Pages

Friday, 27 September 2019

Nak start REN



N.A.K - S.T.A.R.T - R.E.N

Nak jadi Ejen Hartanah ni sangat2 mudah. Antara yang kita kena buat adalah

1. Kita cari Agensi yang berdaftar dengan LPPEH

2. Kita cari Agensi yang sudi nak ambil kita jadi REAL ESTATE NEGOTIATOR

3. Hadiri kursus Negotiator Certification Course

4. Kita cari Agensi yang menyediakan training / sistem untuk membantu kita yang Berjaya

5. Kita cari Agensi yang dah establish dalam industri

Bila semua diatas kita dah jumpa

Kita kena buat persediaan untuk Berjaya sebagai Ejen Hartanah

✔ Mental

Mental dan Emosi lena stabil kerana pendapatan kita dibayar ikut performance

Hebat mana pun kita kerja. Siang, malam, pagi dan petang. Jika kita tak Berjaya jual atau Sewa crumah. Confirm kita tak ada income

Kita Mental kita stabil. Kita tak cepat gelabah. Kita akan istiqamah dan buat perancangan yang Lebih teliti

✔ DUIT

Nak jadi Ejen Hartanah perlukan Modal
✍ Modal nak join Agensi
✍ Modal nak pergi kursus NCC
✍ Modal nak buat iklan di mudah.my / Propertyguru
✍ Modal minyak kereta / motor
✍ Modal Hphone yang boleh ambil gambar yang cantik

Taping berbaloi. Mudah yang dikeluarkan nak jadi Ejen Hartanah lebih murah jika dibandingkan dengan Hasil yang bakal kita dapat

✔ TIME MANAGEMENT

Jika nak INCOME banyak formula yang biasa kita pelajari

Masa + Tenaga = Hasil

Banyak Masa dan Banyak Tenaga yang kita gunakan aktiviti Ejen Hartanah. InsyaAllah memberikan hasil yang lumayan

Dari segi Teori memang betul. Dari segi praktikal belum tentu boleh berikan Hasil yang lumayan. Jika kita buat aktiviti kerja yang salah
Hasil yang kita akan dapat amat mengecewakan.

Jadi rancang masa dan rancang aktiviti yang betul

✔ STRATEGY

Nak jual rumah yang ratus ribu dan juta. Kena ada strategy

Rumah yang harga bawa RM300k,  lebih RM500k dan lebih RM1juta. Mempunyai strategy yang berlainan

✍ Kita kena tahu market B40, M40 dan T20
✍ Kita kena tahu platform mana yang terbaik untuk jumpa client
✍ Kita kena tahu kaedah nak berkomunikasi dengan mereka

✔ FIZIKAL

Nak deal yang ratus ribu dan juta. Kita akan berkomunikasi dengan client yang perbagai background
Jadi kena pastikan

✍ Pakaian
✍ Kasut
✍ Rambut
✍ Kenderaan

Senang cerita. Penampilan yang selesa dan sesuai dengan kerjaya kita sebagai Ejen Hartanah

Moga kits boleh jadi Ejen Hartanah yang mampu memberikan IMPAK yang besar dalam Industri Hartanah

Semuanya dengan Izin Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Barr

Kredit:Ahmad Firdaus Mahmod

Tuesday, 17 September 2019

R.A.H.S.I.A.I.S.T.I.Q.F.A.R


Jerebu 2019


“Ustaz, apa amalan yang boleh kita buat supaya masalah jerebu sekarang ini boleh hilang? Atau kalau tak hilang pun, kita tidak akan terkesan dengan kesan jerubu ini?”, tanya salah seorang jemaah.

Ok, dengar sini elok-elok ye.

Jerebu ni boleh hilang dengan banyak cara. Salah satu caranya ialah dengan hujan. So, macamana nak bagi hujan turun?

Langkah yang paling powerful untuk bagi hujan turun ialah dengan memperbanyakkan menyebut kalimah ISTIGHFAR.

Ilmu ini saya ambil terus dari Al-Quran, Surah Nuh, ayat 10 hingga 12.

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم

Ye, betul. Kalau kita semua pakat-pakat ramai-ramai ucap istighfar, insyaAllah hujan akan turun dengan banyaknya.

Bila hujan turun, hilang la jerebu ni. InsyaAllah.

Istighfar ni bukan saja boleh menurunkan hujan, tapi ada lagi 4 khasiat yang sangat istimewa :

❤ Kalau kita nak kaya, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menambahkan harta benda kita.

❤ Kalau kita nak anak, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan meramaikan anak pinak kita.

❤ Kalau kita nak tanaman kita tumbuh dengan subur, banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, Allah akan menumbuhkan tanam-tanaman kita dengan subur.

❤ Kalau kita di musim kemarau pula, sungai mungkin kering, maka banyakkan membaca istighfar. InsyaAllah, sungai akan kembali mengalir.

Jom kita amalkan istighfar, tidak kira masa, tidak kira ketika. Jadikan ia wirid di bibir kita.

Masa kemas rumah, istighfar. Masa memasak, istighfar. Masa drive, istighfar. Masa main, istighfar. Masa berehat, istighfar.

Kalau kita tak dapat pun 5 kelebihan istighfar seperti yang saya tulis di atas, sekurang-sekurangnya, dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT.

Kan istighfar tu permohonan ampun?

C&p wasap group.

Saturday, 14 September 2019

Tauke Jambu

 

Mengenali wajah ini 10tahun yang lalu, terlalu banyak yang boleh dipelajari. Walau umur nya hampir 8tahun jaraknya dari saya.

Berwajah manis tapi tegas,Wani, anak sulong 4 adik beradik ni memang kental. Tak duduk diam. Ada saja business yang dibuatnya. Memulakan business dengan nasi lemak satria, berbagai jenis lauk untuk sarapan dan makan tengah hari di gerai tepi jalan.

Ingatkan cerah sampai ke petang, rupanya mendung dan hujan di tengah hari. Ibunya tercinta jatuh sakit. Dia lah yang menguruskan ibunya yang sakit bersama bapa tirinya di Negeri Sembilan. Sebagai anak sulung dan perempuan, dia lah yang berkorban segalanya untuk ibu tercinta. IBU, kaulah ratu hatiku. Kaulah nyawaku.
Huhuhu.

Cuma, semenjak awal tahun lalu, ibunya beransur sihat, dia meneruskan kerjaya nya yamg ditinggalkan sementara itu. Disamping bekerjaya, dia juga sedang melanjutkan pelajaran di Giat Mara. Nampak kan, kesungguhan beliau. Anak muda yang tak jemu belajar dan bekerjaya. Man jadda wajadda.

Hari ini, saya berkesempatan bertemu pemiliknya. Tauke Jambu.woww.mudah-mudahan berkat dengannya. Sentiasa dilimpahi mawaddah warahmah.aamiin. gerai beliau di Sungai Buloh berdekatan Hospital.

#tokeihartanah
#incomeprotection
#hibahbuattersayang