Pages

Wednesday 19 June 2019

Puisi:DOA BUAT AYAH

Buatmu Ayah Tercinta

Assalamualaikum.
Bersempena hari bapa 16Jun 2019 yang lalu, huda ada buat puisi ni. Tapi ni baru berkesempatan post kat entry. Kenangan dengan ayah hanya sempat 11 tahun.Begitu cepat masa berlalu tapi setiap kenangan indah tu memang terpahat di memory.

Jika yg mengenali ayah, dia seorang yg tenang. Tidak cepat marah. Membuat kebajikan adalah utama dlm hidupnya. Itulah sebabnya tok syg sgt kat ayah. Tok (mertua) membawa ayah pergi haji..wahh, ternyata kan kasihnya.

Sifat mahmudah yg huda nampak dari kaca budak2 masa tu ialah
1-sifat ayah yg rajin bekerja- selepas subuh dah bersiap utk ke bendang. Habis kerja di bendang, pi ke sungai cari ikan, ptg ke laut cari siput mentarang/lala/sbg.

2-rajin beribadah-tidak dinafikan, sblm subuh dh mandi n baca quran, pastu bila azan, naik motor ke masjid. X ada dlm diari ayah tidur sepanjang hari jika tidak ada keuzuran.

3-membantu org kampung jika memerlukan bantuan (tak kira waktu)-pada zaman tu di kg kami hanyalah ada kereta 2biji iaitu ketua kampung n kereta ayah. Maka,faham2lah bagaimana ekonomi pada masa tu. Berkat menabung tok n mak ayah,rezeki kami memiliki kereta Datsun BAC8286. Antara peristiwa yg masih diingati, pada 1malam tu,ada penduduk kg dtg ketuk pintu,bagi salam.zaman tu mana la ada handphone ni. Telefon rumah yg ada pon di rumah ketua kampung n telefon awam. Si suami tu datang dalm pukul 2am sebab nak ajak bawa isterinya yg sarat mengandung ke hospital di Bandar Alor Setar. Bayangkan, ayah terus saja bersiap n bergegas dgn si suami tu.itulah bekalan yg ayah bawa ke sana.
Peristiwa ke2, jiran hujung kampung ter tertetak tajak kat kaki. Masa dia menajak rumput di batas bendang x jauh dari rumah. Kebetulan ayah ada, terus dibawa nya ke hospital.

4-penyayang pada anak2-huda adalah anak yg ke6 drp 8 adikberadik. Anak bongsu perempuan katakan. Kalau tadika,darjah 1,2 tu, masa pergi sekolah n balik sekolah ayah akan pergi hantar naik motor/kereta. Kalau naik motor, duduk dlm bakul kat depan😂.
Peristiwa lain, masa tu kakak sulung n aruah kakak ke2 bekerja di KL. kalau mereka nak balik kg, awai pagi tu akan sampai dlm pukul 5am. Ayah akan tggu pukul 4am termasuj la huda yg sanggup x tido gara2 nak p tggu di Kota.

Itulah antara yg masih ingat di memory ini.
Selamat hari bapa...Hj Abdul Rahim ..alfatihah

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com