Pages

Friday 18 November 2016

Hidayah DariNya


Hari ini Jumaat yang penuh barakah. Dengan rahmat sekalian alam, bumi dibasahi dengan hujan dari pagi hingga ke petang. Alhamdulillah. Sambil membuat kerja di laptopku,tetiba mata terpandang skrin tv9, melihat2 penonton yang memenuhi perkarangan siaran tanyalah ustazah petang ini. Dengan suara lunak lemah lembut ustazah Hafizah,menusuk kalbu. Tetiba, terdengar suara penonton bertanyakan soalan, suaranya bagaikan familiar sahaja, kemudian memperkenalkan namanya dan dari UKM. MasyaAllah,anak aruah abangku, rupanya. Semoga kakak berjaya dunia hingga akhirat.

Bersama2 ini saya kongsikan beberapa ilmu yang sempat saya salin dari kuliah tersebut, boleh diamalkan oleh kita.

Intipati tersebut adalah: perkara yang boleh dikekalkan hidayah milik kita iaitu
1-doakan orang lain,insyaAllah malaikat mengangkat doa kita juga
2-membaca Al Quran

Selain itu, penting juga menjaga hidayah dari segi:_
1-menambah ilmu
2-tazkirah dengan hati yang baik lagi bersih
3-bersahabat & berada di dalam persekitaran yang soleh
4-jauhi mengikut hawa nafsu yang melalaikan

Di akhir program, ustazah kongsikan doa2 yang boleh diamalkan agar hidayah kekal di dalam diri @tidak ditarik balik menurut al Quran & hadis.:-



No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com