Pages

Tuesday 20 November 2018

Sambutan Maulidurrasul 1440H



 


Sambutan Maulidurrasul tahun ni dimulai dengan doa, kemudian berarak dari Tapak Pasar Malam Paya Jaras ke Masjid AlHuda Paya Jaras, Sg Buloh. Peserta berarak sambil solawat tanda syukur dan sambutan kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Ada yang membawa sepanduk, healer,mikrofon dan sebagainya.

Selepas berarak, peserta tadi berkumpul di kawasan lapang masjid sambil bersolawat, mengikut kumpulan masing2. Kemudian, disusuli dengan bacaan doa, pengumuman penting dan seterusnya ucapan aluan. Selepas itu, sedikit jamuan pagi disediakan untuk peserta2 berkenaan. 

Setelah jamuan, peserta telah memasuki masjid dan solat sunat. Kemudian,majlis forum agama/ceramah agama diadakan.Akhir sekali acara2 tambahan seperti nasyid dan pengagihan sumbangan kepada penduduk setempat yang berkelayakan.

Tahniah kepada jawatankuasa masjid yang dapat menyatukan hati2 penduduk di sini. Semoga barokah mengiringi para pejuang ini.

12 Rabiulawwal 1440H
20 November 2018
Masjid AlHuda, Paya Jaras Hulu,
Selangor Darul Ehsan.




No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com