Pages

Monday 26 November 2018

SOLAT TAUBAT

SOLAT TAUBAT
=============

Foto google
๐Ÿ“– Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.
๐Ÿ“– Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Amek wudhu. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki). Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..
✔   ุฃุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ุชَูˆุจَุฉِ ุฑَูƒَุนَุชَูŠْู†ِ ู„ِู„ู‡ِ ุชَุนุงู„ู‰َ
✔ "Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala"   [Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
๐Ÿ’ฌ Baca do'a Iftitah dan al Fatihah mcm biasa.
๐Ÿ“– Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x    (Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
๐Ÿ“– Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.
๐Ÿ“– Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a  Nabi Yunus a.s.
๐Ÿ“  "La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
๐Ÿ“ Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
✔  "AstaghfiruLLaHhal'adziim /
    AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih."
๐Ÿ“– Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
๐Ÿ“– Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
๐Ÿ“– Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah. Merayulah..
๐Ÿ“– Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH..
๐Ÿ“– Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
๐Ÿ“– Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa. Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;
✔ "Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar"
๐Ÿ“– Pastu duduk diam atas sejadah,  ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
๐Ÿ“ Imam al-Ghazali ada cakap..
✔  Tanda hati kita sudah mula hitam,
๐Ÿ“Œ [1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
๐Ÿ“Œ [2]hilang kemanisan beribadah
๐Ÿ“Œ [3] hati tak makan nasihat

CnP ๐Ÿ˜˜๐Ÿ’•

Friday 23 November 2018

Jadilah pengantin yang memuliakan tetamu pada hari perkahwinanmu

Jadilah Pengantin yang Memuliakan Tetamu Pada Hari Perkahwinanmu!


Pada musim cuti sekolah ini,  akan banyaklah jemputan kenduri kendara diterima. Saya mendoakan semua sahabat dan kerabat yang akan berkahwin,  diberkati Allah sehingga ke akhirat.

Dalam kesempatan ini,  saya ingin menyampaikan beberapa nasihat kepada tuan rumah, bakal pengantin dan jurugambar :

1. Pengantin hendaklah menyantuni semua tetamu yang datang ke kenduri mereka. Senyum dan mohon mereka terutama orang-orang soleh mendoakan kesejahteraan. Jangan sibukkan perhatian kamu dengan jurukamera, rakan-rakan kerja yang mahu berselfie sahaja.

2. Kepada jurugambar,  jangan minta pengantin berbuat gaya-gaya lakon yg keterlaluan di atas pelamin atau di meja makanan beradap. Kena belajar jaga perasaan ibu bapa pengantin di sebelah,  terpaksa menunggu lakonan manja selesai. Kadang-kadang jurugambar menjarakkan hubungan tetamu dengan pengantin yang menghabiskan masa utk ditangkap gambar.

3. Lagi satu,  pastikan jurugambar merakamkan gambar semua pihak yg terlibat menjayakan kenduri kalian. Entah kalian tahu atau tidak bahawa ramai orang bersengkang mata atau pecah keringat berbulan sebelum itu utk kenduri kalian. Gambar-gambar mereka inilah bakal menjadi kenangan terindah utk tatapan satu hari nanti. Ia bukanlah suatu yg boleh diulang semula.  Adapun gambar kamu pengantin berdua, boleh lakon semula di studio.

4. Saya perhatikan pengantin zaman sekarang kurang menyantuni tetamu yg datang. Malah mereka tidak peduli pun saudara mara dan kaum kerabat jauh yg datang. Sebelah petang pula,  pengantin "lesap" pergi ke tengah sawah,  padang bola,  pantai utk berfoto lebih sweet. Ini perlu ditegur kerana selagi tetamu masih berkunjung,  amat tidak manis,  pengantin hilang dari tempat kenduri.

5. Wahai pengantin,  kamu adalah tuan rumah yang mesti memuliakan tetamu. Rasul berpesan agar kita memuliakan tetamu. Jangan sibuk dengan juru foto. Selepas kenduri,  bawalah juru foto ke mana kalian mahu bergambar.

6. Kepada bapa pengantin, arahkan DJ perlahankan muzik dan lagu supaya tetamu dapat bersembang dgn tenang. Bukan mudah utk bertemu sekali sekala. Lagu yg dipasang atau dinyanyikan itu mohon ambil kira pak imam,  tuan guru, dan alim ulama yg hadir. Perlahankan lagu. Tetamu mahu bersilaturrahmi bukan mahu mendengar bising muzik yg keterlaluan.

7. Oh ya,  sebelum terlupa.. Kepada pengantin semua,  pada hari perkahwinan kalian, berusahalah untuk mendapatkan doa dan nasihat daripada mereka yang hadir. Itu target yg lebih penting. Maka nasihat saya,  jangan rosakkan keberkatan perkahwinan kalian dengan jurugambar dan rakan sekerja sahaja. Pastikan jiwa kalian wujud bersama tetamu yang hadir kerana belum tentu mereka akan bertemu lagi selepas itu.

Selebihnya,  netizen tambah lah sendiri apa yang ingin dinasihati.....

Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebaikan!

Copy right: fb Hafiz kodiang

Thursday 22 November 2018

Pantun sifat 20 dulu2

PANTUN SIFAT 20 ORANG DULU-DULU

1. WUJUD
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

2. QIDAM
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

3. BAQA
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

5. QIAMUHU BI NAFSIHI
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

6. WAHDANIYYAH
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

7. QUDRAT
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

8. IRADAT
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

9. ILMU
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

10. HAYAT
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

11. SAMA'
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

12. BASYOR
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

13. KALAM
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...

Harga seorang tetamu

*”HARGA SEORANG TAMU“*


*Ada seorang perempuan mengeluh kepada Rasulullah saw kerana perilaku suaminya.*

*Suaminya selalu mengundang orang-orang datang ke rumahnya dan  menjamunya sehingga tamu-tamu tersebut menyebabkan si isteri menjadi kelam kabut dan merasa penat.*

*Lalu wanita tersebut keluar meninggalkan Rasul saw dan tidak mendapatkan jawapan apa pun dari Rasul saw.*

*Setelah beberapa waktu...*

*Rasul saw pergi ke rumah suami-isteri tersebut, Rasul saw bersabda kepada si suami : "Sesungguhnya aku adalah tamu di rumahmu hari ini."*

*Betapa bahagianya si suami demi mendengar ucapan Rasul saw tersebut, maka dia segera menghampiri isterinya untuk memberitahu bahawa tamu hari ini adalah Rasul saw.*

*Si isteri pun merasa bahagia kerana kabar tersebut, dia pun segera memasak makanan yang lazat dan nikmat.*

*Dia lakukan hal tersebut dengan penuh rasa bahagia di dalam hatinya.*

*Ketika Rasul saw akan pergi dari rumahnya setelah beliau mendapatkan kemuliaan dan merasa bahagia dengan keredhaan pasangan itu.*

*ู‚ุงู„ ู„ู„ุฒูˆุฌ ุนู†ุฏู…ุง ุฃุฎุฑุฌ ู…ู† ุจูŠุชูƒ ุฏุน ุฒูˆุฌุชูƒ ุชู†ุธุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ุจุงุจ ุงู„ุฐูŠ ุฃุฎุฑุฌ ู…ู†ู‡*

*Rasul saw bersabda kepada suaminya : "Ketika aku akan keluar nanti dari rumahmu, panggil isterimu dan perintahkan dia untuk melihat ke pintu tempat aku keluar."*

*Maka si isteri melihat Rasul saw keluar dari rumahnya diikuti oleh binatang-binatang melata, seperti kalajengking dan berbagai binatang yang berbahaya lainnya di belakang Rasul saw.*

*Terkejutlah si isteri dengan apa yang dilihat di depannya.*

*ูู‚ุงู„ ู„ู‡ุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ู‡ูƒุฐุง ุฏุงุฆู…ุง ุนู†ุฏู…ุง ูŠุฎุฑุฌ ุงู„ุถูŠูˆู ู…ู† ุจูŠุชูƒِ ูŠุฎุฑุฌ ูƒู„ ุงู„ุจู„ุงุก ูˆุงู„ุถุฑุฑ ูˆุงู„ุฏูˆุงุจ ู…ู† ู…ู†ุฒู„ูƒ.*

*Maka Rasul saw bersabda : "Seperti itulah yang terjadi. Setiap kali tamu keluar dari rumahmu, maka keluar pula segala bala', bahaya dan segala binatang yang membahayakan dari rumahmu."*

*"Maka inilah hikmah  memuliakan tamu dan tidak berkeluh kesah kerana kedatangannya."*

*Rumah yang banyak dikunjungi tamu adalah rumah yang dicintai ALLAH.*

*Begitu indahnya rumah yang selalu terbuka untuk anak kecil atau dewasa.*

*Rumah yang di dalamnya turun rahmat  dan berbagai keberkahan dari langit.*

*ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: " ุฅุฐุง ุฃุฑุงุฏ ุงู„ู„ู‡ ุจู‚ูˆู… ุฎูŠุฑุงً ุฃู‡ุฏู‰ ู„ู‡ู… ู‡ุฏูŠุฉ.*

*Rasul saw bersabda : "Jika ALLAH menginginkan kebaikan terhadap satu kaum, maka ALLAH akan memberikan hadiah kepada mereka.*

*Para sahabat bertanya : "Hadiah apakah itu, ya Rasul saw...............?."*

*ู‚ุงู„: ุงู„ุถูŠู ูŠู†ุฒู„ ุจุฑุฒู‚ู‡، ูˆูŠุฑุชุญู„ ุจุฐู†ูˆุจ ุฃู‡ู„ ุงู„ุจูŠุช."*

*Rasul saw bersabda : "Tamu akan menyebabkan turunnya rezeki untuk pemilik rumah dan  menghapus dosa-dosa penghuni rumah."*

*ูˆู‚ุงู„ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: ูƒู„ ุจูŠุช ู„ุง ูŠุฏุฎู„ ููŠู‡ ุงู„ุถูŠู ู„ุง ุชุฏุฎู„ู‡ ุงู„ู…ู„ุงุฆูƒุฉ."*

*Rasul saw bersabda : "Rumah yang tidak dimasuki tamu (tidak ada tamu), maka Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalamnya."*

*ูˆู‚ุงู„ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: " ุงู„ุถูŠู ุฏู„ูŠู„ ุงู„ุฌู†ุฉ."*

*Rasul saw bersabda : "Tamu adalah penunjuk jalan menuju Syurga."*

*ูˆู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู…ู† ูƒุงู† ูŠุคู…ู† ุจุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ูŠูˆู… ุงู„ุขุฎุฑ ูู„ูŠูƒุฑู… ุถูŠูู‡*

*Rasul saw bersabda : "Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya."*

*Mari, saling bersilaturahmi..*

Doa Ibu



Doktor Fauziah Ad-Dabbus
Seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.... wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,
dan aku bersumpah demi Allah.... agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing. "

*Begini doanya:*

*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

Khas untuk ibu-ibu yang baca ini:
Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

Kita Ada Allah


Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan..
Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran..
Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal..
Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan suka² Allah beri kita anak ramai
Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita
Bukan suka² ALLAH beri kita pelbagai sakit..

Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.

Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

Hidup kita Allah yang atur. Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang. DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!

Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.

*~Allah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka²..*

Kamus di hujung usia

Assalamu'alaikum wbt..


*KAMUS DI HUJUNG USIA*

1. Apabila anda tua, isikan waktu bersama pasangan anda krn seorang drpd anda akan pergi dahulu dan yg masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan.

2. Apabila anda tua akan tiba masanya nak ke pintu pun menjadi cabaran. Maka sementara berkemampuan, lawati seberapa banyak tempat yg anda boleh.

3. Apabila tua, jgn susahkan  diri memikirkn anak2 secara berlebihan mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan anda selesaikan *hutang* anda sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yg anda tinggalkan.

4. Rebut peluang utk bersama rakan2 lama kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa kesemasa.

5.Terimalah penyakit cara optimis. Sama ada kaya atau miskin semua akan melalui proses yg sama, iaitu lahir jadi knk2, dewasa, tua, sakit & mati.

"Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia turut sedih. Jangan cari kawan macam duit syiling depan lain belakang lain"

Semoga bermanfaat..

Rahsia sedekah

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?

_Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?_
_Mari kita baca jawapannya..

_Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

_*Satu*_
 _Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

_*Dua*_
_Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

_*Tiga*_
_Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

_*Empat*_
_Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah._

_*Lima*_
_Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

_*Enam*_
_Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?_

_1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

_2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

_3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

_4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

_5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

_6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

_7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

_8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

_9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

_10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

_11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

_12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

_13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

_14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

_15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

_16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

_17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

_18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

_19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

_20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

_21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

_22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

_*Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah*_

Tuesday 20 November 2018

Sambutan Maulidurrasul 1440H



 


Sambutan Maulidurrasul tahun ni dimulai dengan doa, kemudian berarak dari Tapak Pasar Malam Paya Jaras ke Masjid AlHuda Paya Jaras, Sg Buloh. Peserta berarak sambil solawat tanda syukur dan sambutan kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Ada yang membawa sepanduk, healer,mikrofon dan sebagainya.

Selepas berarak, peserta tadi berkumpul di kawasan lapang masjid sambil bersolawat, mengikut kumpulan masing2. Kemudian, disusuli dengan bacaan doa, pengumuman penting dan seterusnya ucapan aluan. Selepas itu, sedikit jamuan pagi disediakan untuk peserta2 berkenaan. 

Setelah jamuan, peserta telah memasuki masjid dan solat sunat. Kemudian,majlis forum agama/ceramah agama diadakan.Akhir sekali acara2 tambahan seperti nasyid dan pengagihan sumbangan kepada penduduk setempat yang berkelayakan.

Tahniah kepada jawatankuasa masjid yang dapat menyatukan hati2 penduduk di sini. Semoga barokah mengiringi para pejuang ini.

12 Rabiulawwal 1440H
20 November 2018
Masjid AlHuda, Paya Jaras Hulu,
Selangor Darul Ehsan.




Persatuan Kompang Paya Jaras



Aktiviti hari ni, pihak Persatuan Kompang Paya Jaras menyertai Perarakan Maulidurrasul anjuran Masjid Alhuda, Paya Jaras. Perarakan ini dimeriahkan dengan gabungan beberapa surau, persatuan, perumahan & maahad tahfiz yang berdekatan.

Persatuan ini dianggotai anak qariah Paya Jaras dan Penaungnya en. Mohd Sabri Bin Mohd Yatim. Jika ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan paluan Kompang Paya Jaras ini bolehlah menghubungi nama-nama berikut untuk tujuan perbincangan lanjut.

Penaung -En Mohd Sabri /Pn Asmah
Pengerusi-Pn sabrina *011-16100676
Timbalan-Pn Masita *013-3131386

#12 Rabiulawwal 1440
#20 November 2018 (Selasa)

Biodata Rasullah SAW


Kredit gambar Nisa' Malaysia

*BIODATA RASULULLAH S.A.W*

๐Ÿ–Œ *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

๐Ÿ–Œ *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

๐Ÿ–Œ *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
๐Ÿ–Œ *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
๐Ÿ–Œ *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
๐Ÿ–Œ *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
๐Ÿ–Œ *Ibu susu pertama* :Tsuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
๐Ÿ–Œ *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

*USIA 5 TAHUN*

๐Ÿ’“ _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

*USIA 6 TAHUN*

๐Ÿ’“ _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

*USIA 8 TAHUN*

๐Ÿ’“ _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

๐Ÿ’“Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

๐Ÿ’“Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

*USIA 20 TAHUN*

๐Ÿ’“Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

๐Ÿ’“Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

๐Ÿ’“Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

๐Ÿ’“Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

๐Ÿ’“Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

๐Ÿ’“Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

*USIA 35 TAHUN*

๐Ÿ’“Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

๐Ÿ’“Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

๐Ÿ’“Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

*USIA 40 TAHUN*

๐Ÿ’“Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

๐Ÿ’“Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

๐Ÿ’“Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

๐Ÿ’“Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

๐Ÿ’š Khadijah Binti Khuwailid.
๐Ÿ’šSaudah Binti Zam'ah.
๐Ÿ’šAisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
๐Ÿ’šHafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
๐Ÿ’šUmmi Habibah Binti Abu Sufyan.
๐Ÿ’šHindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
๐Ÿ’šZainab Binti Jahsy.
๐Ÿ’š Maimunah Binti Harith.
๐Ÿ’š Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
๐Ÿ’š Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1.๐Ÿ’œ Qasim
2.๐Ÿ’œAbdullah
3.๐Ÿ’œ Ibrahim
4. ๐Ÿ’œZainab
5.๐Ÿ’œ Ruqaiyah
6.๐Ÿ’œUmmi Kalthum
7.๐Ÿ’œFatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

๐Ÿ’™Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_. _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุงุตุญุงุจู‡ ูˆุณู„ู…

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung

*KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

๐Ÿ’“Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

๐Ÿ’ž Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

๐Ÿ’žAku melihat cahaya dari lidahnya.

๐Ÿ’ž Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

๐Ÿ’ž Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

๐Ÿ’žRasulullah umpama matahari yang bersinar.

๐Ÿ’ž Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

๐Ÿ’ž Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

๐Ÿ’ž Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

๐Ÿ’ž Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

๐Ÿ’ž Wajahnya seperti bulan purnama.

๐Ÿ’ž Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

๐Ÿ’žUrat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

๐Ÿ’ž Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

๐Ÿ’ž Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

๐Ÿ’žHidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

๐Ÿ’žMulut baginda sederhana luas dan cantik.

๐Ÿ’ž Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

๐Ÿ’žApabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

๐Ÿ’žJanggutnya penuh dan tebal menawan.

๐Ÿ’žLehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

๐Ÿ’ž Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

๐Ÿ’žKepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

๐Ÿ’žRambutnya sedikit ikal.

๐Ÿ’ž Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

๐Ÿ’ž Rambutnya terbelah di tengah.

๐Ÿ’žDi tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

๐Ÿ’žDadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

๐Ÿ’žSeimbang antara kedua bahunya.

๐Ÿ’žPergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

๐Ÿ’žTapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

๐Ÿ’žPerut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

๐Ÿ’ž Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

๐Ÿ’žTerlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

๐Ÿ’žWarna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

๐Ÿ’žWarna putihnya lebih banyak.

๐Ÿ’žWarna kulit baginda putih kemerah-merahan.

๐Ÿ’žWarna kulitnya putih tapi sihat.

๐Ÿ’žKulitnya putih lagi bercahaya.

๐Ÿ’ž Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

๐Ÿ’ž Badannya tidak gemuk.

๐Ÿ’žBadannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

๐Ÿ’ž Perutnya tidak buncit.

๐Ÿ’ž Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

*KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Sunday 18 November 2018

Kita bukan penduduk bumi


*Kita bukan penduduk bumi,*
*kita adalah penduduk syurga.*
*Kita tidak berasal dari bumi,*
*tapi kita berasal dari syurga.*

*Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,*
*kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan*

*Dunia ini bukan rumah kita,*
*maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.*
*Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.*

*Tak rindukah pada kampung anda ?*

*Bukankah mereka*
*yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan* *mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya*
*yang menunggu di rumah..*

*Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?*

*Rabb yang mulia*
*Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, taat padaNya serta rasa rindu padaNya*
*Yang menanti di rumah.*

*Begitu beratkah memenuhi perintahNya?*

*Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.*

*Kenapa kita lupa?*

*Rumah kita jauh lebih indah di sana.*
*Kenikmatannya tiada terlukiskan*
*dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita.*
*Ada isteri sholehah*
*Ada suami sholeh*
*serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.*
*Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.*
*Mereka menanti khabar baik              dari Malaikat Izrail.*

*Bila Keluarga mereka akan pulang?*

*Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.*
*Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis laknatullah yaitu neraka.*

*Kita bukan penduduk bumi,*
*kita penduduk syurga.*
*Bumi hanyalah perjalanan.*
*Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati.*

INGAT...
INI BUKAN RUMAH KITA

*( Semoga Allah merahmati tuan yg mencipta puisi indah ini)*

Saturday 17 November 2018

Melawati Mall




Assalamualaikum.Salam hujung minggu. Kemana anda minggu ni?
Hari ni k.huda ke Melawati lagi. Sebenarnya banyak tempat2 menarik di sekitar ini. Antaranya Zoo Negara, air terjun, pusat2 membeli belah seperti Melawati Mall, Giant dan lain-lain.

Apa yang k.huda nak kongsikan di sini ialah tentang bangunan Melawati Mall ni. Bangunannya yang cantik,dihiasi dengan pokok2 yang mendamaikan. Antara lokasi lakonan ni.Tapi k.huda x pasti tajuk apa.sebab beberapa kali terserempak dengan lakonan mereka.

Cuti-cuti ni pergilah melancong membawa keluarga anda. Merehatkan minda. Menghubungkan silaturrahim @pon boleh pergi berekreasi di taman2 sekitar anda. Pasti memberi keriangan kepada pasangan n anak2 anda๐Ÿ’–๐Ÿ˜.

Untuk mencari tempat makan, di atas mall ini juga ada foodcourtnya. Tingkat 3. MasyaAllah,banyak juga syurga makanan kat situ. Pergilah kalu nak rasa ayam penyet diorg...sangat disyorkan.

Akhir kalam utk hari ini, k.huda mengucapkan selamat bercuti.Jauh perjalanan, luas pandangan.


Friday 16 November 2018

Gugurnya dosa si ibu



Kredit utk puan Hasmah Hitam melalui fb miliknya. K.huda terpanggil untuk merenung dan menginsafi diri sebagai seorang anak yang seramai 10 beradik. Akan tetapi meninggal di usia kecil 2orang dan dewasa 2orang. Tinggallah kami 6 beradik sekarang ini.

Berikut luahan hati puan hasmah....

6 kali melahirkan, bukanlah pengalaman biasa-biasa bagi seorang ibu seperti saya.

Sekali di hospital Kubang Krian, Kota Bharu, 2 kali di Hospital Port Dickson, 2 kali di Hospital Melaka dan sekali di rumah sendiri.

Pengalaman mengalami kesakitan memang semua akan lalui. Itu normal.

Namun, pengalaman  dimarahi oleh jururawat juga tidak akan saya lupakan.

Siapa yang bersalin di hospital swasta mungkin tidak merasa pengalaman seperti yang saya lalui.

______________

Nak marah jururawat semula ke?

Atau nak simpan dendam?

Sakit hati? Geram?

Mestilah ada kan. Sudahlah sakit. Kena marah lagi. Memang tension.

Tak berhenti mulut bercerita dan mengata.

_______________

Itulah saya dahulu.

Kini, apabila dah duduk majlis ilmu, baru saya sedar.

Kita dapat apa yang kita pernah beri.

Dengan murid bengkeng bukan main.

Dengan suami mulut tak berhenti menjawab.

Hubungan dengan Allah tidak dijaga dengan sempurna.

Masa bersalinlah Allah nak ampunkan dosa.

Itulah hakikatnya.

Reda. Alhamdulillah.

_______________

Selalu saya pesankan kepada anak dan menantu.

"Tak perlu takut bersalin di hospital kerajaan".

"Taat suami".

"Jaga amal".

"Soal awal waktu, quran dan zikir jangan tinggalkan.

"Hormati  ibu-bapa"

"Banyakkan sedekah"

Insya Allah, orang-orang baik akan menanti kita di kamar bersalin.

Semoga Allah permudahkan.

Kepada sesiapa sahaja yang bakal melahirkan.

Salam Jumaat.

Thursday 15 November 2018

CLEAR by Bonda Nor


Bulan lepas k.huda terpanggil utk ke Galeri Ilmu. Nak cari beberapa buku. Perancangan Allah itu Maha Mengetahui. Pada masa tu, penulis hebat Bonda Nor kebetulan ada di situ. Alhamdulillah, dpt la sebuah buku karangan beliau.

Dalam hati ni,mmg la nk sangat tunjuk ajar dari sifu ni..Ada rezeki, kita jumpa lagi. Doa lagi,moga kita ketemu lagi.

ICERD

*Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi buat semua..*

*RAMAI ANAK MUDA BANGSA MELAYU YANG TAK MENGERTI APAKAH ICERD..*

*SILA SEBARKAN UTK MAKLUMAN SEMUA*

*KESAN-KESAN ICERD :*

*▪Raja2 bukan lagi ketua Negara*
*▪Perdana Menteri boleh disandang oleh semua  Kaum*
*▪Agama Islam bukan lagi Agama Rasmi*
*▪Tak ada lagi diskaun 10% harga rumah untuk bumiputra*
*▪Tanah Malay Reserve dan tanah adat dimansuhkan*
*▪Askar Melayu Diraja , MARA, UiTM, MRSM, ASB dimansuhkan dan dijenamakan Baru utk buka pada semua kaum dan tidak menampakan diskriminasi*
*▪Lot2 Bumiputra dan Malay rezab dihapuskan*
*▪dan banyak lagi berkaitan Bumiputra dan Melayu dimansuh dan dijenamakan baru*
*▪secara automatik perkara 153 Perlembagaan tidak terguna pakai dan dipinda.*
*▪program memperkasakan ekonomi bumiputra akan terbatas ia akan lebih beranggapan satu bentuk diskriminasi kepada kaum lain2...yg hakikatnya kaum Bumiputra jauh ketinggalan dalam ekonomi*
*▪semua isu akan dikaitkan dengan ICERD oleh pihak tertentu yg berkepentingan.*
*▪ICERD adalah Malaya Union versi alaf baru yg ditentang oleh orang2 terdahulu cuma namanya diubah.*

*Yang tinggal sejarah perjuangan Nenek moyang, mengalir darah keringat dan air mata cucu cicit merosakan perjuangan mereka.*

#majulah bangsaku demi agama Islam,demi tanah air tercinta

Bagaimana solat kita dalam Sisa umur yang ada


Dengan sisa umur kita ini , sepatutnyalah kita:-

1. Solat diawal waktu (tidak boleh dilewatkan)
2. Solat mesti berjamaah
3. Solat sunat semakin banyak
4. Qabliyah subuh jangan ditinggalkan
5. Solat dhuha jangan ditinggalkan
6. Qabliyah dan ba’diyah zohor mesti buat masing2 empat rakaat
7. Mesti solat witir sebelum tidur
8. Mesti solat tahajjud setiap malam walaupun sekadar 2 rakaat
9. Mesti berpuasa sunat eg puasa isnin dan khamis
10. Mesti membaca quran setiap hari (sekurang2nya setahun 2 kali khatam)
11. Zikir makin banyak
12. Selawat semakin banyak
13. Akhlak kita semakin baik

** Ditulis berdasarkan klip video kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad **

## peringatan utk diri sendiri yg masih lalai ##
Copy dari group wasap rindu sahabat jannah

Wednesday 14 November 2018

Tokoh pencetus ummah

 

Tahniah diucapkan kepada adik Adam Khalis dari sek.kebangsaan subang bestari 2 atas penganugerahan tokoh tersebut.

Beliau merupakan anak kepada pasangan guru dan juruteknik, iaitu pn Farah Waheeda dan ustaz Khairul Nizar. Anak ke2 drp 4 beradik (anak tunggal lelaki) ini sgt aktif. Beliau mewakili sekolah ke peringkat daerah dlm pertandingan hafazan lelaki, sukan bola baling & pertandingan dikir barat.

Di dalam pelajaran pula, beliau telah meraih 8A dalam peperiksaan KAFA lalu.

Semoga adik Adam berjaya dalam menempuh kehidupan seterusnya.

Menemukan khusyuk yang hilang



MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.
๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž
                               - Himpunan Tazkirah-

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan. Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.

Sumber: Ustazah Nor Azimah, Laman Nurani

Alumni SMKTAM


Kredit gambar:fb Mohamad Tarmizi Ismail
Persatuan Alumni sekolah merupakan titik tolak untuk bekas-bekas pelajar menabur bakti kepada pihak sekolah masing-masing.

Salah seorang bekas pelajar SMKTAM sekitar tahun 70-an antara individu yg kini aktif menabur bakti & berkongsi pengalaman bersama NGO. Persaraan bukanlah titik noktah buatnya utk terus berkhidmat kpd masyarakat & negara.

Dalam banyak-banyak NGO yg disertai, Alumni SMKTAM juga tersenarai dlm khidmat beliau sehingga kini. Beliau adalah Naib Pengerusi Alumni SMKTAM.

Bagi pihak Alumni SMKTAM, kami mengalu-alukan semua bekas pelajar SMKTAM menyertai Alumni SMKTAM utk sama-sama menyumbang idea & tenaga. Platform kebajikan disediakan bagi yg ingin menginfaq khidmat.

๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—tahniah kpd semua alumni SMKTAM

Tuesday 13 November 2018

PUNCA REZEKI SEMPIT


Rezeki sempit juga boleh berpunca dari dalam rumah


Tiada rezeki datang bergolek, kalau tak diusahakan mana mungkin dapat hasilnya. Pun begitu, ada juga yang telah lakukan macam-macam tapi rezeki sempit juga. Kenapa ya?

Melalui perkongsian daripada puan Maryam tentang info yang diperolehi daripada mendengar ceramah dapat memberi pencerahan.

*Kenapa rezeki kita sempit?*

Dah buat macam-macam tapi kenapa rezeki orang lain murah tapi rezeki kita sempit?

Pernah rasa macam tu? Saya pun alaminya, sehinggalah saya dengar ceramah dari seorang ustaz ni yang menghuraikan kenapa rezeki menjadi sempit. Puncanya ada dalam rumah kita semua.

 1. Sinki dapur penuh bertimbun pinggan mangkuk yang tidak di basuh. Sebelum tidur kena pastikan pinggan, mangkuk, periuk dan cawan semuanya di cuci bersih. Jangan biarkan di dalam sinki, kerana akan menjadi makanan jin & syaitan. Sisa makanan yang kotor akan menjadi habuan syaitan yang suka pada benda-benda kotor.๐Ÿ˜ฃ

 2. Sampah๐Ÿ—‘ dalam rumah kena bungkus rapat dan buang sebelom tidur.

 3. Tandas๐Ÿšฝ dan bilik air๐Ÿ› kotor juga punca rezeki tersekat. Tandas adalah tempat tinggal bagi syaitan dan jin. Bila kotor geng syaiton ini akan membiak๐Ÿ‘น☠ dan berjoget sakan dalam tu. Jadi pastikan tandas rumah kita sentiasa bersih tau.

 4. Rumah bersawang๐Ÿ•ธ lagi susah rezeki nak masuk tau. Kena pastikan rumah kita bebas dari sawang. Kerna itu punca rezeki tersekat.

 5. Pintu๐Ÿšช tandas sentiasa di biarkan terbuka pun punca syaitan๐Ÿ‘ป bebas keluar masuk dalam rumah kita sesuka hati mereka. So kena tutup pintu tandas sentiasa. Hehe

 Okey dah tau puncanya kan? Rupanya dari sikap kita sendiri. Hehehe. Peringatan untuk diri saya jugak. So kena rajin-rajinlah ye pastikan segalanya dalam keadaan bersih. Supaya rezeki terbuka luas untuk kita sekeluarga.๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ฆ❤

IQRA'


Sebagai khalifah di muka bumi manusia adalah  dipertanggungjawabkan menjaga dan memakmurkan bumi. Allah taala menganugerahkan AlQuran dan Sunnah sebagai panduan hidup.
Marilah sama-sama kita imarahkan hidup kita dengan jadikan AlQuran dan Hadis sebagai petunjuk hidup.

Monday 12 November 2018

Photophone Workshop by Nisa' Subang

Assalamualaikum

             
                             hasil peserta membuat editing
peserta yang terlibat


Cuti-cuti hujung minggu lepas Kak Huda dapat join satu class ni. Wahh,bagus anak-anak muda ramai yang join. Trainer Aqilah ni juga anak muda n singgle lagi tu tapi pengalaman amatlah luas samapi oversea nu haa. memang solute la kat diorang ni. 

Bengkel ini dianjurkan adalah berkaitan seni fotografi menggunakan telefon pintar dan pelbagai aplikasi digital untuk menghasil gambar yang berkualiti tanpa menggunakan alatan yang minimalis

Antara pengalaman semalam adalah mengedit gambar, letak gambar bertindih, memadam gambar yang x sesuai, menerangkan gambar yang gelap and post di group wasap tersebut. Pengalaman yang menarik ni.

Selain itu, pembantu trainer tu pula membuat demo penggunaan pencahayaan dari mentol ja. wahhh..menarik bukan. kepada sesiapa yang berminat boleh layari fb diorang Nisa' Subang. Yuran amat-amat berpatutan. Makan 3x. ermm.anda rasa??amat-amat berbaloi. 

kredit gambar: fb Nisa Subang n personal kamera

Sunday 4 November 2018