Pages

Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Monday, 26 November 2018

SOLAT TAUBAT

SOLAT TAUBAT
=============

Foto google
πŸ“– Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.
πŸ“– Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Amek wudhu. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki). Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..
✔   Ψ£Ψ΅َΩ„ِّي Ψ³ُΩ†َّΨ©َ Ψ§Ω„ΨͺَوبَΨ©ِ Ψ±َΩƒَΨΉَΨͺَيْΩ†ِ Ω„ِΩ„Ω‡ِ ΨͺَΨΉΨ§Ω„Ω‰َ
✔ "Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala"   [Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
πŸ’¬ Baca do'a Iftitah dan al Fatihah mcm biasa.
πŸ“– Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x    (Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
πŸ“– Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.
πŸ“– Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a  Nabi Yunus a.s.
πŸ“  "La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
πŸ“ Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
✔  "AstaghfiruLLaHhal'adziim /
    AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih."
πŸ“– Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
πŸ“– Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
πŸ“– Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah. Merayulah..
πŸ“– Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH..
πŸ“– Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
πŸ“– Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa. Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;
✔ "Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar"
πŸ“– Pastu duduk diam atas sejadah,  ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
πŸ“ Imam al-Ghazali ada cakap..
✔  Tanda hati kita sudah mula hitam,
πŸ“Œ [1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
πŸ“Œ [2]hilang kemanisan beribadah
πŸ“Œ [3] hati tak makan nasihat

CnP πŸ˜˜πŸ’•

Thursday, 15 November 2018

Bagaimana solat kita dalam Sisa umur yang ada


Dengan sisa umur kita ini , sepatutnyalah kita:-

1. Solat diawal waktu (tidak boleh dilewatkan)
2. Solat mesti berjamaah
3. Solat sunat semakin banyak
4. Qabliyah subuh jangan ditinggalkan
5. Solat dhuha jangan ditinggalkan
6. Qabliyah dan ba’diyah zohor mesti buat masing2 empat rakaat
7. Mesti solat witir sebelum tidur
8. Mesti solat tahajjud setiap malam walaupun sekadar 2 rakaat
9. Mesti berpuasa sunat eg puasa isnin dan khamis
10. Mesti membaca quran setiap hari (sekurang2nya setahun 2 kali khatam)
11. Zikir makin banyak
12. Selawat semakin banyak
13. Akhlak kita semakin baik

** Ditulis berdasarkan klip video kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad **

## peringatan utk diri sendiri yg masih lalai ##
Copy dari group wasap rindu sahabat jannah

Wednesday, 14 November 2018

Menemukan khusyuk yang hilang



MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.
πŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’ž
                               - Himpunan Tazkirah-

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan. Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.

Sumber: Ustazah Nor Azimah, Laman Nurani

Thursday, 20 September 2018

Tuesday, 21 February 2017

5 GRED SOLAT KITA

*5 gred solat*πŸ•ŒπŸ•ŒπŸ•ŒπŸ’š

😩 *Gred E* πŸ•Œ
Bila azan, buat tidak tahu,  tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya

πŸ˜” *Gred D* πŸ•Œ
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.

😌 *Gred C* πŸ•Œ
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

😊 *Gred B*
Bila azan, terus berwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau.πŸ•Œ

πŸ˜„ *Gred A*
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.πŸ•Œ

Apakah gred solat Kita❓
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah swt di hari perhitungan nanti bknnya result exam !
Solat terjaga πŸ’―insyaAllah benda lain pun πŸ‘✅✅ Sama2lah kta balance kan hal dunia & hal akhirat...

Jom muhasabah😌⏰⌚
BACALAH KEJAP..
TAK DOSA PUN..
DAPAT PAHALA FREE LAGI :)πŸ’šπŸ€✅


*7 kalimat yg harus di biasakan..*
πŸ€1. *_Bismillahirrahmannirrahim_*-Setiap hendak melakukan sesuatu.
πŸ’š2. *_Alhamdulilah_*-Setiap habis melakukan sesuatu.
πŸ€3. *_Astargfirullah_*-Jika melakukan sesuatu yang buruk.
πŸ’š4. *_InsyaAllah_*-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang.
πŸ€5. *_Laa hawla walaaquwwata illaah billaah_*-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
 πŸ’š6. *_Innalillahi wainna ilaihi rojiun_*-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.
πŸ€7. *_Lailaha illallah_*-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

*Ada 2 pilihan utk anda :*
πŸ‘‰1. Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
πŸ‘‰2. Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

 πŸƒRasulullah bersabda, *_"Barangsiapa yang menyampaikan 1 ilmu sja dan ada orang yang mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.._*πŸƒ

*_Amiiin ya rabbal alamin_*
Semoga bermanfaat.
Amiinnn.....✅
πŸ•ŒπŸ€πŸ•ŒπŸ€πŸ•ŒπŸ€πŸ•ŒπŸ€πŸ•Œ

Monday, 13 February 2017

Solat

Ψ¨ِΨ³ْΩ…ِ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…Ω†ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ِيْΩ…
Ψ§Ω„Ψ³َّΩ„Ψ§َΩ…ُ ΨΉَΩ„َيْΩƒُΩ…ْ وَΨ±َΨ­ْΩ…َΨ©ُ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ وَΨ¨َΨ±َΩƒَΨ§ΨͺُΩ‡ ِ
*Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ΅َΩ„ِّ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ― وَΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ’Ω„ِ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―*

*SOLAT*

...Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka engkau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat engkau mengerjakannya...

...Anggaplah solat itu pertemuan yang engkau nanti dengan Tuhanmu... Allahuakbar...

...Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik engkau bercerita dengan Allah... Allahuakbar...

...Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk engkau mengadu segala keluh kesah dengan Allah SWT... Allahuakbar...

...Anggaplah solat itu sebagai seperti mana seriusnya engkau dalam bermimpi... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu untuk mengajak engkau lebih dekat dengan-Nya... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika engkau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga denganmu... Allahuakbar...

...Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga engkau tak terjatuh, hingga engkau merasakan damai dalam sentuhan-Nya... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika engkau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika engkau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu engkau jadi manusia berhati bersih... Subhanallah..

Masya Allah... Sungguh nikmat solat yang kita lakukan...

Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.
Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah...

*Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku*.
*Kita insan biasa yang sering terleka dek urusan dunia yang sentiasa menghambat kita, dan kita pula mengejar dunia*.ٍ