π *Ψ¨Ψ³Ω
Ψ§ΩΩΩ Ψ§ΩΨ±ΨΩ
Ω Ψ§ΩΨ±ΨΩΩ
*π
```Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar```
π π π π π π
```Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya```
π π π π π π
```Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya```
π π π π π π
```Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya```
π π π π π π
```Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku```
π π π π π π
```Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya```
π π π π π π
```Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
π π π π π π
```Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
π π π π π
```Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu``
π π π π π π
```Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ο·Ί
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & itu bagai cas positif yang menguatkan aku !```
π π π π π π
*Assalamualaika ya Rasulullah*
*Assalamualaika ya habiballah*
ο·Ίπ π π π π
*Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti*
*Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah*
*Muhammad s.a.w*
*Ψ§ΩΩΩΩ
Ψ΅Ω ΨΉΩΩ Ω
ΨΩ
Ψ― ΩΨ’Ω Ω
ΨΩ
Ψ―*
π π π π π π
Showing posts with label Tokoh agama. Show all posts
Showing posts with label Tokoh agama. Show all posts
Saturday, 4 March 2017
Monday, 13 February 2017
Kisah Datuk Dr Harun Din
Siang tadi, Guru saya menceritakan kisah Dr. Harun Din setelah kami selesai pengajian FIQH MUQARAN..
Setelah beliau pergi menziarahi keluarga Al-Marhum.. Isteri Al marhum Dr. Harun Din menceritakan..
Beliau tidak tahu, pukul berapa Dr. Harun Din tidur kerana rumahnya sentiasa di datangi tetamu, kadang-kadang 8 pagi. Kadang 1 pagi dan Dr. Harun Din rai sungguh-sungguh tetamu tersebut.. Waktu pengajiannya di Mesir dulu pun, Al Marhum Dr. Harun Din menjadikan rumahnya sebagai rumah persinggahan buat sahabat-sahabatnya..
Dr. Harun Din.. Orangnya sentiasa dengan al-Quran.. Al-Qurannya sentiasa terbuka, setiap kali isterinya datang ke biliknya.. Dr. Harun Din Kuat berzikir.. kuat mengerjakan kebajikan.. Orangnya sangat menjaga dan mengeratkan silat turrahim, dengan menyatukan sanak saudaranya sampai ke Patani.. Sangat menjaga mulutnya dan tidak pernah kata kepada orang lain..
Beliau membina 10 buah masjid di Kemboja dan lain2 lagi..
Beliau menginfaq RM5 juta kepada Yayasan BIRRUL WALIDAIN.
Waktu ke Amerika, tiket di beli untuk dua minggu, tapi dalam perjalanannya.. Almarhum Dr. Harun Din berkata kepada anaknya, bahawa beliau boleh jamak.. anaknya terkejut kerana Babanya Alim dalam bab Jamak.. Rupa2nya pada hari ke tiga Allah telah menjemputnya.. Ketika Doktor mencabut bantuan oksigen. kebiasaannya orang lain akan tercungap-cunggap mencari pernafasan. Dengan Dada turun naik.. Tapi Dr. Harun Din ini, lain orangnya kata Doktor tersebut.. malah nurse di situ juga mengakui, Dr. Harun Din ni, hanya tenang dan menyebut Allah..Allah..Allah.. kemudian mengucap syahadah.. semua Doktor yang ada di situ menangis, kerana belum jumpa orang seperti Dr. Harun Din..
Kata Guru saya lagi. Dr. Harun Din datang dari keturunan Ulamak Patani dan pejuang pejuang islam.. Ibunya meninggal ketika sujud pada 17 Ramadan..
Semua kitab-kitab / BUKU -BUKU Dr. Harun Din di Infakkan ke University Islam Malaysia..
Semoga Allah mengangkat Darjat dan memuliakan Al Marhum Dr. Harun Din..
Terasa kerdil diri ini, dengan kisah Al Marhum yang hebat dan ramai tidak mengetahui..

Monday, 21 November 2016
Kehilangan dirasai-laporan Utusan.com
MUKADIMAH: SIAPA tidak kenal dengan tiga tokoh agama tiga beradik ini; Datuk Dr. Haron Din, Ustaz Ishak dan Datuk Abu Hasan. Mereka adalah nama yang cukup besar dalam melakukan dakwah di Malaysia.
Dalam keluarga mereka seramai 10 adik-beradik, hanya Haron, Ishak dan Abu Hasan merupakan anak lelaki manakala tujuh lagi adalah anak perempuan. Ishak merupakan anak kedua, Haron (ketiga) dan Abu Hasan (kelima). Tahun ini, dua daripada tiga tokoh ini telah dijemput menghadap Ilahi. Haron meninggal dunia pada 15 September lalu dan pada 14 November lalu, abangnya Ishak pula kembali ke rahmatullah. Kini, hanya tinggal Abu Hasan.
Untuk itu, wartawan Mingguan Malaysia, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan ZULKURNAIN OTHMAN bersama jurufoto Zakaria Idris telah mewawancara Abu Hasan di rumah beliau di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mengimbau kenangannya bersama dua abangnya.

MINGGUAN: Bagaimana perasaan Datuk apabila dua orang abang Datuk kembalike rahmatullah pada tahun ini?
ABU HASAN: Memang saya terasa dan terkesan sangat sebab saya adik dan mereka adalah abang. Sebelum ini, kalau ada apa-apa masalah, saya mengadu pergi jumpa di rumah Ustaz Haron atau Ustaz Ishak. Apabila kedua-duanya tidak ada, kepada siapa lagi saya hendak jumpa. Sebab mereka berdua tinggal di Kuala Lumpur. Tambahan lagi ustaz Haron kerana beliaulah tempat kita rujuk dan mengadu dan minta pandangan.
Saya rasa hampir seluruh keluarga saya, Ustaz Haronlah tempat kami mengadu dan minta pandangan. Nombor dua saya dan ketiga Ustaz Ishak. Ustaz Haron seorang yang dermawan, pemurah dan memang banyak membantu orang. Allah juga kurniakan beliau kelebihan mengubat. Bila tidak ada, satu kehilangan besar kepada keluarga.
Kemudian kita fikir tinggal dua orang lagi (adik-beradik lelaki). Semasa Ustaz Haron meninggal dunia, Ustaz Ishak memang sudah tidak larat. Tiba-tiba Ustaz Ishak pula pergi (meninggal dunia). Keluarga kami memang terasa kehilangan mereka berdua. Jadi, sekarang tinggal saya seorang. Maknanya dalam keluarga sekarang, sayalah waris terkuat. Sekarang saya rasa seolah-olah sayalah ayah dan segala-galanya dalam keluarga. Dahulu apabila keluarga berkumpul ramai-ramai, ketiga-tiga orang ini ada tetapi selepas ini cuma tinggal saya seorang sahaja.
Siapa antara Allahyarham Datuk Haron dan Allahyarham ustaz Ishak yang lebih rapat dengan Datuk?
ABU HASAN: Kedua-duanya sama rapat sahaja. Ayah saya meninggal dunia ketika saya belajar di Mesir. Apabila balik, saya terus bekerja. Jadi, tidaklah bergantung atau harap kepada sesiapa. Lagipun masing-masing sudah ada kerja dan pendapatan. Tetapi semasa saya belajar di Mesir, saya rapat dengan ustaz Haron. Arwah buat ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sudah tentu wang biasiswanya banyak. Saya buat ijazah sarjana muda dan wang biasiswa saya tidak banyak.
Saya dapat biasiswa daripada kerajaan negeri (Perlis) manakala Ustaz Haron dapat biasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ustaz Haron banyak membantu saya semasa saya belajar di Mesir. Bila balik pun, walaupun adik-beradik masing-masing sudah bekerja, ustaz Haron yang paling banyak membantu kalau ada apa-apa masalah.
Ketiga-tiga adik-beradik lelaki dalam keluarga Datuk merupakan tokoh agama yang dihormati di Malaysia. Apakah sejak kecil memang bercita-cita menjadi guru agama?
ABU HASAN: Ayah saya hendak kalau boleh anaknya semua belajar di sekolah agama. Apabila saya habis darjah enam dan kebetulan saya merupakan antara pelajar terbaik. Sepatutnya saya masuk asrama penuh dan pada masa itu, asrama penuh hanya ada di Melaka. Jarak perjalanan antara Perlis dengan Melaka pada masa itu faham-faham sahajalah, macam Malaysia dengan London sekarang ini. Surat yang dihantar itu tidak sampai, sampailah tarikh tutup habis. Jadi tidak terima masuk.
Saya pun masuk Derma English School (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Derma) di Kangar, Perlis. Apabila masuk sekolah Inggeris, ayah saya tidak boleh terima. Dia tidak fikir soal masa depan atau kerja. Yang dia hendak, saya jadi orang agama pasal pada anggapan dia kalau saya belajar di sekolah orang putih, saya tidak akan jadi orang agama. Dia paksa saya berhenti. Selepas dua tahun, saya berhenti atas kehendak ayah dan masuk sekolah agama rakyat di kampung saya.
Ayah saya kata, kalau tidak bekerja pun tidak apa, yang penting kamu jadi orang agama. Itu prinsip ayah saya. Selepas itu saya masuk Sekolah Arab Alawiah di Arau, Perlis dan kemudian dihantar ambil kursus tahfiz di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar.
Mungkin ada pesanan tertentu daripada Allahyarham Datuk Haron dan Allahyarham ustaz Ishak yang diingati Datuk?
ABU HASAN: Kami hendak bercakap secara terus itu tidaklah. Cuma, kami daripada keluarga 10 adik-beradik ada perhimpunan keluarga setiap tahun. Pada masa itulah, kalau ada sesiapa yang hendak bercakap atau membuat teguran kalau ada apa-apa yang tidak betul. Itulah peluang kami setahun sekali.
Bagaimana karakter Datuk, Allahyarham Datuk Haron dan Ustaz Ishak? Mungkin masing-masing ada karakter tersendiri.
ABU HASAN: Dari segi karakter memang ada nampak bezanya. Ustaz Haron seorang yang lembut kerana dia seorang ahli akademik. Macam saya, tegas sedikit. Dari segi teguran, mereka (ahli keluarga) lebih takut kepada saya daripada ustaz Haron sebab saya tegur secara terus. Dari segi nada suara saya pun, mereka tahu saya tegas dan telus. Ustaz Ishak pula banyak tegur soal-soal agama seperti solat dan ibadah. Jadi, masa perjumpaan itu, semua ada peluang untuk bercakap dan membuat teguran.
Subscribe to:
Posts (Atom)