Nak jadi Ejen Hartanah ni sangat2 mudah. Antara yang kita kena buat adalah
1. Kita cari Agensi yang berdaftar dengan LPPEH
2. Kita cari Agensi yang sudi nak ambil kita jadi REAL ESTATE NEGOTIATOR
3. Hadiri kursus Negotiator Certification Course
4. Kita cari Agensi yang menyediakan training / sistem untuk membantu kita yang Berjaya
5. Kita cari Agensi yang dah establish dalam industri
Bila semua diatas kita dah jumpa
Kita kena buat persediaan untuk Berjaya sebagai Ejen Hartanah
✔ Mental
Mental dan Emosi lena stabil kerana pendapatan kita dibayar ikut performance
Hebat mana pun kita kerja. Siang, malam, pagi dan petang. Jika kita tak Berjaya jual atau Sewa crumah. Confirm kita tak ada income
Kita Mental kita stabil. Kita tak cepat gelabah. Kita akan istiqamah dan buat perancangan yang Lebih teliti
✔ DUIT
Nak jadi Ejen Hartanah perlukan Modal
✍ Modal nak join Agensi
✍ Modal nak pergi kursus NCC
✍ Modal nak buat iklan di mudah.my / Propertyguru
✍ Modal minyak kereta / motor
✍ Modal Hphone yang boleh ambil gambar yang cantik
Taping berbaloi. Mudah yang dikeluarkan nak jadi Ejen Hartanah lebih murah jika dibandingkan dengan Hasil yang bakal kita dapat
✔ TIME MANAGEMENT
Jika nak INCOME banyak formula yang biasa kita pelajari
Masa + Tenaga = Hasil
Banyak Masa dan Banyak Tenaga yang kita gunakan aktiviti Ejen Hartanah. InsyaAllah memberikan hasil yang lumayan
Dari segi Teori memang betul. Dari segi praktikal belum tentu boleh berikan Hasil yang lumayan. Jika kita buat aktiviti kerja yang salah
Hasil yang kita akan dapat amat mengecewakan.
Jadi rancang masa dan rancang aktiviti yang betul
✔ STRATEGY
Nak jual rumah yang ratus ribu dan juta. Kena ada strategy
Rumah yang harga bawa RM300k, lebih RM500k dan lebih RM1juta. Mempunyai strategy yang berlainan
✍ Kita kena tahu market B40, M40 dan T20
✍ Kita kena tahu platform mana yang terbaik untuk jumpa client
✍ Kita kena tahu kaedah nak berkomunikasi dengan mereka
✔ FIZIKAL
Nak deal yang ratus ribu dan juta. Kita akan berkomunikasi dengan client yang perbagai background
Jadi kena pastikan
✍ Pakaian
✍ Kasut
✍ Rambut
✍ Kenderaan
Senang cerita. Penampilan yang selesa dan sesuai dengan kerjaya kita sebagai Ejen Hartanah
Moga kits boleh jadi Ejen Hartanah yang mampu memberikan IMPAK yang besar dalam Industri Hartanah
Semuanya dengan Izin Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Barr
Kredit:Ahmad Firdaus Mahmod
No comments:
Post a Comment
Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com