Pages

Sunday 8 January 2017

Kisah adik Amin bawa 30sen ke sekolah

Kisah Adik Amin bawa duit RM0.30 ke Sekolah membuatkan Anda Sebak

KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA....

Cikgu : Kenapa Amin tak rehat?

Amin: Mak saya beri RM0.30sen sehari Cikgu... Kat kanti RM0.30sen ni dapat beli karipap je satu. Segan la cikgu beratur panjang2 dapat beli karipap satu jaa. Jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok. Dapat la saya makan karipap dengan air sirap RM0.30sen.
Saya ka kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu)..

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2017 ini masih juga ada pelajar yang membawa RM0.30sen ke sekolah.

Ramai di antara kita memandang RM0.30sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini RM0.30sen sangat besar ertinya..

Cikgu : Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya?

Amin: "Oh.. hari jumaat duit RM0.30sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin, cikgu." jawab Amin dengan bersahaja.
"Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.."

Mata saya dah berkaca.. saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada RM0.30sen, siap boleh sedekah pulak lagi..
Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didalam kemiskinan.
Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit RM0.30sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan RM0.30sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin..

#SHARE lah eh. Mungkin cerita ni nampak simple tapi ia memberi 1,000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah..

# YANG TAK SHARE NI, MUNGKIN BELIAU ORANG KAYA..

Subahanallah..
Tengok betapa mulianya hati seorang pelajar ni.. Mulia dan bijak berbelanja pulak tu..
Terharu dan merasa bangga jugak sebab masih kecil lagi tapi mempunyai hati dan minda yang sungguh matang..

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com