Sunday, 25 December 2016

Isteriku bidadari


Seorang ketua keluarga jumpa saya tengah malam tanya ustaz kenapa isteri saya tak macam saya nak. Dia kuat membebel. Tak tahu diuntung. Tak reti bersyukur. Dia sendiri tak terurus. Kuat marah anak-anak. Dengan saya kasar. Anak-anak pun jadi kasar. Duduk rumah tapi kuat tidur dan tak reti nak hias diri..macam mana yer ustaz..saya sakit hati. Sakit jiwa.

Jawapannya abang sebab kita belum cukup baik jadi suami dan belum cukup baik jadi ayah. Pasti ada dosa kita yang Allah ingatkan kita. Kerana Allah sayang abang..

Yerlah memamg saya tak sempurna tapi saya dah penat kerja. Cari rezeki nak bahagiakan keluarga siang malam. Saya tak berkira. Tapi saya pun manusia biasa..saya dah bantu macam-macam. Saya dah give up..dia suri rumah ustaz..bila dengar rasa beratnya jadi lelaki. Mukanya makin serius..

Saya tanya abang mesti dah mengandung dan bersalin?

Dia tergelak. Ish yang tu tidaklah ustaz.

Yerlah abang bila kita rasa kita buat banyak. Isteri lagi banyak. Saya pernah sakit. Saya cuma terfikir kuasa Allah dan kasih sayang Allah letakkan dalam hati seorang wanita. Walau sakit berani nak mengandung dan bersalin berkali-kali. Ajaibnya hati wanita Allah ciptakan. Ketabahan mereka. Ya Allah....

Isteri abang berapa kali mengandung dan bersalin.

Alhamdulillah dah 4 kali ustaz..

Begini abang setiap hari orang tanya saya soalan masalah rumahtangga. Saya dapat simpulkan jawapan utamanya satu. Kita terlupa untuk betulkan hati. Hidup ini hanya untuk Allah sayang. Kita berumahtangga pun untuk Allah sayang. Bukan untuk dapat apa yang kita nak. Hari-hari kita tanya apa patut isteri saya beri pada saya. Kita lupa tanya apa saya perlu buat dalam rumahtangga supaya Allah sayang saya. Kita perlu tanya kemudian kita sangat perlukan pertolongan Allah. Bukan soal pandai atau alimnya kita tetapi pertolongan Allah dalam memimpin.

Soalan pertama saya untuk abang. Abang ada buat Talim dalam rumah. Baca Al Quran dan Hadis dalam keluarga walau 5 minit dalam sehari?

Belum ustaz..dia terdiam dan sedih..

Soalan kedua abang ada tak periksa fatihah isteri dan anak-anak?

Takde ustaz..

Pernah tak cerita pasal Rasulullah saw pada isteri dan anak-anak?

Takde ustaz...

Pernah tak doa dalam bahasa melayu minta keluarga aminkan. Isteri dan anak aminkan...minta isteri jadi penyejuk mata. Minta Allah beri anak jadi penyejuk mata. Qurrata a'yun.

Belum ustaz..

Jadi semuanya bermula dari diri kita. Bila kita kata saya salah dalam keluarga. Kita ketua keluarga kena belajar cakap saya salah..baru kita akan baiki diri kerana Allah. Kita tahu diri kita sendiri. Jujur melihat diri sendiri. Saat kita perbaiki diri ikhlas. ALLAH akan baiki keluarga kita.

Ada menteri bisik dengan saya, katanya rakyat kurang bersyukur. Semua rakyat tak tenang..

Saya kata padanya bukan rakyat. Cukup katakan.'saya' yang tak tenang. Rasulullah saw manusia bahagia dan bawa bahagia ke mana sahaja beliau pergi. Jangan salahkan orang lain..La ilaha illa anta subhanka inni kuntu minazzolimin. Ini semua dosa dan kezaliman diri saya sendiri..

Ditakdirkan jadi pemimpin keluarga kita kena sentiasa tanya apa Allah nak saya lakukan. Buat untuk Allah sayang. Bukan apa saya patut dapat dari menjadi ketua keluarga. Begitu juga isteri dan anak-anak. Sentiasa tanya apa Allah nak..perintah Allah..juga sentiasa perbaiki diri sendiri..

Disitulah bermulanya episod bahagia dalam hidup ini.

Abang tadi menangis...terima kaseh ustaz..

Allah sayang abang. Kerana itu dia temukan kita di sini waktu malam begini..dia tahu. Allah sayang abang..-ebit lew

#isterikuBidadari

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com