Pages

Monday 14 November 2016

Antara 2 darjat


Antara 2 darjat
============
Sering kita dimomokkan dengan adegan drama orang2 'berada & berstatus' ni sombong,....negetif kan. Tidak dinafikan sesetengah tu lagaknya memang semulajadinya sombong tapi bila kita mula mengenalinya, kita akan dapat mengetahui kenapa ianya bersikap sedemikian. Kadang nampak baik, tapi kata2nya menyakitkan. Itulah kita yang namanya manusia x dpt lari dari salah dan silap. Cumanya nak cerita kat sini hasil perkongsian benar. Satu peristiwa pertemuan dengan seorang makcik di sebuah masjid. Solat maghrib disitu semasa dlm perjalanan ke sebuah rumah client. Makcik ni menetap di area situ. Solatnya atas kerusi.masyaAllah, walau solat atas kerusi masih mampu ke masjid dengan suaminya. Semasa saya meletak barang atas kerusi disatu sudut masjid,dia dtg ke arah sy. Nak, makcik nk ambil kerusi ni boleh? Ooh,boleh. Sy cepat2 ambil barang saya. Dalam hati, ooo solat atas kerusi rupanya. Sekali,bila masuk sof, dia pon letak kerusi ditepi saya. Selesai solat & doa oleh imam, sy pon bersalaman dengan orang sebelah n makcik tu.siap berpelukan gitu.terasa rindu pulak pada mak di kg nu. Huhu.then, makcik tadi tegur saya,
Makcik: anak ni dari mana?
Saya:Ooo, saya dari Subang Bestari tadi.
Makcik:Bukan org sini la ye. Nak ke mana ni?
Saya:Ya. Saya nak g rumah client di kawasan ni
Makcik: anak ni kerja apa?
Saya:saya perunding takaful Ikhlas.Nurulhuda Perunding Takaful Anda. Sy nak segera ni makcik,minta maaf sbb nnt ada meeting pula di office.
Makcik: oo takaful. Bagus2. Bagi no anak, makcik x pandai sgt nk save kat hp ni.tolong save kan no anak.
Saya: boleh ja. Nnt boleh la kita berjumpa lagi.
Makcik: nnt jemput datang rumah makcik. Boleh kita sembang2 lagi.

Setelah save no ke hp makcik tu, saya pon nak ambil la no dia. Apa no makcik ye? Sekali dia keluarkan business card. Hambik engkau. Nama makcik tu, terkejut campur x tau nk kata. Depan nama dia tu ada pangkat Datin .......siap ada nama suaminya lagi -Datuk ....mak aiii dlm hati ni..

# rasanya apa anda rasa bila situasi begini terjadi?😆😢😣😍😗😎

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com