Sunday, 8 January 2017

Cerita orang kaya


Awak perasan tak? Orang kaya dia ada driver sendiri, sebab dia dekat belakang boleh balas Whatsapp dan buat call penting dalam kereta. Jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya ada personal assisstant, supaya PA dia boleh rekod dan ingatkan apa perkara penting yang orang kaya tu patut buat hari ni. Perkara tak penting jangan ingatkan dia. Jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya ada upah designer, supaya dia tak payah pening-pening nak design logo sendiri, jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya upah tukang masak, tak payah keluar makan, tak payah basuh pinggan, jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya booking meja makan dulu kat restoran, supaya dia datang je makanan semua dah siap. Jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya selalu pakai kredit kad, leceh nak kira cash sekeping-sekeping. Jimat masa dia, zaaaas je kad kredit tu, hujung bulan bayar lah on time.
.
Itu sebab orang kaya kalau naik flight, dia ambil tiket yang first class. Kerusi boleh baring, ada meja untuk menulis yang luas, tidur dia pon cukup. Nak buat kerja bisnes pon selesa. Jimat masa dia.
.
Itu sebab orang kaya dia ada team, dia tak run bisnes dia sorang-sorang. Boleh handle shipping, boleh bayar gaji. Boleh handle packaging, Jimat masa dia, dia cuma tengok duit keluar masuk je.
.
Hujung minggu, dia ada masa dengan family dan orang tersayang. Jimat masa dia.
.
# Selamat malam. Awak faham ke? πŸ™‹πŸ»

2 comments:

  1. orang kaya kena bijak menggunakan masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ✔πŸ‘πŸ‘πŸ‘ betul tuan zool

      Delete

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com