Pages

Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Thursday, 15 November 2018

CLEAR by Bonda Nor


Bulan lepas k.huda terpanggil utk ke Galeri Ilmu. Nak cari beberapa buku. Perancangan Allah itu Maha Mengetahui. Pada masa tu, penulis hebat Bonda Nor kebetulan ada di situ. Alhamdulillah, dpt la sebuah buku karangan beliau.

Dalam hati ni,mmg la nk sangat tunjuk ajar dari sifu ni..Ada rezeki, kita jumpa lagi. Doa lagi,moga kita ketemu lagi.

Thursday, 2 March 2017

Pesta Buku Selangor 2017


Pesta Buku Selangor menjelang lagi..mari-mari pesta buku kembali lagi. 30Mac 2017--9 April 2017 bertempat di SACC . Marilah peminat-peminat Ilmu sekalian ke pesta berkenaan. Jumpa anda di sanaaaaa.

#kembarailmu
#kembaraHayati

Saturday, 7 January 2017

Kembara Hayati-Buku


Melangkah keluar dari Komuter ke KL Sentral terus je menghayun kaki ke KFC mana tak nye. Perut dah WARNING. Tetiba je ternampak la satu susuk tubuh mcm dikenali. Tektik biasa, tgkap gambar dari jauh n terus whasapp. Sah, betul.

Maka berdua2an la kaki ini melangkah ke KFC. Selesai saje aktiviti mengenyangkan perut, apa lagi. Dalam hati, kalau la disurungkan bantal, pasti ku x menolak..hihihi.

Itu la orang kata, kalu dah hantu buku tu, kemana saja kalu nmpk je kedai buku mesti singgah walau x da dalam jadual. Dari jauh tu dh nmpk dahhhhh..

Kat kedai tingkat atas  tu, terdapat buku2 versi Melayu dan Inggeris. Jenuh la nk baca. Rasanya setahun pon blm tentu tu. "Seronoknya kalu impian jadi kenyataan, buku2 ini ada dalam mini library ku"...

Sempat juga sambar buku tu dan ...tertarik dengan permainan budak2.mula laaa nostalgia menjelma. Card Happy family, ...mcm2 la ada. Kalu sesiapa nk belia buku bahasa inggeris n map, postcard,sourvenier, jemputlah ke sana sendiri untuk menikmatinya.

SALAM SUBUH..😚

Friday, 9 December 2016

Persidangan Buku antarabangsa 2016


Subjek
: Jemputan Menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016 (MAPIM) - Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)
Assalamualaikum  & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Penerbit IIUM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) akan menganjurkan Expo Buku Malaysia kali ke-8, butir-butir seperti di bawah: 
Tarikh
14 – 18 Disember 2016

Tempat
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
Bersempena itu, YPBN juga akan menganjurkan:
  1. Persidangan Buku Antarabangsa pada 14 – 15 Disember 2016
  2. Majlis Anugerah Buku Negara pada 14 Disember 2016
  3. Ekspo Industri Kreatif  pada 14 – 18 Disember 2016 
  4. Malam Gala Anugerah Telenovela pada 17 Disember 2016
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Penganjur dengan segala hormatnya memohon sokongan dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selaku penggiat industri perbukuan Malaysia untuk turut serta menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 
Setiap penggerai yang mengambil bahagian juga diwajibkan menghantar wakil untuk menyertai program ini.
Bersama ini dilampirkan borang penyertaan. Borang yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah diemail dengan kadar yang segera untuk mengesahkan kehadiran kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya." target="_blank">secretariat.ypbn@gmail.com atau faks ke 03-20786101. Penyertaan adalah percuma sahaja.
Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke majlis yang bersejarah ini akan menyemarakkan lagi perkembangan industri perbukuan di Malaysia.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-
1. Pn. Maznah Awang
    Tel : 012-652 4501
    Emel : maznahypbn@yahoo.com
2. Pn. Rushanim Rushdi
    Tel : 019-311 8801
    Emel : rushanimypbn@yahoo.com

Keterangan lanjut layari; 

Saturday, 19 November 2016

Kampung buku Langkawi, Kedah


Assalamualaikum.
Sebenarnya sudah lama saya mencari info mengenai kampung buku di Langkawi ini. Saya amat teruja apabila pada tahun 1997 telah di buka di Langkawi. Almaklum la, pelajar lagi pada zaman tu. Walaubagaimanapun, setelah pengunduran YB Tan Sri Junid, seolah2 kampung buku ini juga sunyi sepi. Saya amat2 teringin ke sana walaupon saya adalah berasal dari Kedah namun belum berkesempatan ke sana. Sekarang saya sedang mengumpul maklumat tentang kampung buku ini. Mudah2an saya dapat info yang positif. Di bawah ini antara rencana yang saya dapat.

rencana


ARKIB : 11/04/2007

Menghidupkan semula Kampung Buku Langkawi

KAMPUNG Buku pertama di negara ini dibuka di Lubuk Semilang, Langkawi pada 3 Disember 1997 oleh Perdana Menteri, ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Penubuhannya adalah dari buah fikiran seorang yang terkenal sebagai ulat buku di negara ini, Tan Sri Sanusi Junid, ketika itu Menteri Besar Kedah.
Ia adalah hasil lawatannya ke beberapa buah Kampung dan Bandar Buku, antaranya Hay-on-Wyne di Wales United Kingdom, yang terkenal dan terawal ditubuhkan oleh Richard Booth pada tahun 1961 dan Redu di Belgium, Bredevoort, Netherlands yang bermula pada 1993.
Hari ini terdapat lebih 40 buah Kampung dan Bandar Buku di dunia yang berkembang pesat dengan keupayaan menarik jutaan peminat buku dari seluruh dunia. Ia dihubungkan pula melalui sebuah organisasi yang dikenali sebagai International Organisation of Book Towns (IOB). Bandar Buku terkenal di dunia termasuklah di Montereggio, Itali, Sedberg England, Fjaerland dan Tvedestrand Norway, Wigtown Scotland dan Wunsdorf, Jerman.
Bezanya ialah kebanyakan Kampung Buku atau Bandar Buku ini terletak di kawasan yang didiami penduduk dengan kemudahan-kemudahan yang dapat dinikmati bersama. Manakala di Langkawi istimewa kerana Kampung Buku dibina di kawasan berlatarbelakangkan alam yang sungguh tenang, pokok-pokok dan air terjun terkenal sebagai kawasan riadah dan rekreasi.
Ia terletak di kawasan seluas kira-kira 202 hektar dengan tumpuan kepada kira-kira 14 hektar di Hulu Melaka, Langkawi. Ia menempatkan pada awalnya enam buah bangunan kemudiannya dibina sembilan lagi rumah yang dirancang sebagai galeri seni, kedai buku dan kafeteria.
Misinya amat murni iaitu untuk memupuk budaya Iqra’ di kalangan rakyat negara ini dan sekali gus menjadi pusat tumpuan penjualan buku terpakai serta sebagai produk pelancongan yang dapat menarik 25 juta pencinta buku sedunia ke Langkawi.
Pada akhirnya Kampung Buku ini dihajati menjadi sebuah Pusat Ilmu dan Pusat Pemangkin Penulisan Buku.
Malah, ketika berucap di majlis perasmiannya, Tan Sri Sanusi turut melontarkan harapan untuk menubuhkan Langkawi University of Tomorrow yang bertujuan mengkhususkan kepada pengajian maritim dan aeroangkasa serta mengharapkan agar Langkawi dapat menjadi pusat edaran buku Asia.
Hari ini, papan tanda ke Kampung Buku Langkawi telah dicabut. Rumah yang masih beroperasi dalam keadaan yang agak menyedihkan walaupun bukunya agak banyak. Pemandu teksi sudah tidak tahu wujudnya Kampung Buku Langkawi, jauh sekalilah agaknya para pemandu pelancong. Sembilan buah rumah yang disiapkan kemudiannya semakin uzur.
Namanya, walaupun masih terdapat dalam laman web pelancongan, cukup memalukan untuk mengundang para peminat buku dunia mengunjunginya. Dalam dingin air terjun dan kedamaian rimbanya, Kampung Buku Langkawi tidak lagi mempunyai apa-apa yang boleh menggamit pengunjung ke sini.
Kawasan yang dahulunya pernah dinobatkan sebagai pemenang anugerah pertama Taman Pertanian/Hutan Lipur Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Landskap 1999 kini semakin lesu dan terbiar. Kampung Buku yang diusahakan oleh Yayasan Kampung Buku Malaysia ini dikatakan mula terbiar apabila Tan Sri Sanusi Junid tidak lagi menjadi Menteri Besar Kedah.
Mujurlah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah kini tampil untuk melakukan pembaikan dan memajukan. Pertemuan kira-kira 100 orang dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang baru-baru ini dijemput untuk membincangkan tentang masa depan Kampung Buku Langkawi adalah langkah terpuji.
Gesaan Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk memulihkan Kampung Buku Langkawi harus disusul dengan gerak kerja segera, paling tidak menjelang Disember ini - 10 tahun selepas gegak gempita perasmiannya dahulu.
Acara-acara bercorak keilmuan, daripada bacaan buku, membawa kanak-kanak sekolah menghayati buku, sains dan alamnya, membanyakkan kembali buku-buku dan mempromosikan secara terancang dalam peta pelancongan Langkawi wajar dilakukan segera.
Aktiviti yang rancak dilakukan dahulu seperti acara seni dan budaya, diskusi ilmiah secara santai, teater, pertandingan catur dan lain-lain sebagai acara mingguan atau harian tentu dapat membantu mengembalikan kemeriahannya.
Barangkali cadangan melantik pihak swasta mengendalikannya dengan pelan korporat yang lengkap, memajukan sebagai pelancongan alam, menyediakan kemudahan yang lebih baik.
Orang yang dilantik mengetuai operasi ini seharusnya berpandangan jauh, cintakan buku dan ilmu pengetahuan, mempunyai jaringan perhubungan yang luas serta mempunyai otak perniagaan yang dapat memasarkannya ke pentas dunia.
Yayasan Kampung Buku Malaysia memaklumkan Melaka akan membuka Kampung Buku pada hujung bulan ini, diikuti dirancangkan di Johor, Kelantan dan Kampus UIAM, Gombak.
Kampung Buku sewajarnya menjadi budaya kita dalam memartabatkan ilmu dan memastikan rakyat negara ini sentiasa menjadikan buku sebagai wadah ilmu yang utama. Ia mampu menyemai budaya Iqra’ sebagai satu tuntutan agama.
Pengalaman Kampung Buku Langkawi harus diambil kira dalam membangunkan mana-mana Kampung Buku di negara ini.
Yang penting ialah memastikan bahawa Kampung Buku dapat menjadi tarikan pelancong ilmu dari dalam dan luar negara kebanggaan negara selaras dengan hasrat Perdana Menteri melahirkan sumber manusia minda kelas pertama.
* MOHAMAD ABDULLAH ialah Timbalan Pendaftar Universiti Sains Malaysia.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz4QNnig4ZG
© Utusan Melayu (M) Bhd