Pages

Wednesday 27 October 2021

FAKTA KEKUATAN EMAS BERBANDING WANG TUNAI

 



“Amri, nak pinjam duit boleh. Masuk gaji aku bayar”.

Biasa kan dengar dialog macam ni? 


Ada satu kisah ni, kawan Amri nama Abu nak pinjam duit. Janji lepas gaji Abu bayar. Tapi masalahnya Abu diberhentikan kerja tak lama lepas tu. Maka, tak dapatlah Abu bayar balik duit yang Abu pinjam daripada Amri. Sudahlah begitu, barang-barang yang Abu beli, Abu mintak Amri yang tolong bayarkan. Dah la Amri ni duit pun cukup-cukup je, kena pulak bayar barang – barang yang Abu beli. Habis macam tue je duit Amri.


Sebenanya apa yang berlaku pada Amri ni pernah berlaku kepada negara Hungary. Malah, Hungary telah memegang rekod kadar inflasi yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah. 


Kisahnya macam ni. Ketika Jerman terlibat dalam peperangan, sebagai negara sekutu, Hungary telah memberikan pinjaman kepada negara Jerman. Malangnya, kekalahan Jerman menyebabkan hutang tersebut tidak dapat dibayar kembali kepada Hungary. 


Sudahlah begitu, Hungary juga dipaksa untuk membayar kos baik pulih kepada Soviet. Kerosakan infrastuktur yang teruk menyebabkan bekalan bahan yang diperlukan meningkat dengan laju. 


Pada waktu yang sama, negara Hungary yang kekurangan dana telah mencetak wang dengan agresif tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara. Hasilnya, harga barangan meningkat dengan sangat laju setinggi 13,600,000,000,000,000%. Setiap 16 jam, harga barang akan naik sekali ganda. Fuh! Berpeluh gais!


Akhirnya, kerajaan Hungary telah mengambil langkah untuk menstabilkan mata wang dengan merombak sistem percukaian, membawa pulang simpanan emas dari negara lain dan memperkenalkan mata wang baru yang nilainya disokong oleh emas. 


Kenapa emas? Sebab emas tidak boleh dicipta dan dihapuskan. Matawang yang disandarkan pada emas tidak mudah dimanipulasi nilainya. Jika kita semua faham perkara ini, kita pasti nak menabung emas sekarang! Duit yang digunakan untuk menabung emas hakikatnya tak habis sebab emas itu sendiri adalah ‘duit’. Ayuh! Kita mula menabung emas sikit-sikit hingga membukit.


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, boleh je hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

Wednesday 20 October 2021

ILMU EMAS YANG MENJADIKAN KITA #KAYA

 

BUKAN EMAS YANG MEMBUATKAN
 KITA KAYA TETAPI ILMU EMAS

Mentor G100 Network sentiasa berpesan. Bukan emas yang menjadikan sesiapa kaya, tetapi ilmu. Maka… Ketahui apa ketakutan kebanyakan penyimpan emas kategori “newbies”.

Pengalaman kena ragut rantai tangan pemberian suami tercinta membuatkan ada wanita takut nak membeli emas. Kejadian pahit yang dialami itu membuatkan kaum Hawa telah beralih kepada logam lain sebagai alternatif. 

Itu hanya cebisan perasaan takut yang dialami sesetengah individu sedangkan ada banyak sebab lain kenapa ramai takut nak mula simpan emas, sama ada barang kemas ataupun dinar dan jongkong emas.

1. Takut Kena Zakat
Perkara ini menduduki ranking pertama kerana kebanyakan masyarakat seolah-olah mengeluh dan takut untuk membayar zakat jika menyimpan emas. Zakat dijadikan penghalang untuk membuat pelaburan dan simpanan emas. Sedangkan zakat adalah ibadah dan rukun Islam ke- 4 yang dapat menyuburkan harta serta meningkatkan rezeki. Sebenarnya, duit dan harta lain-lain termasuk ternakan, tanah, dusun juga kebun juga turut dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab.

2. Takut Dirompak dan kehilangan
Risiko kehilangan seperti berlaku kecurian dan rompakan menjadi igauan ngeri bagi masyarakat untuk menyimpan emas fizikal. Biarpun belum mulakan simpanan emas, kita sering terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau berlakunya kejadian pecah rumah. Cara paling selamat untuk simpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Jika memilih untuk simpan di rumah pastikan emas anda disorok pada tempat yang tidak dijangkakan. Selain itu anda juga boleh buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold. Serendah RM100 (0.3g) atau 1 gm adalah sudah boleh simpan di akaun emas GAP tanpa ada upah simpan dan komitmen bulanan.   

3. Tiada Ilmu Dan Bimbingan Tentang Kepentingan Emas
Majoriti masyarakat di luar sana tidak tahu bagaimana nak memulakan simpanan emas. Tiada ilmu tentang emas pelaburan dan simpanan. Sebaliknya, mereka lebih terarah pada emas perhiasan yang tinggi nilai spread. Malah ramai juga yang tidak tahu hendak membeli emas di mana, berapa bajet untuk unit emas yang hendak dibeli. Kurangnya, ilmu tentang konsep tempoh minimum untuk mendapatkan keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual.

4. Anggap Emas Seperti Saham
Ada yang menganggap emas seperti saham, unit amanah dan sebagai. Mereka beranggapan bila harga emas jatuh pelaburan akan hangus. Sedangkan perkara ini tidak berlaku dan berbeza sekali dengan pelaburan emas. Emas yang kita beli dan pegang sendiri fizikalnya memang tiada risiko selagi kita masih memiliki dan tidak menjualnya.    

5. Takut Scammer Emas
Beli emas takut tak dapat emas. Bimbang didalangi scammer emas yang memasang perangkap menipu masyarakat dengan penjualan emas yang tidak wujud sehingga duit hangus dan hilang begitu sahaja. Berbeza di Public Gold, beli emas pasti dapat emas. Itu jaminan Public Gold. Lebih setengah juta pelanggan Public Gold tiada lagi yang membeli emas tidak dapat emas.     

6. Takut Emas Sukar Dicairkan Pada Wang
Bimbang  jika berlaku kecemasan emas sukar dicairkan pada wang kertas jika perlukan tunai segera. Sebenarnya, sebelum memulakan simpanan emas fizikal, kita mesti mempunyai simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan. Emas adalah simpanan  jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5 tahun.

Jika mememerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di Arrahnu, koperasi dan institusi kewangan yang lain. Kawan-kawan boleh mendapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas dalam tempoh masa yang ditetapkan.     

Sebab itu, ilmu penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Untuk mendapatkan ilmu kenalah membaca buku, melayari laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas serta berbincang dengan orang yang boleh dipercayai, seperti dealer Public Gold.

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, boleh la hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493

Friday 8 October 2021

SCAM EMAS KLON


SCAM EMAS KLON 

==≈==============

Cerita scam tidak pernah berkesudahan yang paling baru scammer emas menipu orang ramai dengan menjual emas palsu. Kaedah yang digunakan oleh scammer emas ini menipu orang ramai dengan cara memproses emas palsu dan menjualnya di pasaran. 


Emas jongkong (gold bar) dan barang kemas dilakukan dengan menyadur emas di lapisan luar sahaja dan di bahagian dalamnya adalah logam tembaga dan tungsten yang menyerupai emas tulen.


Kenapa tembaga dan tungsten? Ini disebabkan tembaga seakan-akan warna emas. Manakala Tungsten bersifat logam ringan dan keras. 


Ketulenan emas dirujuk sebagai karat. Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan iaitu emas 24k adalah emas 999.9, emas 22k adalah emas 916 dan emas 18k sebagai emas 750. 


Sekiranya ketulenan emas perhiasan itu adalah 22k, akan ditanda dan diukir K22 atau 916 di bahagian dalam barang kemas tersebut. Tapi emas tiruan hanya terdapat ukiran K sahaja dengan tujuan untuk mengelirukan pelanggan.


Walaupun ada barang kemas ditanda atau diukir perkataan K22, terdapat beberapa kes penipuan di mana emas itu dicampur dengan logam lain yang bukan emas. 


Biasanya, logam tiruan itu diletakkan di bahagian cangkuk kerana item ini kecil dan sukar dibezakan. Dan bahagian itu pula kita sering terlepas pandang untuk diperiksa.


Berbeza gold bar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan emasnya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer. 


Oleh itu berhati-hatilah agar anda tidak terbeli emas klon atau emas celup yang diperbuat daripada logam saduran emas yang dihasilkan oleh scammer yang licik ini. Nak mudah? Pilih je jenama Public Gold yang dah ada berbelas-belas tahun track record. 


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194641493


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

GRED EMAS- MANA SATU PILIHAN ANDA?





Apabila melibatkan diri dalam pelaburan emas, ketahuilah posisi sebenar supaya kita boleh maksimumkan keuntungan. 


Kita ini berada di dalam posisi penyimpan, pelabur atau peniaga emas? Jom, saya beritahu anda ciri-ciri supaya anda boleh mengenalpasti anda kategori yang mana : 


1) Posisi penyimpan : Fokus kepada pertambahan gram emas. Ada sahaja duit lebih untuk simpanan jangka panjang tukarkan kepada gram emas. Tidak kisah harga naik atau turun yang penting kepingan emas atau gram emas bertambah. Apabila harga emas turun waktu itulah bonus untuk posisi penyimpan emas untuk memborong emas dengan harga diskaun.


2) Posisi pelabur : Fokus kepda nilai R M. Pelabur akan membeli emas dan apabila harga emas naik mereka akan jual untuk mendapat keuntungan. 


Contoh modal RM 25,000 untuk mulakan belian emas, dapat 100g emas. Setelah berlaku kenaikan harga emas , harga emas mencecah kenaikan 10% iaitu R M27,5000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual. 

Pelabur akan dapat keuntungan R M2,500 melalui pusingan tadi. Selepas itu pelabur akan ulang balik langkah yang sama bagi memaksimakan keuntungan. 


3) Posisi peniaga : Bagi sesiapa yang hendak menambah gram sekaligus memaksimumkan R M, posisi terbaik adalah menjadi dealer atau ejen syarikat emas. Dealer emas , dapat menambahkan simpanan emas dan menjana R M hasil dari perniagaan emas. Emas bertambah , duit pun makin bertambah.


Dalam setiap posisi yang dipilih, tentukan matlamat dan penetapan fokus adalah penting. Fokus yang betul dan tepat akan membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jayanya. Yang menjadikan kita kaya bukan emas, tetapi ilmu emas. 


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

#kayaberjaya

EMAS SEBAGAI DUIT ANTARABANGSA

 


Emas bukanlah bukanlah voucher transaksi harian dalam keadaan biasa. Emas adalah logam penyimpanan nilai dan kekal sebagai matawang universal yang laku di seluruh dunia. Kalau berlaku kegawatan ekonomi, kita perlukan barang keperluan asas untuk hidup. Contoh kegawatan yang berlaku iaitu banjir yang menenggelamkan sebahagian besar kawasan negeri.

Pada waktu ini, kita sanggup bayar harga yang mahal untuk dapatkan barang keperluan. Berapa sahaja harganya kita sanggup membayarnya. Wang mungkin dah basah tenggelam dek air. Dalam situasi begini, matawang akan hilang nilai.

Untuk dapatkan barang keperluan, kita perlu membayarnya dengan sesuatu bayaran yang bernilai sebagai alat tukaran. Kalau duit tidak lagi bernilai, apakah alat tukaran yang diterima oleh semua sebagai sesuatu yang bernilai? Tentunya emas dan perak!

Pernah ada penyimpan emas di bawah keluaran syarikat Public Gold membawa jongkong emas ke luar negara dan menjualnya. Tak da masalah, emas Public Gold diterima untuk dijual malah ada sesetengah kedai emas luar negara membelinya dengan harga yang lebih tinggi berbanding jual di dalam negara. 

Wah! Lazat bukan?

Sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beribu-ribu tahun emas dijadikan sebagai matawang antarabangsa. Emas merupakan alternatif yang baik selain membawa wang tunai semasa melancong keluar negara. 

Wang kertas Ringgit Malaysia hanya sah digunakan di dalam negara Malaysia, sekiranya dibawa keluar negara, duit kertas Malaysia tidak boleh diguna pakai. Ada duit, belum tentu berduit. Ada emas? Sudah pasti berduit. 

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

#tokeilmuemas

Monday 4 October 2021

EMAS ATASI KEBOCORAN WANG SIMPANAN


 Ini adalah kebiasaan bila menyimpan wang kertas di dalam digit di akaun bank. Lama lama kita tengok duit kertas, lagi cepat habis. Kenapa? 


Bila kita ada simpan duit yang banyak dalam akaun bank, secara tidak langsung nafsu kita nak membeli menjadi tinggi. Semakin ligat otak kita fikir untuk berbelanja. Barang yang mahal pun kita terasa murah. Handphone yang tak rosak mula rasa nak tukar baru, dengan alasan reward diri lah kunun…. 


Ini adalah masalah dalam kewangan yang jika tidak diubati, kita lambat kaya atau pun langsung tak kaya. Kekayaan bukan tentang berapa banyak wang yang kita anda. Tapi tentang berapa banyak yang kita simpan. Namun macam biasalah, simpan wang lama-kelamaan habis terguna atau bocor dek inflasi.


Emas? Simpan sikit-sikit lama kelamaan sukar bocor dan jadi lebih berdisiplin untuk menambahkan gram lagi dan lagi. Ini adalah rahsia orang kaya sebenarnya. 


Jom! Tukarkan cara menyimpan duit kertas untuk upgrade duit kertas kepada bentuk logam yang bernilai iaitu emas. Emas menghilangkan nilai RM kita menjadi gram. Hilang RM secara tak langsung menghilangkan nafsu untuk membelanja. Fikiran kita hanya tertumpu berapa pertambahan gram emas yang kita simpan.


Biar kita rasa pokai , tetapi simpanan emas kita kekal ada. Dengan emas sebenarnya kita berduit. Nak mula menabung emas tapi modal kecik ya? Ada caranya…. 


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

#kayaberjaya

KESAN INFLASI-PENURUNAN DALAM KUASA BELI WANG

 

KESAN INFLASI

==============

Kalau nak belanja sekarang memang kita akan guna duit kertas atau online banking, tetapi untuk simpanan Huda lebih suka menyimpan dalam bentuk emas berbanding wang kertas. Kerana emas adalah asset yang terbukti bertahan dan kalis inflasi sejak beribu-ribu tahun. 


Walaupun harga emas meningkat saban tahun, secara amnya Huda tidak menjual emas. Huda penyimpan emas. Mindset penyimpan emas adalah gram simpanan perlu bertambah. Ini yang penting. 


Apabila harga emas naik, Huda rasa seronok. Apabila harga emas turun Huda lagi seronok kerana dapat membeli aset mahal dengan harga yang murah. Ini adalah mindset gold saver. Namun… yang tidak seronok hanyalah jika kepingan kepingan emas tidak bertambah.


Emas kalis inflasi dan nilai terjamin dalam jangkamasa panjang. Sekiranya kita simpan duit dalam bank dalam jangka masa panjang, memang ada dapat dividen, tetapi dividen yang dapat tidak dapat melindungi kekayaan kita dari inflasi dan kejatuhan wang ringgit. Malah, ada waktu tidak dapat melindungi kekayaan kita daripada kebocoran pun!


Pernah dengar nilai wang RM 1.00 zaman dulu tak sama dengan nilai RM 1.00 zaman sekarang? Itulah kesan inflasi. Saban tahun, nilai matawang mengecil tanpa kita sedar pun. Semakin simpan wang? Kita berisiko semakin miskin. 


Lagipun sekarang tak perlu jadi orang kaya untuk menabung emas. Serendah RM100 kita boleh menabung secara berdikit di platform patuh Syariah akaun emas GAP. 


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

DINAR DIGUNAKAN ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

 


Matawang yang digunapakai pada zaman Rasullullah dan kerajaan Islam yang lain sebagai medium transaksi jual beli sejak berzaman dahulu adalah emas. Ini fakta sejak ribuan tahun dulu.


Dahulunya wujud wang kertas dollar digunakan sebagai baucar bagi mewakili emas. Setiap 35 dollar yang dicetak adalah bersandarkan kepada emas seberat satu troy oz (31.1g) .


Setelah Kerajaan Amerika mempunyai masalah ekonomi yang teruk akibat peperangan yang panjang dengan Vietnam, sistem kewangan telah dimanipulasikan. Pada waktu itu, wang kertas telah dicetak tanpa lagi bersandarkan kepada emas.


Nilai wang kertas, bukan terletak pada nilai wang tetapi dengan jaminan kerajaan. Jika kita perasan, duit syiling RM 1, duit kertas RM 500, dan duit kertas RM 1000 bila kerajaan isytihar tidak lagi bernilai , maka nilainya hilang begitu sahaja dan tidak lagi laku di dalam pasaran.


Satu fakta yang kita perlu tahu adalah, emas dan perak telah digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, tidak binasa, dan tidak boleh dibinasakan dengan cara apa sekalipun.


Disebabkan faktor ini, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali-kali boleh jatuh nilainya menjadi kosong. Emas kekal dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman hingga kiamat. 


Cuma ya, pemilihan jenama emas amat penting bagi penyimpan emas yang bijak. Maka, pastikan pilih jenama yang diakui seperti jenama Public Gold ya!


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

PERBANDINGAN PRESTASI RETURN


PERBANDINGAN PRESTASI RETURN

=============================

Kawan-kawan, kita kena faham bahawa kekayaan bukan hanya soal nombor. Ya, bukan hanya soal nombor.


Percaya atau tidak, adakala nombor ini menipu mata. Kan ada pepatah Omputih kata – ‘Age is just a number’. Maknanya, angka umur itu tidak 100% boleh menggambarkan the real situations dalam kebanyakan perkara. 


Ada di kalangan kita mudah ‘tertipu’ dengan nombor dan digit di dalam akaun iaitu dividen yang diberikan oleh sesuatu institusi kerana minda telah diprogram bahawa kekayaan hanya soal nombor. Lagi besar nombor, lagi kaya seseorang. Sound legit dan logic bukan?


Baik, andai kata nombor adalah indikatornya, jom kita tengok prestasi dan perbandingan keuntungan dan kenaikan harga antara Axx, TH dan emas. Perlu untuk ditekankan di sini di mana perbandingan ni sebenarnya tidak sesuai. Tapi ramai juga yang cuba membandingkannya. Ibarat kata, gergaji dgn kapak. Kedua-dua gergaji dan kapak boleh pakai buat tebang pokok kan, persoalannya mana yang lebih sesuai. Betul?


Anda boleh lihat data dan jadual di bawah. Apa yang dapat kita simpulkan, kawan? Kalau untuk jangka pendek, ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan juga turun sampai 28%.

Purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun sejak 10 tahun lalu. Lepas tolak kos spread & zakat, untungnya sekitar 8% - 10%. TH (5%), Axx (5.5% lepas tolak zakat 2.5%).


Itu belum ambil kira tolak inflasi lagi sebanyak 4%. Jadi, untuk jangka panjang, kenaikan harga emas secara purata melebihi dari pulangan yang diberikan oleh Axx dan TH! Anda nak nombor tadi kan? Nahhhh kita lampirkan dengan nombor, kita datangkan dengan data, kita tunjukkan dengan angka sebenar.


Maknanya apa? Maknanya, purata kenaikan harga emas lebih cepat dan lebih besar dari dividen dari kedua-dua institusi ini. Minda kita percaya hanya pertambahan angka melalui dividen mendatangkan pulangan, tapi sebenarnya tidak! Cuma simpan emas ini anda perlu SABAR. Ye, sabar untuk minima 3 tahun ke atas. Tenang sajalah. Konsisten menabung. 


Faham ke faham? Baik, kalau faham alhamdulillah. Pakat share ramai-ramai ye. 


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

#tokeilmuemas
 

SIMPAN TANPA TARGET

 




SIMPAN TANPA TARGET

                   ===================

Simpan emas mesti disusuli dengan MATLAMAT. Tanpa matlamat yang jelas ia seperti memandu tanpa arah. Seolah-olah menetapkan GPS ke arah yang belum pasti.


Menyimpan bila rasa nak simpan. Tak ada keinginan untuk memaksa diri. Bila ada lebihan duit baru nak menyimpan. Mindset ini perlu diubah jika nak serius menyimpan dan mengumpul kekayaan. Kita mesti utamakan menyimpan kemudian baru berbelanja. 


Kita kena belanja diri sendiri dahulu dengan menyimpan minima 10% daripada gaji atau pendapatan sebagai simpanan kecemasaan. 

Orang yang berjaya menyimpan emas apabila mereka jelas dengan matlamat dan konsisten menyimpan. Contohnya, mahu mengerjakan Haji/Umrah secara berpakej, selesaikan hutang, buat renovation rumah, dana perkahwinan dan sebagainya.


Bila matlamat kita jelas, kita secara konsisten akan menyimpan bagi mencapai target yang diimpikan tanpa mengira harga emas naik turun.  


Matlamat yang jelas akan memudahkan kita mengenal pasti berapakah jumlah gram emas yang diperlukan dan tempoh masa untuk menjualnya. 


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM  MASA TERDEKAT?

 


BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM  MASA TERDEKAT?
=============================
Tukar kesemua duit simpanan pada emas tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu kesilapan. Diulangi, kesilapan yang besar.

Contohnya, beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang. Ia adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut.

Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan bagi mendapatkan keuntungan kerana emas adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Emas juga ada susutnilainya, jadi kawan-kawan perlu memikirkan faktor susutnilai sebelum melabur emas.

Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya dijual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Emas yang dibeli perlu disimpan sekitar lebih tiga tahun.    

Sebenarnya, duit yang nak digunakan dalam masa terdekat perlu ada cash di tangan bagi tujuan perlindungan dan kecemasan bila saat diperlukan tanpa diduga. Sebab itulah pentingnya ilmu dalam cabang emas situ sendiri ya!

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda ye di www.wasap.my/60194741493

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#tokeilmuemas
#MindaaEmas

Friday 1 October 2021

TAKUT HARGA EMAS TURUN?


 TAKUT HARGA EMAS TURUN?🎯

Orang yang kurang ilmu akan panik bila harga emas turun, takut nilai emas jatuh dan rasa rugi selepas menabung. Sedangkan harga emas dalam jangka masa pendek memang ada turun naiknya. Mana-mana pelaburan di dunia turun naik harga adalah normal. 


Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya, tiga tahun ke atas. Harga emas confirm naik dalam jangka masa panjang dan jika dibiarkan peram lebih lama, ia lebih menguntungkan. Kita tak akan rugi selagi emas berada di tangan dan tidak dijual. Bila harga jatuh inilah masanya untuk kita tambah pelaburan dengan memborong emas. Harga emas jatuh adalah satu bonus. 


NAK PANTAU HARGA EMAS?🎯

Jangan buang masa jika kita asyik pantau harga emas turun naik dan tunggu sehingga tidak membuat belian emas maka itu tidak menguntungkan. Sebagai gold saver kita kena fokus pada simpanan. 


Hanya dalam dua situasi kita boleh pantau harga emas:

# Masa nak beli emas bila ada duit

# Bila hendak menjual emas setelah capai target


Pembeli emas yang berilmu perlu konsisten membeli emas pada apa saja harga kerana kita boleh mengunakan teknik pemurataan harga untuk rendahkan kos per gram emas yang dibeli. Kelak bila harga emas naik kita dah nampak keuntungannya.  


Sebagai contoh, beli 1 gram emas pada harga R M265 dan kemudiannya beli lagi 1 gram R M255, maka harga purata adalah R M260. 

Sama ada trend emas naik atau rendah, anda perlu beli emas secara konsisten. Ia akan membantu anda memdapat harga purata yang lebih baik. Inilah strateginya. 


BERHENTI MENYIMPAN BILA HARGA TINGGI?🎯

Bila harga emas naik tinggi individu yang tidak berilmu akan sentiasa negatif lalu terus berhenti membeli emas. Mereka merasa rugi bila membeli emas pada harga yang tinggi. Sebaliknya, menunggu agar harga turun kemudian baru hendak membeli. Tapi bila harga turun kita masih bertangguh kerana mengharapkan harga turun lagi sehinggakan duit akhirnya habis dibelanjakan.   


Sebenarnya, membeli emas walaupun berbeza harganya tidak menjadi masalah. Untuk mencapai matlamat menyimpan emas kita perlu konsisten membeli sama ada harga tinggi atau rendah. Bila konsisten membeli pada harga berbeza kita dapat buat kos pemurataan.


Contohnya, kita dah buat 5 kali pembelian pada harga yang berbeza, ada harga tinggi dan rendah. Kiraan berdasarkan harga per gram adalah: RM260, RM262, RM258, RM260, RM264


Jumlah kos belian: RM1,304 / 5 kali beli =RM260.8/gram (kos pergram). Kita dapat berjimat bila membeli secara konsisten. Sebagai penyimpan emas harga naik turun bukan ukuran. Yang penting simpanan emas kita sentiasa bertambah.


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya ,Huda di www.wasap.my/60194741493


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network


https://www.facebook.com/HudaRahim

TUNGGU DUIT LEBIH BARU NAK MELABUR EMAS?


Tunggu Duit Lebih Untuk Melabur Emas?

Ramai orang bertangguh untuk mula melabur emas. Bertangguh adalah ‘makanan ruji’ kebanyakan kita. Harga emas turun atau naik kita masih bertangguh. 

Jika mengikuti ilmu kewangan Simpanan yang berkesan mesti dipaksa, tak paksa tak jadi. Mindset kena betul. Bila dapat gaji kena paksa diri untuk menyimpan sebahagian duit sebagai simpanan paksa dan lupakan. Kena reward diri dahulu kemudian baharu belanja. 

Apa yang kita belanjakan itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya, apa yang kita simpan itu akan menambah kekayaan pada diri sendiri. Jadi bayar diri sendiri dahulu sebelum bayar orang lain. 

Nak simpanan bertahan lama, duit mesti ditukar dalam bentuk emas.

Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan sebagai dana kecemasan, pelaburan jangka panjang dan perbelanjaan yang penting di masa hadapan. 

Oleh itu, anda boleh juga menyimpan 1 gram 1 bulan secara konsisten dalam akaun Emas GAP. Setahun sudah pasti ada 12 gram.  

Kalau tunggu duit lebihan hujung bulan baru hendak menyimpan, akhirnya sampai bila-bila kita tak akan menyimpan sebab duit sudah habis dibelanjakan.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya ,Huda di www.wasap.my/60194741493

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network
 

TUNGGU HARGA EMAS PALING RENDAH UNTUK BUAT PEMBELIAN PERTAMA?

 


Assalamualaikum. 
Selamat Hari Jumaat 1 Oktober 2021

TUNGGU HARGA EMAS PALING RENDAH UNTUK BUAT BELIAN PERTAMA?

Golongan yang asyik bertanya bila harga emas turun akan terus bertanya kerana tak pernah ada pengalaman membeli emas. Selagi kita tidak membuat belian pertama kita tidak akan tahu bila harga emas naik atau turun kerana kita tiada benchmark atau pun aras tersendiri. Cara terbaik ialah beli dahulu walaupun 1 gram dan selepas itu ikuti perkembangan harga.

Jika kita merancang untuk membeli emas pada harga rendah dan terus menunggu, besar kemungkinan kita tidak akan menabung emas sehingga bila-bila. Waktu terbaik untuk membeli emas adalah ketika kita mempunyai duit. Bukannya menunggu harga emas murah. 

Apa definasi murah? Tidak ada siapa pun tahu bila harga emas benar-benar murah. Malah penganalisis teknikal harga emas yang pakar sekalipun tidak dapat membuat ramalan yang tepat naik turun harga emas.

Fenomena turun naik harga emas adalah perkara biasa. Jangan gabra. Mana mungkin harga naik tak turun-turun. Yang pasti, trend harga emas confirm naik sejak 20 tahun lalu.  

Jika terus menunggu duit mungkin habis dibelanja. Atau mungkin penantian itu tanpa sengaja kita telah membiarkan duit dimakan inflasi 3% hingga 4% setahun. Jadi adalah lebih baik menyimpan emas yang sudah purata kenaikannya secara amnya kenaikan sekitar 10% setahun sebagai simpanan jangka panjang.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya,Huda di www.wasap.my/60194741493

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network

#PESANMENTOR -Jadilah macam lebah

 #PesanMentor sentiasa diingat. 

Jadilah macam lebah. Dimana pon berada, pasti mencari bunga. Kemudian, memberikan kebaikan (madu) dan senyuman untuk makhluk lain. MasyaAllah.


Jadi, Huda pon nak jadi macam lebah. Membantu menyebarkan ilmu menyimpan emas. Semoga ada kebaikan di sana nanti dalam penulisan-penulisan ini.