Thursday, 24 November 2016

Aku pendosa ingin juga ke syurga



Dalam kesedihan,
Aku mengenang Tuhan,
Dalam gelak tawa,
Aku mula lalai dan alpa.

Itu lah sifat hamba,
Mengaku cinta tapi hambar,
Bicara syurga sebagai dambaan,
Amal ibadat jarang jarang.

Lalai,

Dunia tidak pernah gagal membuai,
Iman selalu tewas dalam menentang,
Diri jatuh badan terkulai,
Badan rebah jatuh terlentang.

Taubat,

Aku hamba kepada Maha Hebat,
Setiap kesalahan di akhiri taubat,
Berdoa agar dosa tidak dibuat,
Apakan daya iman  tidak kuat.

Harapan ,

Sebelum ajal datang menjengah,
Sebuah pinta agar taubat tidak dilengah,
Cinta Tuhan menjadi dambaan,
Wanita syurga menjadi impian.

Aku pendosa penuh dusta.

| Monolog Hidup | 0414 PM | 23112016 |

Jiwa gila bicara puisi . 💕

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com