Pages

Saturday 7 January 2017

Kembara Hayati-MRT

MRT Kwasa Sentral to Sg Buloh-Semantan


Assalamualaikum.
Oohhh Alhamdulillah, kita masih diberi nafas untuk terus menikmati dunia ini dengan janji yang telah kita ungkapkan.
MRT merupakan satu lagi teknologi pengangkutan yang terkini beroperasi di Malaysia. Fasa pertama (MRT Sg Buloh-Semantan) telah dirasmikan dan perkhidmatan ini diberikan secara percuma bermula 15 Disember 2016 hingga 16 Januari 2017.

Syukur kehadrat Ilahi, 2hari lepas penulis berpeluang menikmati perkhidmatan tersebut dari Sg Buloh hinggalah ke Semantan. Menikmati panorama dari atas MRT merupakan satu pengalaman yang amat menarik. Mana tidaknya, selama ini hanya menumpuh jem di kawasan Sg Buloh-Kota Damansara gara2 projek ini. Kini, inilah ganjaran yang dapat kita nikmati hasil daripada kesabaran kita selama ini.

Kepada anda yang belum mengambil giliran, segeralah kesana dengan keluarga dan rakan2 anda. Pasti anda dapat menambah ilmu dan pengalaman baru. Sepanjang penulis di atas gerabak MRT tu, terdapat pelbagai lapisan masyarakat di situ. Dari yang berumur hinggalah ke usia kanak2. Ada yang bisu, ada yang berpimpinan tangan malah ada dikalangan datang dari kg untuk sama2 merasai nikmat ini.

Rata2 pengunjung yang tiba disitu, ingin menikmati teknologi tersebut dan penulis pula ingin menikmati pemandangan dari dalam MRT ke kawasan yang dibawa.

TAHNIAH!!!

Kerana kita telah diizinkan Allah untuk menaiki train MRT ini.




No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com