Tuesday, 10 September 2019
TIPS ORANG BERJAYA
Saya kaji beribu orang berjaya. Saya baca kisah mereka dan ini yang mereka lakukan untuk berjaya.
1. Bangun pagi
Siap ada yang berjaya ni mereka amalkan tahajud setiap pagi. Bangun 4 pagi setiap hari. Mereka bentuk team mereka juga bangun pagi. Saya juga ubah rutin saya bangun lebih awal.
2. Bersyukur
Bangun sahaja buka mata sebut alhamdulillah syukur pagi ni masih boleh bangun. Syukur sebanyak nya. Bila bersyukur kita latih diri melihat semua perkara yang baik baik. Sebut yang baik baik.
Didik diri berterima kasih kepada Allah dengan penuh kasih sayang dari apa yang sudah diberikan. Alhamdulillah tidur lena. Alhamdulillah tidur berteman. Alhamdulillah tidur tanpa dendam pada manusia lain.
Alhamdulillah bangun pagi yang indah. Didik diri berterima kasih apa yang sudah diberi.
3. Tambah ilmu
Setiap pagi orang berjaya ni baca ilmu yang berguna bukan gosip tentang bisnes orang lain. Setiap pagi dia buka fb orang yang berjaya baca apa yang boleh bagi manfaat.
Setiap pagi baca 1 ilmu. Saya lebih suka pagi lepas dhuha kesyukuran, baca 1 topik dalam buku bisnes saya.
4. Yakin diri
Sebelum ni saya di ajar bercakap depan cermin. Cakap diri sendiri saya boleh lakukan. Saya terbaik. Saya akan jadi yang memberi manfaat pada orang lain.
Setiap pagi leader saya cakap, tengok cermin dan bagitahu aku akan berjaya, kaya, dermawan, hartawan, jutawan dan akan bantu dunia Islam.
Saya cakap dengan suami saya akan beli rumah nama saya sejak 2009 walaupun masa tu hutang berlambak dan tak mampu bayar pun.
Tapi saya yakin saya akan buktikan dengan kejayaan.
5. Jaga kesihatan
Buat morning walk setiap pagi. 5 minit ke 10 minit jalan kaki supaya badan lebih cergas dan otak menerima oksigen dengan baik.
6. Sarapan yang baik
Pagi nilah yang akan tentukan kesihatan kita sehingga malam. Sentiasa ambil breakfast. Biasanya saya ambil 1 sudu madu, oat, kurma dan susu segar.
Kemudian barulah nasi atau roti.
Rutin ni saya ubah sejak saya mula ada ofis. Saya nak berjaya seperti mereka yang berjaya lebih besar ada staf beribu dan income jutaan sehari. Jadi saya ubah rutin. Saya tiru cara mereka. Kaji mereka.
Semoga apa saya lakukan dari pengalaman saya memberikan manfaat. Semoga laju rezeki kita semua hari ni.
Terus berjaya dan kaya dunia akhirat.
#tipspuanzarini
#hudarahim
#tokeihartanah
#incomeprotection
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com