Monday, 27 February 2017

7 sebab kenapa wanita utara jadi pilihan lelaki

Dari kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Cari Jodoh, mereka membuat kesimpulan bahawa wanita berasal dari negeri Utara menjadi kesukaan kaum lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.
Ini 7 sebab hasil dari kajian kenapa wanita yang berasal dari Utara menjadi pilihan kaum lelaki untuk dijadikan teman hidup.
1. Pandai Memasak
Orang kata kalau nak pikat hati suami, kena pikat perut dia dulu. Air tangan isteri tu memang ada berkatnya. Tetapi memang tak dinafikan, makanan utaghaaa memang sedap-sedapkan. Mee Rebus ,ikan rebus yang simple tu pun memang dah terbaik!
2. Sifat Peramah
Orang utaghaa ni kebanyakannya memang peramah dan cepat mesra. Orang utaghaa panggil “Hemoi”. Wanita berasal dari Utara ni memang ringan mulut, asyik nak bercakap je tapi budi bahasa dan hati sangat baik dan top.
3. Wang Hantaran Murah
Kalau di Utara, keluarga wanita di sana tidak mementingkan hantaran tetapi yang paling mustahak ialah mas kahwin. Contoh kalau letak RM5000, mungkin RM3000 tu untuk mas kahwin.tapi tengok juga kawasan dan keluarga, kadang tak ambik hantaran pon, cuma bawa mas kawin RM150 sudah. Ini yang lelaki suka.
4. Mudah Mesra
Orang Utara ni nampak je muka sombong tapi sebenarnya diaorang baik hati. Bila start je buka mulut, memang riuhlah cerita dia. Jadi, jangan tengok muka je, selami hati yang penting untuk perjalanan rumah tangga bahagia.
5. Rupa Paras Yang Istimewa Hasil Perkahwinan Campur
Kebanyakan wanita Utara ni mempunyai darah kacukan seperti siam, benggali dan mamak. Jadi tidak hairanlah rupa paras mereka lebih unik.
6. Tempat menarik dan tenang
Tidak dinafikan, utara memang banyak tempat yang menarik dan mendamaikan. Kalau orang dari KL, bila balik Kedah memang hilang segala stress kerja di bandar.
7. Bab Agama
Orang utara menekankan aspek agama. Pagi-pagi dah kena bangun awai supaya murah rezeki. Dapat solat Subuh awai. Pu bendang awai. Baca Al Quran kena betul dan kena khatam awai. Bab aktiviti sosial, keluar malam ni memang dikawal. Ini la sebab orang utara depa kata mahai ,mahai tang bab jaga Agama.

Apa pun hasil  kajian ini mungkin tidak tepat sepenuhnya kerana keperibadian seseorang itu bukan terletak pada penampilan dan karakternya, tetapi dari didikan agama yang baik.

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com