Pages

Showing posts with label tetamu. Show all posts
Showing posts with label tetamu. Show all posts

Friday, 23 November 2018

Jadilah pengantin yang memuliakan tetamu pada hari perkahwinanmu

Jadilah Pengantin yang Memuliakan Tetamu Pada Hari Perkahwinanmu!


Pada musim cuti sekolah ini,  akan banyaklah jemputan kenduri kendara diterima. Saya mendoakan semua sahabat dan kerabat yang akan berkahwin,  diberkati Allah sehingga ke akhirat.

Dalam kesempatan ini,  saya ingin menyampaikan beberapa nasihat kepada tuan rumah, bakal pengantin dan jurugambar :

1. Pengantin hendaklah menyantuni semua tetamu yang datang ke kenduri mereka. Senyum dan mohon mereka terutama orang-orang soleh mendoakan kesejahteraan. Jangan sibukkan perhatian kamu dengan jurukamera, rakan-rakan kerja yang mahu berselfie sahaja.

2. Kepada jurugambar,  jangan minta pengantin berbuat gaya-gaya lakon yg keterlaluan di atas pelamin atau di meja makanan beradap. Kena belajar jaga perasaan ibu bapa pengantin di sebelah,  terpaksa menunggu lakonan manja selesai. Kadang-kadang jurugambar menjarakkan hubungan tetamu dengan pengantin yang menghabiskan masa utk ditangkap gambar.

3. Lagi satu,  pastikan jurugambar merakamkan gambar semua pihak yg terlibat menjayakan kenduri kalian. Entah kalian tahu atau tidak bahawa ramai orang bersengkang mata atau pecah keringat berbulan sebelum itu utk kenduri kalian. Gambar-gambar mereka inilah bakal menjadi kenangan terindah utk tatapan satu hari nanti. Ia bukanlah suatu yg boleh diulang semula.  Adapun gambar kamu pengantin berdua, boleh lakon semula di studio.

4. Saya perhatikan pengantin zaman sekarang kurang menyantuni tetamu yg datang. Malah mereka tidak peduli pun saudara mara dan kaum kerabat jauh yg datang. Sebelah petang pula,  pengantin "lesap" pergi ke tengah sawah,  padang bola,  pantai utk berfoto lebih sweet. Ini perlu ditegur kerana selagi tetamu masih berkunjung,  amat tidak manis,  pengantin hilang dari tempat kenduri.

5. Wahai pengantin,  kamu adalah tuan rumah yang mesti memuliakan tetamu. Rasul berpesan agar kita memuliakan tetamu. Jangan sibuk dengan juru foto. Selepas kenduri,  bawalah juru foto ke mana kalian mahu bergambar.

6. Kepada bapa pengantin, arahkan DJ perlahankan muzik dan lagu supaya tetamu dapat bersembang dgn tenang. Bukan mudah utk bertemu sekali sekala. Lagu yg dipasang atau dinyanyikan itu mohon ambil kira pak imam,  tuan guru, dan alim ulama yg hadir. Perlahankan lagu. Tetamu mahu bersilaturrahmi bukan mahu mendengar bising muzik yg keterlaluan.

7. Oh ya,  sebelum terlupa.. Kepada pengantin semua,  pada hari perkahwinan kalian, berusahalah untuk mendapatkan doa dan nasihat daripada mereka yang hadir. Itu target yg lebih penting. Maka nasihat saya,  jangan rosakkan keberkatan perkahwinan kalian dengan jurugambar dan rakan sekerja sahaja. Pastikan jiwa kalian wujud bersama tetamu yang hadir kerana belum tentu mereka akan bertemu lagi selepas itu.

Selebihnya,  netizen tambah lah sendiri apa yang ingin dinasihati.....

Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebaikan!

Copy right: fb Hafiz kodiang

Thursday, 22 November 2018

Harga seorang tetamu

*”HARGA SEORANG TAMU“*


*Ada seorang perempuan mengeluh kepada Rasulullah saw kerana perilaku suaminya.*

*Suaminya selalu mengundang orang-orang datang ke rumahnya dan  menjamunya sehingga tamu-tamu tersebut menyebabkan si isteri menjadi kelam kabut dan merasa penat.*

*Lalu wanita tersebut keluar meninggalkan Rasul saw dan tidak mendapatkan jawapan apa pun dari Rasul saw.*

*Setelah beberapa waktu...*

*Rasul saw pergi ke rumah suami-isteri tersebut, Rasul saw bersabda kepada si suami : "Sesungguhnya aku adalah tamu di rumahmu hari ini."*

*Betapa bahagianya si suami demi mendengar ucapan Rasul saw tersebut, maka dia segera menghampiri isterinya untuk memberitahu bahawa tamu hari ini adalah Rasul saw.*

*Si isteri pun merasa bahagia kerana kabar tersebut, dia pun segera memasak makanan yang lazat dan nikmat.*

*Dia lakukan hal tersebut dengan penuh rasa bahagia di dalam hatinya.*

*Ketika Rasul saw akan pergi dari rumahnya setelah beliau mendapatkan kemuliaan dan merasa bahagia dengan keredhaan pasangan itu.*

*قال للزوج عندما أخرج من بيتك دع زوجتك تنظر إلى الباب الذي أخرج منه*

*Rasul saw bersabda kepada suaminya : "Ketika aku akan keluar nanti dari rumahmu, panggil isterimu dan perintahkan dia untuk melihat ke pintu tempat aku keluar."*

*Maka si isteri melihat Rasul saw keluar dari rumahnya diikuti oleh binatang-binatang melata, seperti kalajengking dan berbagai binatang yang berbahaya lainnya di belakang Rasul saw.*

*Terkejutlah si isteri dengan apa yang dilihat di depannya.*

*فقال لها رسول الله هكذا دائما عندما يخرج الضيوف من بيتكِ يخرج كل البلاء والضرر والدواب من منزلك.*

*Maka Rasul saw bersabda : "Seperti itulah yang terjadi. Setiap kali tamu keluar dari rumahmu, maka keluar pula segala bala', bahaya dan segala binatang yang membahayakan dari rumahmu."*

*"Maka inilah hikmah  memuliakan tamu dan tidak berkeluh kesah kerana kedatangannya."*

*Rumah yang banyak dikunjungi tamu adalah rumah yang dicintai ALLAH.*

*Begitu indahnya rumah yang selalu terbuka untuk anak kecil atau dewasa.*

*Rumah yang di dalamnya turun rahmat  dan berbagai keberkahan dari langit.*

*قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية.*

*Rasul saw bersabda : "Jika ALLAH menginginkan kebaikan terhadap satu kaum, maka ALLAH akan memberikan hadiah kepada mereka.*

*Para sahabat bertanya : "Hadiah apakah itu, ya Rasul saw...............?."*

*قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت."*

*Rasul saw bersabda : "Tamu akan menyebabkan turunnya rezeki untuk pemilik rumah dan  menghapus dosa-dosa penghuni rumah."*

*وقال صلى الله عليه وسلم: كل بيت لا يدخل فيه الضيف لا تدخله الملائكة."*

*Rasul saw bersabda : "Rumah yang tidak dimasuki tamu (tidak ada tamu), maka Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalamnya."*

*وقال صلى الله عليه وسلم: " الضيف دليل الجنة."*

*Rasul saw bersabda : "Tamu adalah penunjuk jalan menuju Syurga."*

*وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه*

*Rasul saw bersabda : "Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari Akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya."*

*Mari, saling bersilaturahmi..*