Pages

Monday 4 October 2021

BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM  MASA TERDEKAT?

 


BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM  MASA TERDEKAT?
=============================
Tukar kesemua duit simpanan pada emas tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu kesilapan. Diulangi, kesilapan yang besar.

Contohnya, beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang. Ia adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut.

Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan bagi mendapatkan keuntungan kerana emas adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Emas juga ada susutnilainya, jadi kawan-kawan perlu memikirkan faktor susutnilai sebelum melabur emas.

Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya dijual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Emas yang dibeli perlu disimpan sekitar lebih tiga tahun.    

Sebenarnya, duit yang nak digunakan dalam masa terdekat perlu ada cash di tangan bagi tujuan perlindungan dan kecemasan bila saat diperlukan tanpa diduga. Sebab itulah pentingnya ilmu dalam cabang emas situ sendiri ya!

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda ye di www.wasap.my/60194741493

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#tokeilmuemas
#MindaaEmas

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com