Pages

Showing posts with label SIMPAN EMAS. Show all posts
Showing posts with label SIMPAN EMAS. Show all posts

Monday, 4 October 2021

SIMPAN TANPA TARGET

 




SIMPAN TANPA TARGET

                   ===================

Simpan emas mesti disusuli dengan MATLAMAT. Tanpa matlamat yang jelas ia seperti memandu tanpa arah. Seolah-olah menetapkan GPS ke arah yang belum pasti.


Menyimpan bila rasa nak simpan. Tak ada keinginan untuk memaksa diri. Bila ada lebihan duit baru nak menyimpan. Mindset ini perlu diubah jika nak serius menyimpan dan mengumpul kekayaan. Kita mesti utamakan menyimpan kemudian baru berbelanja. 


Kita kena belanja diri sendiri dahulu dengan menyimpan minima 10% daripada gaji atau pendapatan sebagai simpanan kecemasaan. 

Orang yang berjaya menyimpan emas apabila mereka jelas dengan matlamat dan konsisten menyimpan. Contohnya, mahu mengerjakan Haji/Umrah secara berpakej, selesaikan hutang, buat renovation rumah, dana perkahwinan dan sebagainya.


Bila matlamat kita jelas, kita secara konsisten akan menyimpan bagi mencapai target yang diimpikan tanpa mengira harga emas naik turun.  


Matlamat yang jelas akan memudahkan kita mengenal pasti berapakah jumlah gram emas yang diperlukan dan tempoh masa untuk menjualnya. 


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

Wednesday, 29 September 2021

NAK JADI PENYIMPAN EMAS BERJAYA?

 


NAK JADI PENYIMPAN EMAS BERJAYA?


Untuk menjadi pelabur yang berjaya ada beberapa tindakan perlu dititikberatkan. Salah satunya adalah menjadi seorang pelabur yang berilmu. 


Pertama bacalah minima sepuluh buah buku kewangan untuk mencari kesuaian pengalaman pelabur dalam menabung yang kena dengan jiwa kita.


Kedua adalah menabunglah sedikit demi sedikit untuk menambahkan simpanan dari semasa ke semasa. Elak melakukan pelaburan jumlah yang besar sebelum membuat apa-apa rujukan. Mulakan dengan modal yang sedikit terlebih dahulu untuk mencari corak pelaburan ini. Bagi simpanan emas di akaun GAP, untuk melihat hasilnya kita cuma perlu kekal memastikan gram bertambah dari bulan ke bulan. 


Konsisten adalah kunci utama dalam menjadikan pelabur seorang yang sangat berjaya. Walaupun dengan pelaburan yang kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi besar. Sikit-sikit lama kelamaan menjadi bukit. 


Jadilah seperti kura-kura walaupun lambat tetap mencapai matlamatnya berbanding dengan arnab laju tetapi terkandas di tengah jalan. Nak menabung emas Public Gold? Tak susah pun… Yang penting adalah mulakan Langkah Pertama. 


Begitulah… 


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60194741493 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!


#PublicGold

#PGG100Network