Pages

Monday 9 January 2017

Berbaskal untuk ketenangan


Bismillah,
Awal pagi ini penulis tertarik dengan satu tulisan . Penulisan tentang pengembaraan mencari ketenangan dengan basikal.sukacita penulis memetik apa yang ditulis oleh tuan Sam silmi sulaiman dalam fb nyer berbunyi seperti berikut;-

"Cycling is the best way to discover the world" itu kata sahabat saya naza. Naza Ben Ahmad.

"Destinasi itu perkara ke2 om, yang penting bagaimana anda kutip pengalaman disepanjang perjalanan" itu kata seorang lg sahabat riesyam. Riesyam Ishak.

Kedua2 mereka photographer yg hebat. Mereka pencen sbg wedding photographer dikala karier mereka sedang mendaki naik.
"Aku tak tahan, setiap kali aku shoot org kawin, aku terasa mcm mau kawin lg, ini bahaya om" itu alasan mereka.

Kalau ianya berdosa, kedua merekalah yg berdosa meracuni saya dlm aktiviti bicyclet ni.

Kalau dulu dihujung minggu sibuk shoot orang kawin. Sekarang, gerek itulah model mereka berdua.

"Mengembaralah, engkau akan sedar, masih ramai manusia baik diluar sana" Itu mutiara kata dari sifoo khalib. Abdul Khalib Zakaria. Beliau seorang world cyclist, setahun lebih kembara berbasikal mengelilingi dunia.

Betapa pengembaraannya membuka mata beliau, bagaimana orang2 dinegara asing, biar berbeza warna kulit, bahasa dan akidah sangat2 memuliakan musafir. Layanan yang diterimanya dari insan disepanjang pengembaraan sangat terkesan dihati.

Rentetan dari situ, sekarang pintu rumahnya sentiasa terbuka luas untuk pengembara dari seluruh dunia. Dalam dan luar negara untuk singgah dan bermalam.

Biar apapun alasannya, jauh atau dekat, sebentar atau lama, dalam atau luar negara, dengan basikal, motosikal, kereta atau dengan jet persendirian milik negara sekali pun. Yang paling penting, bermusafir seharusnya membuat kita sentiasa mengkagumi berbagai realiti kebesaran Allah yang terhampar di depan mata. Mencari pengalaman, menambah pengetahuan, luaskan pandangan serta menghayati pengajaran.

Merenungi kehidupan ini hanyalah sementara. Hidup didunia ini ibarat perjalanan seorang musafir.

Sesuailah dengan umur dan komitmen yang membelenggu, berkayuh hanya dihujung minggu. Jika ada cuti yang panjang sedikit, jauhlah kita bermusafir. Itupun sudah banyak pengalaman yang dikutip.

Minggu ini, saya bersama riesyam, menyusuri jalan off road melalui tasik-tasik tinggal, bekas lombong bijih timah satu waktu dulu. Semasa muda saya pernah kesini, memancing ikan lampan berumpankan roti. Kalau diikut plan yang asal saya nak tunjukkan keindahan tasik2 ini dengan air yang berwarna hijau pada riesyam. Malangnya sekarang banyak tasik sudah dipagar. Sudah menjadi hak persendirian. Disekelilingnya ditanam dengan kelapa sawit. Kiciwa.

Berpandukan google maps, membawa kami masuk ke kawasan persendirian, kawasan ternakan ayam, lembu,ladang kelapa sawit dan jalan mati. Cuak jugak rasa dihati, takut2 keluar sang babi hutan dari hutan kiri dan kanan jalan. Lega rasanya menemui jalan keluar ke hutan simpan, hutan lipur tupah.

Hutan lipur tupah memang cantik dan terkenal satu masa dulu. Lagipun ia tidak jauh dari Sungai Petani. Tapi sekarang agak sunyi,semenjak ada kes Leptospirosis dulu. (kencing tikus la tu ha ha). Semuanya akibat salah sendiri, kalau pampers anak, bekas makanan dan minuman dibiar bersepah dan dibuang di tebing sungai, bukan sahaja tikus yang kencing, hantu raya pun datang kencing.

Berkayuh di hutan lipur sangat menyenangkan. Tariklah nafas dalam-dalam, sedutlah oksigen bersih panjang-panjang. Pokok2 besar disini sedang memproduksi oksigen bersih untuk kita.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan.

Air jernih yang sejuk, mengalir deras dicelah2 batu, membuatkan jiwa terasa resah kalau tidak berendam lama-lama.

Perjalanan pulang, kami singgah di pekan semeling. Ada street art dilorong belakang.Walaupun lukisannya tidaklah sehebat lukisan Ernest Zacharevic. Tetapi sekurang-kurang mereka ada usaha untuk menarik pengunjung singgah di pekan koboi itu.

“Berkayuh dan bermusafirlah, melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurnia Nya, nilai agama, iman dan taqwa, bagi hamba yang setia…kepadaNya.” (ini lirik lagu daa, aku tukar part berjalan tu kepada berkayuh, jgn marah aaaa)

Wallahuaklam.

Kredit to tuan Sam silmi sulaiman

2 comments:

  1. Seronok tengok org cycling tapi sayangnya kakak tak pandai
    Sebab itu bila ada anak kakak ajar anak-anak berbasikal tak mahu jadi macam mama dia. Alhamdulillah semua anak pandai:)

    Mengembara membuka minda dan menimba banyak pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, cycling sgt best. Dulu duduk kg ,masa sekolah mmg berbasikal.semenjak dh bekerja dan skrg ni je dh x bkesempatan nk buat blk aktiviti tu.aktiviti jimat minyak.

      Delete

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com