi secara kerap. Kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu asas Analisi Teknikal Harga Emas.
3) Berniaga Emas (Gold Dealer)
Strategi ini paling senang bagi yang ada modal dan serius mahu membina kerjaya. Jadi ejen syarikat emas. Kemudian beri kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas dan bimbing mereka tentang pelaburan emas yang betul. Setiap orang yang membeli melalui kita, syarikat emas akan bayar insentif sebagai komisyen atau margin jualan.
Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) atau Tabung Haji , kita akan dapat dividen setiap hujung tahun. Melabur dalam simpanan emas , tidak ada dividen namun keuntungannya adalah pada waktu kita selamatkan kekayaan kita melalui emas.
Konflik terjadi sebab kita tidak tahu dimanakah posisi kita sebenarnya dalam pelaburan emas. Golongan pelabur mindset fokus kepada kenaikan RM bukannya gram emas. Fokus sebenar kita ialah keuntungan yang dapat dijana dengan peningkatan harga emas berbanding modal yang kita keluarkan itu.
Golongan pelabur membeli emas pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi. Untuk mengenalpasti harga ini, perlu hadiri kelas Analis Teknikal Harga Emas . Didalam kelas ini, kita diajar membaca dan menganalisis graf pergerakan harga emas dunia berdasarkan perkembangan ekonomi dunia pada satu satu masa.
Tanpa ilmu ini, pelabur akan keliru bilakah sepatutnya membeli emas dan bila sepatutnya menjual emas? Pelabur emas bukan hendak simpan emas tetapi kita hanya mahu buat duit dengan naik turun harga emas.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Saya sudah. Kawan-kawan bila lagi?
#PublicGold
#PGG100Network
AKAUN GAP (Gold Accumulation Program)
AKAUN GAP (Gold Accumulation Program)
Kawan-kawan, nak tahu apa tu akaun GAP? Bukan nama serangga atau bukit bukau tau!
GAP adalah Gold Accumulation Program dimana boleh menabung sedikit demi sedikit serendah R M100. GAP adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan kita menabung secara sedikit demi sedikit mengikut bajet serendah R M100. Bahasa mudahnya? GAP adalah akaun simpanan emas.
Konsepnya lebih kurang sama dengan akaun bank. Bank merekod dan menyimpan digit wang, manakala akaun GAP merekod dan menyimpan gram emas setiap kali kita menabung emas. Menabunglah banyak mana pun dan penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti jongkong dan dinar. Best ke best?
Jom! Kita tengok kelebihan memiliki akaun emas GAP :
• Membolehkan penyimpan menabung emas serendah R M100
• Penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti dinar dan jongkong emas
• Akaun GAP dah lama dah disahkan patuh Syariah
• Transaksi GAP 24 jam, 365 hari macam KFC!
• Menabung di GAP adalah tanpa caj simpanan
• Tiada SST bagi emas simpanan di GAP
• Jual beli dan ar-rahnu boleh dilakukan secara online
• Mudah cepat dan jimat kos
• Penyimpan dapat beli harga on the spot
Jelas? Semudah ABC kan? Sangat berbaloi menyimpan di akaun GAP. Kalau kita tak menabung untuk diri sendiri, tak kan nak tunggu orang lain buatkan ye tak?
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya, Huda Rahim di www.wasap.my/60194741493
Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
Saya dah, kawan-kawan jom la sekali.
#PublicGold
#PGG100Network
Monday, 27 September 2021
PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH KE?
PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH KE?
JOM KENALI SYARIKAT PUBLIC GOLD
Public Gold tu syarikat apa?
MACAM MANA NAK DAFTAR AKAUN GAP ?
"Best ke best dengan AKAUN GAP ni? "




























