Friday, 16 November 2018
Gugurnya dosa si ibu
Kredit utk puan Hasmah Hitam melalui fb miliknya. K.huda terpanggil untuk merenung dan menginsafi diri sebagai seorang anak yang seramai 10 beradik. Akan tetapi meninggal di usia kecil 2orang dan dewasa 2orang. Tinggallah kami 6 beradik sekarang ini.
Berikut luahan hati puan hasmah....
6 kali melahirkan, bukanlah pengalaman biasa-biasa bagi seorang ibu seperti saya.
Sekali di hospital Kubang Krian, Kota Bharu, 2 kali di Hospital Port Dickson, 2 kali di Hospital Melaka dan sekali di rumah sendiri.
Pengalaman mengalami kesakitan memang semua akan lalui. Itu normal.
Namun, pengalaman dimarahi oleh jururawat juga tidak akan saya lupakan.
Siapa yang bersalin di hospital swasta mungkin tidak merasa pengalaman seperti yang saya lalui.
______________
Nak marah jururawat semula ke?
Atau nak simpan dendam?
Sakit hati? Geram?
Mestilah ada kan. Sudahlah sakit. Kena marah lagi. Memang tension.
Tak berhenti mulut bercerita dan mengata.
_______________
Itulah saya dahulu.
Kini, apabila dah duduk majlis ilmu, baru saya sedar.
Kita dapat apa yang kita pernah beri.
Dengan murid bengkeng bukan main.
Dengan suami mulut tak berhenti menjawab.
Hubungan dengan Allah tidak dijaga dengan sempurna.
Masa bersalinlah Allah nak ampunkan dosa.
Itulah hakikatnya.
Reda. Alhamdulillah.
_______________
Selalu saya pesankan kepada anak dan menantu.
"Tak perlu takut bersalin di hospital kerajaan".
"Taat suami".
"Jaga amal".
"Soal awal waktu, quran dan zikir jangan tinggalkan.
"Hormati ibu-bapa"
"Banyakkan sedekah"
Insya Allah, orang-orang baik akan menanti kita di kamar bersalin.
Semoga Allah permudahkan.
Kepada sesiapa sahaja yang bakal melahirkan.
Salam Jumaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com