Pages

Monday 13 February 2017

Kisah Datuk Dr Harun Din

Siang tadi, Guru saya menceritakan kisah Dr. Harun Din setelah kami selesai pengajian FIQH MUQARAN..

Setelah  beliau pergi menziarahi keluarga Al-Marhum.. Isteri Al marhum Dr. Harun Din menceritakan..

Beliau tidak tahu, pukul berapa Dr. Harun Din tidur kerana rumahnya sentiasa di datangi tetamu, kadang-kadang 8 pagi. Kadang 1 pagi dan Dr. Harun Din rai sungguh-sungguh tetamu tersebut.. Waktu pengajiannya di Mesir dulu pun, Al Marhum Dr. Harun Din menjadikan rumahnya sebagai rumah persinggahan buat sahabat-sahabatnya..

Dr. Harun Din.. Orangnya sentiasa dengan al-Quran..  Al-Qurannya sentiasa terbuka, setiap kali isterinya datang ke biliknya.. Dr. Harun Din Kuat berzikir.. kuat mengerjakan kebajikan.. Orangnya sangat menjaga dan  mengeratkan silat turrahim, dengan menyatukan sanak saudaranya sampai ke  Patani.. Sangat menjaga mulutnya dan tidak pernah kata kepada orang lain..

Beliau membina 10 buah masjid di Kemboja dan lain2 lagi..

Beliau menginfaq RM5 juta kepada Yayasan BIRRUL WALIDAIN.

Waktu ke Amerika, tiket di beli untuk dua minggu, tapi dalam perjalanannya.. Almarhum Dr. Harun Din berkata kepada anaknya, bahawa beliau boleh jamak.. anaknya terkejut kerana Babanya Alim dalam bab Jamak.. Rupa2nya pada hari ke tiga Allah telah menjemputnya.. Ketika Doktor mencabut bantuan oksigen. kebiasaannya orang lain akan tercungap-cunggap mencari pernafasan. Dengan Dada turun naik.. Tapi Dr. Harun Din ini, lain orangnya kata Doktor tersebut.. malah nurse di situ juga mengakui, Dr. Harun Din ni, hanya tenang dan menyebut Allah..Allah..Allah.. kemudian mengucap syahadah.. semua Doktor  yang ada di situ menangis, kerana belum jumpa orang seperti Dr. Harun Din..

Kata Guru saya lagi. Dr. Harun Din datang dari keturunan Ulamak Patani dan pejuang pejuang islam.. Ibunya meninggal ketika sujud pada 17 Ramadan..

Semua kitab-kitab / BUKU -BUKU Dr. Harun Din di Infakkan ke University Islam Malaysia..

Semoga Allah mengangkat Darjat dan memuliakan Al Marhum Dr. Harun Din..

Terasa kerdil diri ini, dengan kisah Al Marhum yang hebat dan ramai tidak mengetahui..

1 comment:

  1. Subhanallah.... memang kalau melihat dari awal hingga akhir hayatnya amat jelas betapa almarhum bukan calang-calang ulama'.

    Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan para syuhada'

    ReplyDelete

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com