Monday, 2 January 2017

Cara penyediaan penggunaan buah zuriat


Di negara Arab Saudi, buah ini dikenali sebagai buah dom.

Kepercayaan secara tradisinya, pengambilan buah ini kepada pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat, dapat menghasilkan zuriat dengan izin ALLAH.

Di Tanah Suci Makkah & Madinah, buah ini dijual sebagai sediaan herba untuk mengatasi masalah kesuburan di kalangan lelaki dan wanita. Ianya dibelah dua kemudian direbus dan diminum air rebusan itu pada setiap hari.

Sudah ramai yang berjaya hamil dengan izin ALLAH S.W.T dengan cara mengamalkan meminum air rebusan buah zuriat ini. Insyallah Berjaya.

JOM KITA BACA SEDIKIT SEJARAH BUAH NI.....

BUAH ZURIAT ATAU BUAH ADAM HAWA juga dikenali dengan nama saintifiknya ATILEA FUNI FERA.   Dikatakan berasal dari Brazil dan banyak dijual di Mekah.    Kebaikan buahnya ialah ianya dikatakan sebagai ikhtiar kepada pasangan untuk mendapat zuriat.  Selain dari itu ianya dikatakan dapat melegakan sakit2 lenguh badan.
# ambil 2biji tau. Sepasang katanya. Tapi ada ustaz sebelah rumah bagi 3biji.





Isirung Buah Zuriat
Ambil isirungnya dan rebus dengan 6 gelas air selama 30minit sehingga menjadi 3 gelas air. Air rebusan isirung ini akan bertukar menjadi warna air teh.

Rasanya pula seperti air teh "o" tanpa gula. Air rebusan ini diamalkan meminumnya selama 44 hari @ 1 bulan lebih bagi 2 biji isirung buah hawa tersebut.
Dan diminum sehingga mengandung, Insyaallah.
bergantung kepada ketentuan Ilahi.

Air ini hendaklah diminum bersama suami isteri pada waktu pagi dan malam.
Setelah berulang kali direbus, lama- kelamaan air tersebut akan bertukar menjadi putih jernih. Ini bermakna khasiatnya telahpun hilang.

Kemudian barulah diganti dengan 2 biji isirung buah hawa yang baru.

Rebus buah zuriat sampai airnya colour macam ni

SEBELUM MEMINUMNYA:

Bacalah ayat:

1. Surah Al- Anbiya': ayat 89 maksudnya: Dan ingatlah ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Allah " Ya Tuhanku, jangan Engkau biarkan aku seorang diri ( tanpa keturunan) & Engkaulah ahli waris yang terbaik.

2. Bacalah ayat ke 38 Surah Ali- Imran dan berselawat keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
" Hunalika da'a Zakariyya rabbahu qalaa: RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURRIYYATAN TOIYYIBATAN INNAKA SAMEE' UD DUAA'.
maksudnya: Disanalah zakaria berdoa kepada tuhannya. lalu ia berkata: berilah aku zuriat keturunan yang baik daripadaMU. Sesungguhnya Engkaulah yang MahaM Memperkenankan segala doa.

Air rebusan buah zuriat ini boleh diminum pada bila- bila masa sahaja, ataupun sebelum "bersama".

Amalan sebelum minum juga boleh diamalkan;

  • Bacalah Sholawat nabi 11 X
  • Baca Surat Al Fatihah 7 X
  • Baca Surat Ali Imran ayat 38 & ayat 200 3 X
  • Baca Surat Al-Anbiya ayat 30 3 X
  • Baca Surat As Suara ayat 80 1 x
  • Berdoa khusus dari hati untuk mendapatkan keturunan dengan suami sebagai imam doa yang di aminkan oleh istrinya.


Selain itu, buah zuriat juga mempunyai pelbagai khasiat yang lain antaranya:

1. Kebahgiaan rumahtangga ( alat kelamin lelaki & wanita mengasak, menjabat, urut dan mengasah)

2. Mengetatkan faraj, selaput dara, rahim jatuh, dan lemah syahwat

3.Penyakit kelamin, jangkitan kuman pada faraj, dan faraj berbau.

4. Payudara, monopaus, hormon tidak seimbang, senggugut yang teruk dan masalah keputihan

5. Kencing tidak lawas, kencing malam dan prostat.

6. Menyembuhkan lenguh- lenguh badan, Angin ahmar, strok, lumpuh dan lemah anggota badan.

7.Kegemukan, buncit, boroi,

8.sakit sendi,sakit lutut,sakit tumit

9.tulang patah,tulang reput,sakit tulang

10.buang angin,lemak,lendir,kahak,kolesterol,tumor,kanser

11.penyakit parkinson,darah gemuruh

12.kejang otot,simpul biawak,gout,buasir,sembelit,cirit-birit

#kita hanya berusaha, setelah itu bertawakallah kepada yang Maha Esa. Jangan berhenti ikhtiar, sesungguhnya disusuli dengan doa n tawakkal.


2 comments:

  1. Rumah kakak ada lagi sebiji yg kakak beli dulu balik dari menunaikan Haji. Tapi sayangnya masa umrah yg baru dgn anak-anak kakak tak beli pulak. Kalau tahu boleh menjadi penawar banyak penyakit mahu kakak beli banyak-banyak.

    Tengoklah mana tahu hujung tahun ini semua anak cuti serentak boleh pergi lagi.

    Terima kasih info yg diberikan. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi melawat blog ini.Semoga bermanfaat bersama.saya pon sedang mengamalkannya kak.dah tahu info agak lama cuma ni baru berkesempatan sebarkan ilmu.doakan saya juga.tq.

      Delete

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com