Pages

Showing posts with label Tips Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Tips Keluarga. Show all posts

Thursday, 22 November 2018

Doa Ibu



Doktor Fauziah Ad-Dabbus
Seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,
dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing. "

*Begini doanya:*

*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

Khas untuk ibu-ibu yang baca ini:
Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

Kamus di hujung usia

Assalamu'alaikum wbt..


*KAMUS DI HUJUNG USIA*

1. Apabila anda tua, isikan waktu bersama pasangan anda krn seorang drpd anda akan pergi dahulu dan yg masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan.

2. Apabila anda tua akan tiba masanya nak ke pintu pun menjadi cabaran. Maka sementara berkemampuan, lawati seberapa banyak tempat yg anda boleh.

3. Apabila tua, jgn susahkan  diri memikirkn anak2 secara berlebihan mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan anda selesaikan *hutang* anda sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yg anda tinggalkan.

4. Rebut peluang utk bersama rakan2 lama kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa kesemasa.

5.Terimalah penyakit cara optimis. Sama ada kaya atau miskin semua akan melalui proses yg sama, iaitu lahir jadi knk2, dewasa, tua, sakit & mati.

"Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia turut sedih. Jangan cari kawan macam duit syiling depan lain belakang lain"

Semoga bermanfaat..

Monday, 27 February 2017

7 sebab kenapa wanita utara jadi pilihan lelaki

Dari kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Cari Jodoh, mereka membuat kesimpulan bahawa wanita berasal dari negeri Utara menjadi kesukaan kaum lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.
Ini 7 sebab hasil dari kajian kenapa wanita yang berasal dari Utara menjadi pilihan kaum lelaki untuk dijadikan teman hidup.
1. Pandai Memasak
Orang kata kalau nak pikat hati suami, kena pikat perut dia dulu. Air tangan isteri tu memang ada berkatnya. Tetapi memang tak dinafikan, makanan utaghaaa memang sedap-sedapkan. Mee Rebus ,ikan rebus yang simple tu pun memang dah terbaik!
2. Sifat Peramah
Orang utaghaa ni kebanyakannya memang peramah dan cepat mesra. Orang utaghaa panggil “Hemoi”. Wanita berasal dari Utara ni memang ringan mulut, asyik nak bercakap je tapi budi bahasa dan hati sangat baik dan top.
3. Wang Hantaran Murah
Kalau di Utara, keluarga wanita di sana tidak mementingkan hantaran tetapi yang paling mustahak ialah mas kahwin. Contoh kalau letak RM5000, mungkin RM3000 tu untuk mas kahwin.tapi tengok juga kawasan dan keluarga, kadang tak ambik hantaran pon, cuma bawa mas kawin RM150 sudah. Ini yang lelaki suka.
4. Mudah Mesra
Orang Utara ni nampak je muka sombong tapi sebenarnya diaorang baik hati. Bila start je buka mulut, memang riuhlah cerita dia. Jadi, jangan tengok muka je, selami hati yang penting untuk perjalanan rumah tangga bahagia.
5. Rupa Paras Yang Istimewa Hasil Perkahwinan Campur
Kebanyakan wanita Utara ni mempunyai darah kacukan seperti siam, benggali dan mamak. Jadi tidak hairanlah rupa paras mereka lebih unik.
6. Tempat menarik dan tenang
Tidak dinafikan, utara memang banyak tempat yang menarik dan mendamaikan. Kalau orang dari KL, bila balik Kedah memang hilang segala stress kerja di bandar.
7. Bab Agama
Orang utara menekankan aspek agama. Pagi-pagi dah kena bangun awai supaya murah rezeki. Dapat solat Subuh awai. Pu bendang awai. Baca Al Quran kena betul dan kena khatam awai. Bab aktiviti sosial, keluar malam ni memang dikawal. Ini la sebab orang utara depa kata mahai ,mahai tang bab jaga Agama.

Apa pun hasil  kajian ini mungkin tidak tepat sepenuhnya kerana keperibadian seseorang itu bukan terletak pada penampilan dan karakternya, tetapi dari didikan agama yang baik.