Monday, 27 February 2017

Sekeping Hati sebelum waktu kematian

Sekadar hiasan ilustrasi. Gambar ibu mithali dihati anak
Sekeping HATI

Apabila meningkat usia, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambil peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambil peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istighfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambil peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, sedangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan agama dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istighfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istighfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristighfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.  Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya.  Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman  jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk. Kecik hati yang bukan-bukan. Lafaz yang bukan-bukan kat anak. Maki yang bukan-bukan kat anak. Aduh ,tak sayang dan kesian kat anak-anak ke?

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita ye, ibu-ibu.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istighfar, minta ampun dengan Allah. Kadang dosa anak tu berpunca dari kita. Mungkin dosa kita dulu-dulu pada mak kita atau dosa pada suami kita. Allah tu kan Maha Mengetahui. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka. Kadang benda remeh pon nak besar-besarkan. Ya Allah.ibu-ibu.

Kadang anak ni diam dan buat hal sendiri sebab apa?ada kita tanya sebab apa?jangan cepat membuat andaian ibu-ibu. Kadang anak pon kecik hati dengan ibu ayah. Kadang diorang pon terasa bila kena marah tak tentu pasal. Kadang diorang terasa terpinggir sebab membela anak-anak lain.sebagai ibu ayah,kita kena prihatin hati anak juga. Anak-anak yang membesar dengan kasih sayang lain coraknya. Anak-anak yang terdidik dengan marah-marah dan ego mak ayah ni, anak-anak seringkali lari dari dari rumah. Cari kedamaian tempat lain. Tak nak banyak cakap.
Jadi, ibu ayah, bawa-bawa la bersabar. Jadi mak ayah yang boleh jadi role model keluarga sunnah kita.Kan cantik begitu.

#akujugaadamak
#hari2telefonmaksebabrindudarijauh
#mudah2anmakakutakputusdoauntukkujadianakmenantusoleh
#CATATANMENJELANGKEMATIAN

7 sebab kenapa wanita utara jadi pilihan lelaki

Dari kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Cari Jodoh, mereka membuat kesimpulan bahawa wanita berasal dari negeri Utara menjadi kesukaan kaum lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.
Ini 7 sebab hasil dari kajian kenapa wanita yang berasal dari Utara menjadi pilihan kaum lelaki untuk dijadikan teman hidup.
1. Pandai Memasak
Orang kata kalau nak pikat hati suami, kena pikat perut dia dulu. Air tangan isteri tu memang ada berkatnya. Tetapi memang tak dinafikan, makanan utaghaaa memang sedap-sedapkan. Mee Rebus ,ikan rebus yang simple tu pun memang dah terbaik!
2. Sifat Peramah
Orang utaghaa ni kebanyakannya memang peramah dan cepat mesra. Orang utaghaa panggil “Hemoi”. Wanita berasal dari Utara ni memang ringan mulut, asyik nak bercakap je tapi budi bahasa dan hati sangat baik dan top.
3. Wang Hantaran Murah
Kalau di Utara, keluarga wanita di sana tidak mementingkan hantaran tetapi yang paling mustahak ialah mas kahwin. Contoh kalau letak RM5000, mungkin RM3000 tu untuk mas kahwin.tapi tengok juga kawasan dan keluarga, kadang tak ambik hantaran pon, cuma bawa mas kawin RM150 sudah. Ini yang lelaki suka.
4. Mudah Mesra
Orang Utara ni nampak je muka sombong tapi sebenarnya diaorang baik hati. Bila start je buka mulut, memang riuhlah cerita dia. Jadi, jangan tengok muka je, selami hati yang penting untuk perjalanan rumah tangga bahagia.
5. Rupa Paras Yang Istimewa Hasil Perkahwinan Campur
Kebanyakan wanita Utara ni mempunyai darah kacukan seperti siam, benggali dan mamak. Jadi tidak hairanlah rupa paras mereka lebih unik.
6. Tempat menarik dan tenang
Tidak dinafikan, utara memang banyak tempat yang menarik dan mendamaikan. Kalau orang dari KL, bila balik Kedah memang hilang segala stress kerja di bandar.
7. Bab Agama
Orang utara menekankan aspek agama. Pagi-pagi dah kena bangun awai supaya murah rezeki. Dapat solat Subuh awai. Pu bendang awai. Baca Al Quran kena betul dan kena khatam awai. Bab aktiviti sosial, keluar malam ni memang dikawal. Ini la sebab orang utara depa kata mahai ,mahai tang bab jaga Agama.

Apa pun hasil  kajian ini mungkin tidak tepat sepenuhnya kerana keperibadian seseorang itu bukan terletak pada penampilan dan karakternya, tetapi dari didikan agama yang baik.

Saturday, 25 February 2017

Nasi Lemak Satria-sedekah Jumaat

Wajah-wajah syurga anak tahfiz dan yatim

Assalamualaikum. 
Minggu ini sahaja saya berjumpa dengan berbagai kerenah manusia. Saya mencari insan yang menyenangi diri kita. Jauhkan insan2 yang jauh dari Nya, yang suka marah-marah panas baran. Ya Allah, selamatkan hati ini dan lembutkanlah hati ini untuk mu Ya Allah. Bimbinglah hati ini istiqamah dalam Nur cahaya Hidayahmu. Bukan mudah kita berhadapan dengan pancaroba di akhir2 zaman ini. 
Pon begitu, saya berkenalan dengan seorang anak muda ini. Visi dan misi nya cukup kuat. Cukup tabah menghadapi kehidupannya. Melalui suatu program 6-7 tahun yang lalu, saya mengenalinya hingga sekarang. Terkini, saya ikuti perkembangan dia di fb miliknya. JOM MENGENALINYA YANG SINGLE N AVAIBLE.

Kini,beliau membuat program bersama-sama untuk amal jariah di rumah2 anak2 yatim dan masjid2 yang terpilih. Antara isi hatinya;

Saya berbesar hati, untuk mencari sponser 
kepada anak-anak tahfiz dan masjid ,sekiranya Tuan-Puan yang berhajat untuk bersama-sama saya menyumbang kepada pihak yang berkenaan, bolehlah berbuat demikian dengan hanya sedikit pendapatan/wang anda kepada melalui sedekah sarapan/makanann
Seperti Nasi Lemak (Rm1.00), Bihun (RM2.00) dan kuih (Rm2.00).

Sumbangan tersebut bolehlah dimasukkan/transfer ke Akaun AGROBANK atas nama Waniaina Enterprise 
1-00-5521-00002901-4

 "Tidak akan jatuh miskin seseorang itu jika bersedekah"
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 
0129707083 Wanie 


Dibawah ini antara tempat projek yang telah dilaksanakan. Semoga kita sama2 mendapat barakah dari Nya.

 


 


Penyerahan nasi lemak kepada pihak berkenaan
Tengok senyuman diorang, terubat kerinduan pada adik2
Ini le rupanya nasi lemak yang dah terbungkus tu
 


Friday, 24 February 2017

Kuih Kapit Mabeles


Salam jumaat
Alhamdulillah syukur..tahniah
 #ratukapit#kapitmoden
#kunyahkunyahstation

Saya berbangga ada anak muda dah berjaya ke tahap ini. Next, dengar cerita nak masuk pasaran China  pula.wowww. memang mabeles
Congrats Aina Shasha...
Dah selesai di live rtm tv1 8.30pagi tadi

Diorang dah open agenwhatassp cepat 013 3268440

#ratukapit


Thursday, 23 February 2017

Cendol buah D'Sufi ABC




Tetiba tengok gambaq di group whasapp big family ini..nyummmm sedapnyer.
Ini la perniagaan anak muda, Sufi owner nya. Dia juga merupakan sepupu penulis. Sangat bangga apabila ada juga legasi tokwan dalam berniaga ni.

                                   Minggu ni dah masuk pulak fb, semoga bisness sepupu ku ni beroleh kejayaan. P la try, kot2 nu pulak.
                                      Jalan-jalan cari makan Kedah

CENDOL BUAH KAT D'SUFI ABC

LOKASI:
MEDAN SELERA
PEKAN RABU@UKIR MALL
ALOQSTAQ
QODAH

Si Bahlul dan Guru Sufi

SI BAHLUL DAN GURU SUFI

Pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah terdapat seorang ulama' sufi bernama Sheikh Junaid Al- Baghdadi yg tersohor dgn ketinggian ilmunya. Selain menjadi pelopor kpd ilmu tasawuf Islam, beliau juga dikenali sebagai seorang pedagang yg berjaya di jazirah Arab.

Suatu ketika, Sheikh Junaid telah berangkat ke kota Baghdad bersama dgn para pengikutnya atas urusan perniagaan. Sebaik urusannya selesai, Sheikh Junaid telah bertanya tentang seorang lelaki dan berniat utk menemui lelaki tersebut.

"Kenalkah kamu lelaki bernama Bahlul di kota Baghdad ini?" tanya ulama' tersebut kpd anak muridnya. Mereka menjawab, “Ya, dia seorang yg gila. Apakah yg tuan perlukan drpnya?"

"Cari lelaki itu kerana ada sesuatu yg aku perlukan drpnya." kata Sheikh Junaid.

Tanpa banyak bicara, murid-murid Sheikh Junaid segera mencari lelaki bernama Bahlul itu di segenap kota Baghdad dan akhirnya menemui beliau di dlm sebuah pondok usang di gurun yg agak terpencil.

Keadaan Bahlul dilihat tidak terurus. Pakaiannya compang camping dan rambutnya kusut masai. Memang sah, itulah lelaki yg dicari oleh guru mereka. Murid-murid Sheikh Junaid pun bergegas pulang ke kota Baghdad dan membawa guru mereka utk bertemu dgn lelaki tersebut.

Ketika Sheikh Junaid mendekati Bahlul, dia melihat Bahlul sedang gelisah sambil menyandarkan kepalanya ke tembok batu.

Sheikh Junaid memberi salam kpdnya dan beliau menjawab seraya bertanya semula, "Siapakah engkau?"

"Aku Junaid Al-Baghdadi." jawab ulama' sufi itu.

"Apakah engkau Abul Qasim (nama sebenar Sheikh Junaid? Al-Baghdadi) Apakah engkau Sheikh Baghdadi yg sering mengajak manusia ke arah jalan kebaikan dan mencintai akhirat?" tanya Bahlul.

"Ya!" Jawab Sheikh Junaid.

"Apakah engkau tahu cara makan?" tanya Bahlul sekali lagi.

Lalu Sheikh Junaid menjawab, “Aku mengucapkan Bismillah. Aku makan yg ada di hadapan ku, aku menggigitnya sedikit, meletakkan di sisi kanan dlm mulutku dan perlahan mengunyahnya. Aku mengingati Allah sambil makan. Apa pun yg aku makan, aku ucapkan alhamdulillah. Aku cuci tangan sebelum dan sesudah makan."

Bahlul berdiri, menyebakkan pakaiannya dan berkata, "Kau ingin menjadi guru yg dihormati di dunia tetapi kau tidak tahu pun cara makan!"

Sambil berkata demikian, Bahlul berlalu pergi. Salah seorang murid Sheikh Junaid berkata, "Wahai tuan, dia adalah orang gila."

"Ya, dia adalah orang gila yg bijak dan cerdas.Dengarkan kebenaran drpnya", jawab Sheikh Junaid. Dia kemudian mendekati Bahlul sekali lagi.

"Siapakah engkau?" tanya Bahlul.

"Sheikh Baghdadi yg tidak tahu cara makan, " jawab Sheikh Junaid.

"Engkau tidak tahu cara makan tetapi adakah kau tahu cara berbicara?" tanya Bahlul.

"Ya", jawabnya. "Aku berbicara tidak kurang dan tidak lebih dan aku tidak terlampau banyak berbicara. Aku berbicara supaya pendengar mudah memahami. Aku tidak berbicara terlampau banyak supaya orang ramai tidak mudah bosan. Aku mengajak manusia ke jalan Allah dan Rasul," kata Sheikh Junaid."

"Lupakan sahaja tentang makan kerana kau juga tidak tahu tentang bagaimana cara utk berbicara." kata Bahlul. Dia berdiri dan berlalu pergi.

Anak murid Sheikh Junaid berkata, "Wahai tuan, anda lihat sendiri dia adalah seorang yg gila. Apa yg tuan harapkan drp orang gila seperti nya?"

"Ada sesuatu yg aku perlukan drpnya yg kamu tidak tahu", jawab Sheikh Junaid. Dia kemudian bangun dan mendekati Bahlul semula.

"Apakah yg kau mahu lagi drp ku? Kau tidak tahu cara makan dan berbicara, adakah kau tahu cara tidur?" tanya Bahlul sebaik Sheikh Junaid mendekatinya.

"Ya, aku tahu. Selepas solat Isyak, aku mengenakan pakaian tidur, aku berwuduk, berdoa dan.." jawab Sheikh Junaid menerangkan adab-adab tidur sebagaimana lazimnya diajarkan oleh para ulama'.

"Sudah, ternyata kau juga tidak tahu bagaimana cara tidur," kata Bahlul dgn tegas sambil bingkas bangun.

Tetapi kali ini Sheikh Junaid menahannya. "Wahai Bahlul, aku tidak tahu, kerana Allah, maka ajarkanlah aku", pinta Sheikh Junaid kpd Bahlul.

Bahlul menjawab, "Sebelum ini kau mengatakan bahawa kau tahu maka aku menghindari mu. Sekarang setelah kau mengaku engkau tidak tahu, maka aku akan mengajar kamu cara makan, berbicara dan tidur."

"Ketahuilah bahawa kebenaran yg ada disebalik makanan ialah makanan yg halal. Jika engkau memakan makanan yg haram dgn seribu adab sekalipun ianya tidak akan memberi manfaat melainkan menyebabkan hati mu menjadi hitam."

Kebenaran yg ada di sebalik bicara ialah hati harus bersih sebelum berbicara dan percakapan kamu hendaklah menyenangkan Yang Maha Pencipta terlebih dahulu drp yg mendengar. Sekiranya bicara mu hanya utk urusan duniawi yg sia-sia dan tidak menjurus kpd Allah SWT maka ia akan mendatangkan malapetaka. Sebab itu diam adalah lebih baik drp berkata-kata."

"Kebenaran yg ada di sebalik tidur adalah hati mu perlu bebas drp sifat permusuhan dan kebencian sebelum tidur. Hati mu tidak boleh tamak akan kekayaan dunia. Maka ingatlah Allah SWT ketika kamu tidur", kata Bahlul kpd Sheikh Junaid.

Kata-kata itu membuatkan Sheikh Junaid Al-Baghdadi tersenyum. Ya, itulah jawapan yg diperlukan drp lelaki yg dikatakan oleh masyarakat sebagai orang gila itu.

Sheikh Junaid kemudian menghulurkan salam dan mencium tangan Bahlul, lantas berdoa utk kesejahteraannya.

Siapa sebenarnya lelaki yg dikatakan gila bernama Bahlul itu?

Bahlul atau namanya yg sebenar, Wahab bin Amr dilahirkan di Kuffah, Iraq merupakan keluarga Diraja. Beliau adalah sepupu kpd Khalifah Harun Ar-Rasyid. Ketika hayatnya Bahlul dikenali sebagai ilmuan Islam dan pernah menjawat jawatan Hakim kerajaan Bani Abassiyah.

Namun Bahlul telah meninggalkan segala kekayaan dan kemewahan hidupnya utk hidup sederhana. Disebabkan kerana itu, dia diberi julukan Bahlul oleh penduduk setempat.

Bahlul sebenarnya tidak gila, tetapi dia berpewatakan sebegitu bagi menyembunyikan kebijaksanaannya drp diketahui oleh orang lain.

Itulah dia kisah seorang yg arif bernama Bahlul. Pengajaran drp kisah tersebut,

Pertama, Sheikh Junaid Al-Baghdadi sebagai seorang guru yg disegani tidak jemu utk mencari ilmu dan sanggup mencarinya diceruk-ceruk kampung yg terpencil.

Kedua, Sheikh Junaid sebagai seorang yg arif mengetahui bahawa Bahlul bukanlah seorang gila seperti mana dikatakan oleh masyarakat malah adalah seorang yg mempunyai hikmah ilmu dan kerana itu beliau berusaha mencarinya. Jauhari juga yg mengenal manikam.

Ketiga, Sheikh Junaid walaupun seorang guru yg terkenal dan mempunyai ramai murid tidak sombong dan sabar serta merendah diri di hadapan Bahlul dan mendatangi beliau walaupun Bahlul beberapa kali menyebak pakaiannya dan pergi. Benarlah seorang yg berkehendakan ilmu itu mesti mendatangi ilmu dan bukan sebaliknya.

Keempat, seorang yg mencari ilmu mestilah lebih banyak sabar dan mendengar drp berkata-kata dan merasakan diri tidak tahu kerana merendahkan diri di hadapan ilmu.

Kelima, ketrampilan seseorang tidak semestinya mencerminkan ilmu seseorang itu. Walaupun Bahlul tidak berpakaian hebat seperti gaya tuan guru tetapi hikmah kata-katanyanya disanjung tinggi oleh Sheikh Junaid Al-Baghdadi.

Keenam Sheikh Junaid menerangkan bab feqah tentang adab dlm melakukan sesuatu tetapi Bahlul menerangkan bab hati iaitu kunci utama di dlm sesuatu perbuatan ibadat itu. Sesungguhnya jika baik hati itu maka in sha Allah baiklah segalanya. Selain drp mengetahui tentang adab tetapi ia tidak mencukupi kerana hati yg ikhlas dan bersih diperlukan utk mendapat keberkesanan daripada amalan tersebut.

Ketujuh, Sheikh Junaid mencium tangan Bahlul atas dasar penghormatan seorang murid yg telah diberi ilmu yg tidak ternilai. Begitulah cara orang yg beradab pada ilmu di mana peradaban seperti itu sudah berkurangan di zaman ini. Maka ilmu yg dipelajari tidak ada keberkatannya.

Tuesday, 21 February 2017

5 GRED SOLAT KITA

*5 gred solat*๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ’š

๐Ÿ˜ฉ *Gred E* ๐Ÿ•Œ
Bila azan, buat tidak tahu,  tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya

๐Ÿ˜” *Gred D* ๐Ÿ•Œ
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.

๐Ÿ˜Œ *Gred C* ๐Ÿ•Œ
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

๐Ÿ˜Š *Gred B*
Bila azan, terus berwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau.๐Ÿ•Œ

๐Ÿ˜„ *Gred A*
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.๐Ÿ•Œ

Apakah gred solat Kita❓
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah swt di hari perhitungan nanti bknnya result exam !
Solat terjaga ๐Ÿ’ฏinsyaAllah benda lain pun ๐Ÿ‘✅✅ Sama2lah kta balance kan hal dunia & hal akhirat...

Jom muhasabah๐Ÿ˜Œ⏰⌚
BACALAH KEJAP..
TAK DOSA PUN..
DAPAT PAHALA FREE LAGI :)๐Ÿ’š๐Ÿ€✅


*7 kalimat yg harus di biasakan..*
๐Ÿ€1. *_Bismillahirrahmannirrahim_*-Setiap hendak melakukan sesuatu.
๐Ÿ’š2. *_Alhamdulilah_*-Setiap habis melakukan sesuatu.
๐Ÿ€3. *_Astargfirullah_*-Jika melakukan sesuatu yang buruk.
๐Ÿ’š4. *_InsyaAllah_*-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang.
๐Ÿ€5. *_Laa hawla walaaquwwata illaah billaah_*-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
 ๐Ÿ’š6. *_Innalillahi wainna ilaihi rojiun_*-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian.
๐Ÿ€7. *_Lailaha illallah_*-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

*Ada 2 pilihan utk anda :*
๐Ÿ‘‰1. Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
๐Ÿ‘‰2. Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

 ๐ŸƒRasulullah bersabda, *_"Barangsiapa yang menyampaikan 1 ilmu sja dan ada orang yang mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.._*๐Ÿƒ

*_Amiiin ya rabbal alamin_*
Semoga bermanfaat.
Amiinnn.....✅
๐Ÿ•Œ๐Ÿ€๐Ÿ•Œ๐Ÿ€๐Ÿ•Œ๐Ÿ€๐Ÿ•Œ๐Ÿ€๐Ÿ•Œ

Orang tua tak ada otak


Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik emak aku.
Aku cakap dekat dia *"orang tua tak ada otak"*.
Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox.
Habis rosak.
Padahal besok tu dah nak raya.
Aku bengang.
Aku campak jeans tu dekat muka dia.
Lepas peristiwa tu,
aku tak pernah minta maaf dekat dia.
Lastnya, emak ok macam tu je.
Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga.
Dan aku ada 2 orang anak.
Tapi malangnya, kedua2 anak aku ni amat sukar untuk aku didik.
Dia orang amat liar.

Start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku.
Hinggalah tiba satu masa,
Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada emak aku dulu.
Ya.
Dosa aku herdik dan campak jeans dekat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu,
aku terus balik kampung jumpa emak.
Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf dekat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah dekat dia.
Dan aku memang tiap2 tahun pun minta maaf dekat dia.
Jadi dia pelik kenapa tiba2 hari tu aku datang nak minta maaf dekat dia.

Aku cakap,
Emak mungkn sudah tak ingat orang pernah buat salah dekat emak dulu.
Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah emak dan campak seluar orang dekat muka emak.
Orang nak minta maaf pasal tu.
Maaf sangat2.
Masa tu aku sudah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu,
muka emak berubah.

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat.
Mak cakap, dia tak akan lupakan perkara tu.
Bahkan dia sudah nekad,
kalau dia mati,
bila berjumpa Allah,
dia akan pegang tangan aku.
Dia nak cakap : *"ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku.*
*Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"*

Bila emak cakap macam tu,
serta merta aku menangis depan dia.
Aku merayu agar emak maafkan aku.
Tapi emak tetap berkeras tak akan maafkan aku.
Aku sedih dan buntu.
Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa emak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan emak tetap sama.
Hinggalah sekali tu,
aku tidur dekat rumah emak.
Lepas solat subuh, aku datang jumpa emak.
Emak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai emak wirid, aku pegang tangan emak.
Aku cium tangan tua itu lama2.
Aku nangis lagi depan dia.
Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan emak lembut menyapu kepala aku.
Sepertibmembelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu2.

Bersama2 itu,
Emak cakap sesuatu yang aku tak akan lupakan sampai bila2.
Emak cakap *"Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa emak dan minta maaf dngan emak*
*Emak memang tak akan maafkan kau sampai bila2.*
*Tapi, hari ini, bersaksilah nak, emak sudah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah emak akan pergi nanti".*
Aku angkat kepala dan aku peluk jasad emak.
Sedu2 aku nangis di bahu dia.
Sudah seperti anak kecik pun ada.
Aku tak kisah.
Aku nangis semahunya.
Aku sedih dan bersyukur sangat sebab emak sudah maafkan aku.
Emak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku.
Aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat.
Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup drkat muka bumi ni.
Habis tu.
Aku balik ke rumah.
Keluar je dari kereta,
kedua2 anak remajaku datang meluru mendapatkan aku.
Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku.
Saat itu,
Mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka.
Aku akan ada harapan untuk mendengarnya.
Mereka ucapkan : *"Maafkan kami ayah. Kami banyak buat salah pada ayah".*

Serentak dengan itu,
aku dongak ke langit seraya berkata.
Benarlah apa yang Nabi Mu kata Ya Allah.
*Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Maka anak2 mereka akan berbuat baik balik kepada mereka.*
Bersama linangan air mata,
aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga.
Terima kasih Allah. Sesungguhnya,
Engkaulah Tuhan sebaik2 Perencana.

Tuan2 dan Puan2,
bila memohon ampun dengan ibu bapa.
Ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka.
Kita tidak bileh meminta maaf secara umum je pada mereka.
Tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka.
Sekali mereka terasa,
dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita.
Nescaya syurga Allah tak halal buat kita.
Nauzubillahiminzalik - *Karyawan Bisu*

P/S: Jika anda menyukai artikel ini sila kongsikan kepada kawan2 anda. Terima kasih.

Sunday, 19 February 2017

Catatan sekilas perhimpunan RUU355


ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

*CATATAN SEKILAS PERHIMPUNAN RUU355*

Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah SWT atas dengan keizinanNya perjalanan program perhimpunan ini berjalan dengan baik dan cuaca yg terang.

Seawal pagi lagi ibu kota metropolitan sudah mulai di masuki semut-semut ungu sehingga lambakkan tersebut semakin ketara apabila masuk waktu zuhur. Masjid Utama yg berdekatan solat zuhurnya sudah seperti solat Jumaat.

Jika dilihat dengan sekali pandang, maka kita akan dapati berbagai rupa, yg mungkin mereka bukan dari tempatan ibu kota. Usia yg berbagai peringkat dari yg bercawat kecil sampailah yg memakai kerusi roda. Dari seorang sampailah berkeluarga.

Bila ditanya, kenapa mereka datang? Jawapannya satu iaitu untuk menunjukkan sokongan kepada keperkasaan mahkamah syariah di Malaysia.

Bila ditanya lagi, siapa yg bagi duit perjalanan dan duit belanja, makan jawapannya duit sendiri.

Bila ditanya lagi, tak rasa ke dipermainkan oleh ahli politik. Maka mereka menjawab kalau tidak ahli politik yg menggerak perkara ini, siapa lagi...sudah pasti tidak ada rakyat awam di parlimen.

Bila ditanya lagi, pasti ke pelaksanaan RUU355 ni dapat menyelesaikan masalah masyarakat terutamanya rasuah? Maka mereka jawab dengan spontan, Allah SWT perintah kepada kita laksanakan hukumNya, hasilnya tu kerja Dia. Setidaknya langkah pertama itu mengatur langkah berikutnya.

Bila ditanya lagi, kenapa beria-ia sangat untuk hadir walaupun tahu cuaca panas dan banyak renyahnya yg sangat susah. Maka mereka menjawab dengan senyuman, kami mahukan hukum Allah SWT dilaksanakan dan terlepas kami dari pertanyaan Allah SWT diakhirat nanti.

Dengan pertanyaan tadi, aku terkedu. Sangat jelas dan cukup mantap jawapan mereka melambangkan faham dan kayakinan mereka sangat baik.

*SELAMAT BERHIMPUN*

AbuJihad
PadangMerbuk
18Feb2017

Thursday, 16 February 2017

Muhammad putra naruto

Rujukan penjelasan di 

NAMAKAN ANAK ‘MUHAMMAD PUTRA NARUTO’, SHAH TAPAW DIKRITIK NETIZEN
Encik Hairan 10 hrs ago  Gossip

 Namakan anak ‘Muhammad Putra Naruto’, Shah Tapaw Dikritik Netizen

Pelawak Shah Tapaw atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rizal Sulaiman dikritik netizen setelah mendedahkan nama anaknya di laman Instagram.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram Shah, dia meletakkan gambar bayinya bersama sijil kelahiran yang tertera nama ‘Muhammad Putra Naruto bin Mohd Shah Rizal’.

Setakat ini, entri tersebut mendapat hampir 5,000 likes bersama lebih 500 komen. Rata-rata peminat yang meninggalkan komen mengkritik tindakan Shah yang menamakan anaknya Naruto.

Berikut merupakan antara komen yang diterima oleh Shah:

“@jieraaghazalyy - You may think that this is funny and rare. But yet the circumstances is on your son. Blame yourself if one day he's having bad depression coz everybody keep laughing at his name. This is not cool.”

“@amirul_ammar99 - Nanti mesti anak ni kena ejek je bila dah besar, fikir panjang sblum letak, minat minat jugak, kesan akan datang tu kena fikir.”

“@farahnajihah_ - Tak kesian kan anak ke? Tak fikir masa depan anak ke? Jangan wujudkan budaya pelik, now dah 2017.”

“@mrs_iedawe - Sebab nak publisiti murahan anak jadi mangsa... Bertabahlah wahai anak.. Entah apa-apa entah.”

Namun begitu, Shah tampil memberikan penjelasan mengenai nama anaknya itu di portal Media Hiburan.

Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang ini, sijil kelahiran tersebut telah pun disunting sebelum dimuatnaik ke laman Instagram miliknya.

"Sebenarnya, perkara yang dikongsi oleh saya itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata dikalangan adik-beradik saya. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.

"Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram," kata Shah.

p/s: nama adalah satu identiti kita yang penting. nama juga mempengaruhi keperibadian kita, sebab itu penting namakan anak dengan maksud yang baik.

Doa Merawat sakit lutut/lenguh

Tanya lah ustaz..

Ustaz bg ayat utk di amal kan,bg mrk2 yg sakit lutut, lenguh2 betis,sakit2 pinggang dll..

Cara nya :
-Baca ayat sambil sapu pd tempat sakit dr atas ke bawh..3x
- lps tu tepuk 3x kt tmpat sakit.. in shaa Allah dgn izin NYA sakit2 akan hilang..

DIA YANG MAHA PENYEMBUH..

Semoga bermanafaat

kredit : Lieza Arifin

Petua turunkan kolestrol



Info ini diambil dari fb resepisedapsentiasa

Petua TURUNKAN KOLESTROL
[Air Barli Lemon]
.
Bahan-Bahan:
.
Barli biji
Madu
Lemon
.
Methodology:
.
[+] Basuh barley & rendam seketika.
[+] Masak barli sehingga lembut.
[+] Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.
.
Siap
.
Kebaikan :
.
1- Menurunkan kolestrol
2- Menurunkan berat badan
3- Mencegah jangkitan saluran kencing
4- Mencegah batu karang
5- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
6- Mengawal gula dalam darah
.
** Utk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

petua merawat kanser


Assalamualaikum. Untuk pengunjung yang mencari info rawatan alternatif pesakit kanser payudara, penulis dapat info ini daripada fb Rawatan alternatif. Semoga bermanfaat.

Dari group whatsapp

saya  dulu2  ...   isteri  saya  masa  anak  ke2   kena  kenser  payudara..
dan saya  cuba mcm2 kaedah..  tak  baik..  saya  ingat   ..pertua   ..guru2  saya dulu2   dia suruh   guna....

ubi   kayu  sapu dekat  kenser  
Cari ubi yg muda...ambik getah isi ubi yg muda sapu ....

3hari  turut2  dan

baca  surah   fatihah   7x  
al kihlas  7x   an  nas  7x  
ayat  kursi  7x  
dan  surah   al  fill   4x  
dan  selawat nabi  1oox
dan  tiup tepat  kenser  itu

jadi  saya guna  nya ...
syukur  alhmdulilah  sekrng  dah  17  tahun  belalu   isteri  saya tiada kesan  sampingan  apa2  dan  sembuh  sepenuh  nya. dengan  izin allah,  

ambil  lah ini pertua  sangat2  penting  untuk kaum  ibu2... demi  allah..  benar  pertua saya guna ini di  masa  17  tahun  belalu...

Khasiat Ayat Kursi

KEDAHSYATAN AYAT KURSI

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

7.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

9. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr ra., Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Minyak aura zikir


Kisah minyak aura zikir....dari cerita kakak fb ROHANI

Ustaz khairi seorang guru di sks7kd telah menghantar minyak aura zikir ni ptg selasa...
Tghari semalam (Rabu).. kakak dpt call dr Awfa kat sekolah memandu..Awfa jatuh motor...pastu motor timpa atas Awfa...Allahu Akbar..masa tu ummi sorg2 kat umah...x mau bgtau suami lg..tkt dia risau.. tau2 mak call dr kmpg..tanya khabar..terus bagitau mak...ptut la mak x senang hati ja..katanya...aura seorg ibu kaaaan...

X sabaq menunggu Awfa balik..dengan guru memandu yg urus bab2 tu la...
Adik-adik Awfa, Awni n Najah, yang baru balik dari sekolah tolong papah kak awfa dari pintu pagar..lebam sblh kaki kiri dr kaki hingga atas lutut....

Lepas tu, Minta tolong awni lumur (sapu) ja minyak aura yang baru beli semalam....
Alhamdulillah..semuanya dgn izin Allah. ..pagi ni siap berlari2 lagi..nak cepat bersiap untuk ke smk10...bw motor abahnya pula...(smentara tggu kptsn SPM awfa tlg ustazah jd guru pbimbing hufaz KAA n guru tahsin utk kelas aliran biasa. .
Doa kan awfa jadi insan yg baik ya kwn2...

Dangau Homestay


Kuala Sala kini disinari lagi dengan lampu nion ditepian Sungai Sala. Berlatar belakangkan sawah padi jua Gunung Jerai, anda pasti tidak kecewa jika inginkan kelainan dan jauh dari kesibukan kota. Tidak jauh dari SalaHomestay ini, Dangaukitchen menjadi tarikan terkini pelancong di Kuala Sala,Yan, Kedah. Beberapa keping gambar dari fb nya saya share kan untuk tatapan anda semua. Semoga bermanafaat.




Monday, 13 February 2017

Nasihat terbaik untuk isteri & anak2 perempuan

๐ŸŒƒ RENUNGAN ๐ŸŒƒ

*NASIHAT TERBAIK UTK ISTERI & ANAK2 (perempuan)*

© *Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT*

© *Perempuan jika ada boyfriend yg tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dgn lelaki soleh yg membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.*

© *Isteri yg terbaik adalah isteri yg meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.*

© *Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.*

© *Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.*

© *Wanita yg menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha utk menjadi ahli syurga.*

© *Wanita yg menutup aurat dgn sempurna ibarat pelangi yg cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.*

© *Isteri solehah sentiasa berhias cantik utk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.*

© *Perempuan yg bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.*

© *Perempuan yg bersalaman dgn suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.*

© *Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah*

© *Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorg syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.*

© *Wanita yg cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yg baik akan membuka hati lelaki.*

© *Perempuan yg garang sebelum kahwin adalah perempuan yg paling manja selepas kahwin.*

© *Wanita yg solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh sebab wanita yg solehah sukar ditemui.*

© *Perempuan yg menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yg munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.*

© *Gunakanlah kecantikan hanya utk suami.*

*Subhanallah...*
*Walhamdulillah...*
*Allahu Akbar...*

Nasihat itu Jariah...
Ganjaran tidak putus sebagai Ilmu Baik yg dimanfaatkan...

Dilarang Memotong


                          
Kesian pakcik tu... biaso keluar pagi lopeh subuh nak poie motong gotah... satu pagi tu dio keluar.. lopeh setongah jam ... dio balik umah... duduk ateh tanggo dopan... sambil termonung... bini eh nampak..

aiiii bang!  awal pulang ?....

ermmmm ontah lah jijah... sapo agak eh lotak papan tando *DI LARANG MEMOTONG* kek selekoh nak masuk kobun kito tu ... den pun balik yo lah...

kekekeke๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Simptom saluran darah tersumbat

SIMPTOM-SIMPTOM YANG MENUNJUKKAN SALURAN DARAH KITA TERSUMBAT.

1. Berasa loya & mual.
2. Berpeluh secara tiba-tiba.
3. Kaki & tangan berasa kebas.
4. Pening & sakit kepala.
5. Sakit di bahagian bahu & belakang bahu.
6. Sakit dibahagian dada.
7. Sakit dibahagian pinggang.
8. Sering berasa letih & lesu.
9. Sering berdebar-debar.
10. Sesak nafas.
11. Batuk berpanjangan.
12. Bengkak di bahagian kaki & perut.
13. Kerap buang air kecil.
14. Kurang daya ingatan.
15. Kurang penglihatan & rabun.
16. Kurang selera makan.
17. Masalah haid & seksual.
18. Perut kembung.
19. Sukar tidur.
20. Telinga berasa berdengung.

Berapakah SIMPTOM yg anda ada sekarang?

Tips apabila kehilangan handphone

​Tips apabila kehilangan handphone daripada  sukarelawan pencegahan dadah Dan jenayah Malaysia(SPDJM) cawangan johor baharu​

jika handhpone hilang..Tahukah Anda!!!
Jika anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejaki kembali.

Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon mudah alih kita boleh dicuri pada bila-bila masa.

Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan IMEI no. iaitu ​International Mobile Equipment Identity​yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.

Lihat bagaimana ia berfungsi !!

1. Dail *#06#  pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan ​15 digit IMEI no.​ yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu ​E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net​ beserta butiran seperti di bawah.

Nama anda: ____________________
Alamat: ______________________
Model telefon: _________________
Buatan: _________________________
No. terakhir digunakan:_________________
E-mel untuk dihubungi: _____
Tarikh hilang: ___________________
IMEI No: _______________________

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet, Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.

​SEBARKAN MESEJ INI IANYA SANGAT MEMBANTU...​

Solat

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…
ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ ِ
*ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏ*

*SOLAT*

...Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka engkau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat engkau mengerjakannya...

...Anggaplah solat itu pertemuan yang engkau nanti dengan Tuhanmu... Allahuakbar...

...Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik engkau bercerita dengan Allah... Allahuakbar...

...Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk engkau mengadu segala keluh kesah dengan Allah SWT... Allahuakbar...

...Anggaplah solat itu sebagai seperti mana seriusnya engkau dalam bermimpi... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu untuk mengajak engkau lebih dekat dengan-Nya... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika engkau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga denganmu... Allahuakbar...

...Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga engkau tak terjatuh, hingga engkau merasakan damai dalam sentuhan-Nya... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika engkau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar...

...Bayangkan ketika engkau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu engkau jadi manusia berhati bersih... Subhanallah..

Masya Allah... Sungguh nikmat solat yang kita lakukan...

Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.
Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah...

*Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku*.
*Kita insan biasa yang sering terleka dek urusan dunia yang sentiasa menghambat kita, dan kita pula mengejar dunia*.ٍ

Binatang paling miskin

Binatang yg paling miskin.
--------------------------------

Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam. Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM. Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut. BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Punca nya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR. Kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM.

Telur AYAM goreng dikatakan MATA LEMBU. Lembu dapat nama. Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.

Nasib kau lah wahai ayam.๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
 Tahun ini tahun ayam..  Hehehe.

Jadual Harian



*JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN DATOK USTAZ HAJI ISMAIL KAMUS*

1. Bangun malam (sekitar jam 3 pagi).
- Mandi dan ambil wuduk.

2. Solat sunat wuduk.

3. Solat sunat taubat.

4. Solat sunat tahajjud
(8 rakaat).

5. Solat sunat hajat (minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).

6. Solat sunat witir 3 rakaat.

7. Istighfr 100 X.

8. Tahlil 300 X.

9. ู„ุงَุงِูٕ„َู‡َ ุงِูٕ„ุงَّ ุงَูٔ†ْุชَ ุณُุจْุญَุง ู†َูƒَ ุงِูٕ†ِّูŠْ ูƒُู†ุชُ ู…ِู†َ ุงู„ุธَّุง ู„ِู…ِูŠْู†َ. 40x

10. Tasbih 40 X.

11. Solat sunat fajar.

12. Solat subuh.

13. Baca yaassin lepas subuh.

14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum.
- Solat sunat selepas.

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum.

17. Solat maghrib.
- Solat sunat selepas.

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum.
- Solat sunat selepas.

19. Sebelum tidur baca :
- Al-quran.
- Surah Al-mulk.
- Surah sajjadah.
- Surah al-waqiah.

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

*Share ilmu ini untuk peringatan semua*
PS: Kongsi ilmu walau sedikit, moga2 yang sedikit ini membawa kita ke syurga Allah S.W.T, inshaaAllah Allahuma, aamiin ๐Ÿ˜˜

Pesanan PENTING kepada anak

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…
ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ ِ
*ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏ*ٍ

C&P dari group sebelah :

JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK :

Selalunya ketika kita sudah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya :

- Nanti mak abah dah tak ada korang jangan gaduh-gaduh.
- Harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat.
- Bila raya balik jenguk rumah pusaka.

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita di alam sana.

Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yang tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnect. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, untuk kebaikan our own future :

- Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang.
- Jangan lupa bacakan Surah Al-Mulk untuk mak abah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak abah di kubur.
- Doakan kebaikan untuk mak abah setiap hari.

Ini yang lebih penting untuk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dengan amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Al-Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak abah, buat setiap hari.

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan minum everyday, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak. Sebab, jarang anak yang ingatkan mak ayah (ibu bapa) mereka yang sudah meninggal dunia. Masa meninggal dunia je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengan harta pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca al-fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan mak abah (ibu bapa) nya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun sudah kembali ke alam sana.

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Al-Quran & sedekah yang ikhlas yang BERMANFAAT untuk kita di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, mak abah (ibu bapa) nya yang mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,

Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.

Ingatlah,

Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada anak 2 orang dan, seorang anak yang telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah 5 tahun lepas.

Setiap hari saya cuba yang terbaik untuk sambungkan kasih sayang kepada arwah mak abah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :
*'dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).*

Semoga. Tolong sama-sama doakan mak abah (ibu bapa) kita yang telah pergi.

Everyday.

Ustaz Asraff Ayobb.

Tuan puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Al-Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Al-Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat.

Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Al-Quran akan datang sebagai pembantu untuk backup & topup mana yang tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu.

Kisah Datuk Dr Harun Din

Siang tadi, Guru saya menceritakan kisah Dr. Harun Din setelah kami selesai pengajian FIQH MUQARAN..

Setelah  beliau pergi menziarahi keluarga Al-Marhum.. Isteri Al marhum Dr. Harun Din menceritakan..

Beliau tidak tahu, pukul berapa Dr. Harun Din tidur kerana rumahnya sentiasa di datangi tetamu, kadang-kadang 8 pagi. Kadang 1 pagi dan Dr. Harun Din rai sungguh-sungguh tetamu tersebut.. Waktu pengajiannya di Mesir dulu pun, Al Marhum Dr. Harun Din menjadikan rumahnya sebagai rumah persinggahan buat sahabat-sahabatnya..

Dr. Harun Din.. Orangnya sentiasa dengan al-Quran..  Al-Qurannya sentiasa terbuka, setiap kali isterinya datang ke biliknya.. Dr. Harun Din Kuat berzikir.. kuat mengerjakan kebajikan.. Orangnya sangat menjaga dan  mengeratkan silat turrahim, dengan menyatukan sanak saudaranya sampai ke  Patani.. Sangat menjaga mulutnya dan tidak pernah kata kepada orang lain..

Beliau membina 10 buah masjid di Kemboja dan lain2 lagi..

Beliau menginfaq RM5 juta kepada Yayasan BIRRUL WALIDAIN.

Waktu ke Amerika, tiket di beli untuk dua minggu, tapi dalam perjalanannya.. Almarhum Dr. Harun Din berkata kepada anaknya, bahawa beliau boleh jamak.. anaknya terkejut kerana Babanya Alim dalam bab Jamak.. Rupa2nya pada hari ke tiga Allah telah menjemputnya.. Ketika Doktor mencabut bantuan oksigen. kebiasaannya orang lain akan tercungap-cunggap mencari pernafasan. Dengan Dada turun naik.. Tapi Dr. Harun Din ini, lain orangnya kata Doktor tersebut.. malah nurse di situ juga mengakui, Dr. Harun Din ni, hanya tenang dan menyebut Allah..Allah..Allah.. kemudian mengucap syahadah.. semua Doktor  yang ada di situ menangis, kerana belum jumpa orang seperti Dr. Harun Din..

Kata Guru saya lagi. Dr. Harun Din datang dari keturunan Ulamak Patani dan pejuang pejuang islam.. Ibunya meninggal ketika sujud pada 17 Ramadan..

Semua kitab-kitab / BUKU -BUKU Dr. Harun Din di Infakkan ke University Islam Malaysia..

Semoga Allah mengangkat Darjat dan memuliakan Al Marhum Dr. Harun Din..

Terasa kerdil diri ini, dengan kisah Al Marhum yang hebat dan ramai tidak mengetahui..

Atuk yang romantik

Atuk yang romantik ๐Ÿ˜‚

Seorang cucu kagum dengan atuknya yang dah berumur 70+++ yang sentiasa memanggil nenek dengan panggilan 'sayang, darling, honey & ♥♥♥lagi. Tak macam atok-atok lain.. Ni mesti ada sesuatu rahsia baik punya, fikirnya.

Lalu satu saat yang sesuai cucu pun tanya pada atuknya.
"Atuk..atuk. Apasal Man tengok atuk romantik sangat dengan nenek walau dah tua. Darling la, sayang la. Apa rahsia cinta atuk dengan nenek tuk".

Atuk panggil cucu dan bebisik,
"Kau jangan bising-bising lak. Yang sebona atuk dah lupo namo nenek kau...".

Kah
Kah
Kah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Harap2 atuk group ni tak macam tu. Sedih nenek semua. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Erti kecantikan

Diambil dari whatsapp rakan. Terima kasih pada penulis asal yang tidak diketahui semoga keikhlasan diberi ganjaran.

_ADA ANAK GADIS_
_BERTANYA PADA IBUNYA YANG CANTIK..._

*"Ibu..,*
*Ibu selalu terlihat cantik.*
*Aku ingin seperti ibu,* *Beritahulah aku caranya.”*

Dengan tatapan lembut & senyum haru, sang ibu menjawab :

_"Untuk bibir yang menarik..._
 _Ucapkanlah perkataan yang baik”_

_“Untuk pipi yang lesung..._
_Tebarkanlah senyum ikhlas kepada siapapun…”_

_“Untuk mata yang indah menawan..._
_Lihatlah selalu kebaikan orang lain…”_

_“Untuk tubuh yang langsing..._
_Sisihkanlah makanan untuk fakir miskin…”_

_“Untuk jemari tangan yang lentik menawan..._
_Hitunglah kebajikan yang telah diperbuat orang kepadamu…”_

_“Untuk wajah putih bercahaya..._
_Bersihkanlah kekotoran batin…”_

_Anakku.._
_Janganlah sombong akan kecantikan fisik kerana itu akan pudar oleh waktu."_

_"Kecantikan perilaku tidak akan pudar walau oleh kematian.."_

Jika kamu *BENAR,*
_Maka kamu tidak perlu marah._

Jika kamu *SALAH,*
_Maka kamu wajib minta maaf._

Kesabaran dengan keluarga adalah *KASIH.*

Kesabaran dengan orang lain adalah *HORMAT.*

Kesabaran dengan diri sendiri adalah *KEYAKINAN.*

Kesabaran dengan TUHAN adalah *IMAN.*

_Jangan terlalu mengingat masa lalu,_
_Kerana hal itu akan membawa *AIR MATA.*_

_Jangan terlalu memikirkan masa depan,_
_Kerana hal itu akan membawa *KETAKUTAN.*_

_Jalankan saat ini dengan senyuman,_
_Kerana hal itu akan membawa *KECERIAAN..!*_

_Setiap ujian dalam hidup ini bisa membuat kamu pedih atau lebih baik._

_Setiap masalah yang timbul bisa *menguatkan* atau *menghancurkan.*_

_Pilihan ada padamu, apakah kamu akan memilih menjadi *korban* atau *pemenang.*_

_Carilah hati yang indah dan bukan wajah yang cantik._

_*Hal-hal yang indah tidak selalu baik, *_
_*Tapi hal-hal yang baik akan selalu indah...
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

Malam bulan penuh (purnama)


Malam bulan purnama
Semalam Malam 15 Jamadil Awal 1438 Hijriah. Bulan penuh.terang. penulis teruja melihatnya. Semoga cahayanya yang menerangi alam ini dan begitu jualah kepada kehidupan kami .ameen.


SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA

*SEMENTARA PINTU SYURGA DI RUMAHMU MASIH TERBUKA:*

Saya menziarahi seorang kawan yang kematian ibunya yang dijaga selama ini. Dia berbisik kepada saya masa bersalam,
"Telah *HILANG lah PINTU SYURGA* di RUMAH saya..."

Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dengan ajakan untuk bersabar.

Apakah maksud *PINTU SYURGA di RUMAH nya telah HILANG ????*

Ini satu PERKATAAN orang ber ILMU, orang yang MENGETAHUI......

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh seorang tabi’in  *Iyas bin Mu’awiyah,* yang menangis semahu-mahunya ketika meninggal salah seorang dari orang tuanya.

Apabila ditanya pada beliau,
“Mengapa engkau menangis sedemikian rupa ?"
Maka beliau menjawab,
*“aku tidak MENANGIS kerana KEMATIAN,* kerana yang *HIDUP pasti akan MATI....*Akan tetapi yang membuat aku menangis kerana dahulu aku memiliki *DUA PINTU ke SYURGA*...
Tapi hari ini *TERTUTUP*lah *SATU PINTU* dan tidak akan di buka sampai hari Kiamat.

Aku memohon pada *ALLAH SWT* agar aku boleh menjaga *pintu SYURGA yang keDUA*

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan sabda *Rasulullah SAW* dari *Abu Darda RA*

*Rasulullah SAW* bersabda:
ุงู„ْูˆَุงู„ِุฏُ ุฃَูˆْุณَุทُ ุฃَุจْูˆَุงุจِ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ูَุฅِู†ْ ุดِุฆْุชَ ูَุฃَุถِุนْ ุฐَู„ِูƒَ ุงู„ْุจَุงุจَ ุฃَูˆِ ุงุญْูَุธْู‡ُ
*ORANG TUA* (ibu & ayah) adalah *PINTU SYURGA* paling tengah.

Kamu boleh *SIA-SIA kan* pintu itu atau kamu *MENJAGA nya* . (HR. Ahmad 28276, Turmudzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

Jadi kedua *IBUBAPA* kita adalah ibarat *PINTU SYURGA* bagi setiap *ANAK,*
dengan maksud jika kita *BERKHIDMAT dan BERBUAT BAIK* kepada *KEDUA* nya, maka *ALLAH* akan beri ganjaran *SYURGA, tapi siapa yang *MENSIA-SIA kan PELUANG* ini, akan *TERLEPASlah PELUANG* ke *SYURGA*

Bahkan mereka itu *CELAKA*

*Rasulullah SAW* bersabda,
*CELAKA, CELAKA, CELAKA*

Lalu ditanyakan pada *Baginda,* *SIAPA* (yang celaka)
wahai *Rasulullah ??*
Maka *Baginda* bersabda :
*"SIAPA* saja yang menjumpai *KEDUA ORANG-TUA*nya, baik *SALAH SATU atau KEDUA-DUA*nya *di KALA mereka LANJUT USIA,* akan *TETAPI* (perjumpaan tersebut) tidak memasukkannya ke *syurga* . *(HR. Muslim)*

Saya nak mengajak kamu semua agar *TIDAK MENSIA-SIA kan* peluang *PINTU SYURGA* yang ada di *RUMAH kamu*, *LEBIH- LEBIH* lagi jika *USIA KEDUA ORANG TUA* telah lanjut, *MELANGKAH* lah ke *PINTU* itu dengan *BERBUAT BAIK* kepada *KEDUAnya* .
Sebelum kita *meninjau KELUAR untuk mencari SYURGA...*

JANGAN *abaikan PINTU SYURGA* yang diibarat kepada *IBUBAPA* yang *ALLAH KURNIAkan* dirumah kita .

Dalam hidup kita, *ALLAH* buka banyak kesempatan untuk ke *SYURGA,* samada kita *SEDAR atau TIDAK MAHU MEREBUT*nya.

Kemudian *ALLAH* ambil balik *SATU demi SATU* peluang ini,

Maka *TERTUTUP lah SATU demi SATU* kesempatan untuk ke *SYURGA* melalui pintu *KETAATAN* keatas *IBUBAPA* kita.

*MEREKA yang LALAI dengan DUNIA*nya tidak akan terasa apa-apa dengan *TERTUTUP nya PINTU SYURGA* untuknya, tetapi mereka yang mengetahui, seperti SAHABAT saya ini, akan melihat *KEMBALI nya IBU atau BAPA* bagai *TERTUTUP* nya *PINTU SYURGA di RUMAH nya .*

Santuniah *IBUBAPA* mu sementara mereka *MASIH ADA,* (sementara *PINTU SYURGA di RUMAH* mu *MASIH TERBUKA )*
____________________________
SHARE KEPADA ADIK BERADIK, SAHABAT HANDAI KALIAN SEBAGAI INGATAN. SEMOGA KITA MENJADI ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH.
INSYAALLAH, AAMIIN

SEMOGA BERMANAFAAT

Warung Pok Nong Terengganu



                  




 Tempat yang wajib pergi kalau ke Terengganu

Warung Pok Nong Sotong Celup Tepung Terengganu. Tak pernah takde orang..

Warung Pok Nong
Jalan Pantai A1693, kg kolam mengabang telipot . Kuala terengganu
09 6127655 / 0133517262
Waktu Operasi 3:30pm
           

Benih Hitam

*BENIH HITAM*

Kisah nyata di AS. Ada seorang wanita kulit putih yang hendak melakukan perjalanan dengan seorang puteranya yg berusia 6 tahun. Mereka menaiki teksi yang dipandu oleh seorang lelaki kulit hitam.

Oleh kerana si anak tak pernah melihat orang kulit hitam sebelumnya, maka hatinya sangat ketakutan dan bertanya kepada ibunya:

“Ibu, apakah orang ini bukan penjahat? Mengapa kulitnya begitu hitam?”

Pemandu tadi sangat sedih mendengarnya...

Saat itu pula, sang ibu berkata kepada anaknya: “Pakcik ini bukan orang jahat, dia adalah orang yang sangat baik.”

Anak terdiam sejenak, lalu bertanya lagi:

“Jika dia bukan orang jahat, lalu apakah dia pernah melakukan sesuatu yg buruk sehingga kulitnya begitu hitam?”

Mendengar perkataan anak ini, mata pemandu kulit hitam itu berkaca2, tapi dia ingin tahu bagaimana wanita kulit putih itu menjawab pertanyaan tersebut.

Ibu ini menjawab:

“Dia adalah lelaki yg sangat baik, juga tak pernah berbuat jahat. Bukankah bunga2 di kebun rumah kita ada yg berwarna merah, putih, kuning & warna lainnya?”

“Benar bu!”

“Bukankah biji benih dari semua bunga tersebut berwarna hitam?”

Anak ini berfikir sejenak, “Benar bu! Semuanya berwarna hitam.”

“Benih hitam itu yg memekarkan bunga2 berwarna-warni yang indah sehingga dunia menjadi penuh warna-warni juga, bukankah begitu anakku?”

“Benar bu!”

Anak ini seakan tiba2 tersedar dan berkata:

“Kalau begitu pasti pakcik ini bukan orang jahat! Terima kasih pakcik! Anda telah membuat dunia menjadi penuh warna-warni, saya akan berdoa untukmu.”

Anak polos ini lalu mulai kumat-kamit berdoa, pemandu kulit hitam ini tak dapat menahan diri lagi utk tidak mengalirkan air mata.

Penjelasan yang bijak, membuat pengertian yang mendalam.

Sudah bijaksanakah kita memberikan penjelasan2 terhadap orang2 yang ada di sekitar kita.
Sehingga menenangkan dan mendamaikan suasana, tak ada lagi saling curiga mencurigai.
Sila renungkan
Semoga bermanafaat ๐Ÿ˜Š

*bagaimana kita harus menjaga lisan agar tidak menyakiti orang lain (termasuk status dan komen di media sosial)*
*karena banyak orang yang masuk neraka karena lisannya*

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Sunday, 12 February 2017

Doa & Harapan 2017: GST


Penulis teruja dengan GST ni apabila ada sorang sahabat post info. Harapannya, biarlah GST ni beroleh kebahagiaan.

Doa & Harapan 2017: GST

Kami bakal jadi Geng Sudah Tua (GST)....jangan pula jadikan kami Golongan Susah Tidor (GST), Ya Allah, sebaliknya jadilah kami Golongan Solat Tahajjud (GST). Bantulah kami bina Generasi Sayang Tuhan (GST). Ya Rahman, jadikan kami Generasi Solat Terkhusyuk (GST). Ya Allah, jadikan juga kami Geng Surau Tetap (GST) ... berjemaah d surau n masjid...In sha Allah..
Dan hindarilah anak cucu kami dari menjadi Geng Subuh Terlajak (GST).
๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜„☺
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017,
MAAF ZAHIR BATIN..

Jaga 7 zikir setiap hari

๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š
Jaga 7 zikir setiap hari
***********************

1. Istighfar 100x

2. Subhanallah wabihamdih subhanallahil azim. 100x

3. La ila haillallah 100x

4. Hasbiyallah wani' mal wakiil. 100x

5. Subhanallah walhamdulillah wala
 ilaha ilallah wallahu akbar 100x

6. La hawla wala quwata il lah billah. 100x

7. Selawat nabi 100x.

=========================
๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป๐ŸŒป

IKAN AKAN MATI TANPA AIR
DAN
HATI AKAN MATI TANPA ZIKIR
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Ujian seorang wanita

๐Ÿ”ด PEREMPUAN diuji di DUNIA,,
๐ŸŒธ Kena pakai TUDUNG ...
๐ŸŒธ Kena pakai STOKIN ...
๐ŸŒธ Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA ..
๐ŸŒธ Kena banyak FITNAH ...
๐ŸŒธ Kena TAAT perintah SUAMI...
๐ŸŒธ Kena menjaga MARUAH DIRI...
๐ŸŒธ Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS..

๐Ÿ“ข Di AKHIRAT,,
SABAR + REDHA = IN SHAA ALLAH SYURGA menanti ...

๐Ÿ”ด LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia,,
๐Ÿ€ Tidak payah pakai TUDUNG...
๐Ÿ€ Tidak payah pakai STOKIN...
๐Ÿ€ AURAT senang dijaga ...
๐Ÿ€ Tidak risau dengan FITNAH...
๐Ÿ€ MUDAH nak buat apa sahaja..

๐Ÿ“ข Tapi di AKHIRAT,,
๐Ÿ”นTanggung dosa DIRI SENDIRI..
๐Ÿ”นDosa ISTERI...
๐Ÿ”นDosa ANAK-ANAK ..
๐Ÿ”นDosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat..
๐Ÿ”นDosa tidak beri NAFKAH..
๐Ÿ”นDosa tidak menjaga PANDANGAN...
๐Ÿ”นDosa ADIK-ADIK...
๐Ÿ”นDosa sesama MANUSIA...
๐Ÿ”นDosa tidak SOLAT...

๐Ÿ“ข SABAR + REDHA belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka diBUAT atau TIDAK di DUNIA...

LELAKI dan PEREMPUAN... masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL ...

⭐๐ŸŒ™ Janganlah kita MERUNGUT....REDHALAH atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH ...

๐ŸŒ™⭐ Apa yang KITA ada INGATLAH, sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH KURNIAKAN ...Allahurobbi ...

Sekarang anda mempunyai ② pilihan :

①. Biarkan Tulisan ini berada di sini, dan orang lain tidak membaca ...

②. Menyebarkan kepada pembaca lain agar orang lain ikut termotivasi dan In shaa Allah anda jua mendapat PAHALA ...

⬆ Tazkirah terakhir dr seorg ustaz dr pahang...beberapa jam sblm kemalangan n meninggal dunia. Moga sampai pahala kpdnya..

Bahaya Air Mineral tertinggal dalam kereta

AWAS, TOLONGLAH BUANG KALAU AIR MINERAL TERTINGGAL DALAM KERETA! TAK PAYAH NAK JIMAT SANGAT...

By Nadia Mohamad
7 Februari 2017
Mingguan Wanita

Ada lagi ke yang jenis minum air botol yang tertinggal dalam kereta? Rasanya ramai yang biasa minum air mineral atau air minuman dalam botol yang ada dalam kereta dan terdedah kepada haba panas dan sinaran matahari melampau.

Tahukah anda, air botol yang terdedah sinaran matahari dan panas melampau akan mendorong kepada barah?

Bahaya air botol terdedah kepada sinaran matahari dan panas melampau – Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata dalam laporan Sinar Harian, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah.

Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya! Artis antarabangsa, Sheryl Crow juga menghidap barah disebabkan kesan daripada meminum air botol yang terdedah panas. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia.

Menurut doktor, wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda.

Hawa panas dapat menyebabkan toksin atau racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Moga kaum Hawa dan lelaki yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui info ini.

Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada beberapa bahagian dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnya tidak elok di minum kerana kebarangkalian boleh bertukar kepada racun.
[18:37, 2/11/2017] ‪+60 11-3352 5066‬: Nak share slot dlm ranc Prof Muhaya.com dlm Tv Alhijrah dgn tajuk Mengatasi kanser.

 Kanser adalah kegagalan manusia yg kurang mkn sayur n buah.

Jadi tips mengatasi kanser: GBOMS.

Bykkan ...
G - Greens,
B - Berries,
O - Onion,
M - Mushrom,
S - Seeds.

Kurangkan protein dlm hidangan.

Bykkan air putih.

Elakkan protein, gula adalah baja utk kanser.

Tetamu yg dipanggil ke studio pesakit kanser tahap 4.

Semasa diagnos koma 3 hari.

Kembali sihat setelah mengamalkan makan h.sauda, air zam2, minum air lemon, berries ( anggur, kurma etc).

Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural@ alami.

X mengambil perubatan seperti kimo. Dgn alasan bila beliau mengamalkan makanan yg sihat, natural ...kansernya tidak bkembang.

Dia yakin dgn cara natural beliau btambah sihat.

 Pemakanan sblm kena kanser...fast food, Mc Donald, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang mkn buah n sayur.

Hargai kesihatan anda.๐Ÿ‘ ubah tabiat mkn kpd yg lebih sihat n natural.

Bykkan sayur hijau , jus buah n buah-buahan.

Sharing is caring.

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.

! Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.

Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku

****Jangan kedekut ilmu.
Sila kongsi