Thursday, 5 January 2017

Pasar Borong Selayang



Cerita pukul 11.30pm tadi. Beginilah keadaan pasar borong (depan Sri Ternak) yang menjual sayuran dan buah2an. Sesak dengan deretan penjual sayur warga Myanmar atau Rohinga di tepi2 jalan. Hadapan Pasaraya Sri Ternak pula kawasan sedang dibangunkan, maka penjual2 ini menukar location.

Suasana malam begini terasa berada di luar negara la juga.mana x nya, penjualnya warga luar, pembeli warga kita..ermmm.
Bab kenderaan tu usah di katalah. Bersesak-sesak bukan namanya pasar borong lah. Sepanjang penulis berada di sana tadi ramainya peniaga2 kedai makan, restoran, pemborong yang datang berkunjung di sana setiap malam. Orang yang buat katering memang port diorang la membeli belah situ. Harga boleh runding. Kalu agak mahal, pergi gerai lain.

Sepanjang penulis tinggal di ibu kota ni, begitulah kehidupannya. Siapa rajin ambil peluang, dia dapat. Siapa yang tunggu, jawapannya begitulah jew.

Point nya di sini, Malaysia amat bertuah sangat. Warga luar jual, relax jew, kalu dikejar lari. Kemudian muncul lagi. kalu kita jual macam tu tepi2 gitu, dah x sempat nak lari laa..hihihi..gurau2 je.

Ok,fikir2kanlah. Berbagai jalan rezeki Allah bagi. Janji Halal. Jangan dengki rezeki yang Allah bagi kepada orang lain. Doakan agar rezeki kita juga berkunjung selepas ini.

#katering hari-hari. Nak harga boleh runding.

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com