Tuesday, 10 September 2019
TIPS ORANG BERJAYA
Saya kaji beribu orang berjaya. Saya baca kisah mereka dan ini yang mereka lakukan untuk berjaya.
1. Bangun pagi
Siap ada yang berjaya ni mereka amalkan tahajud setiap pagi. Bangun 4 pagi setiap hari. Mereka bentuk team mereka juga bangun pagi. Saya juga ubah rutin saya bangun lebih awal.
2. Bersyukur
Bangun sahaja buka mata sebut alhamdulillah syukur pagi ni masih boleh bangun. Syukur sebanyak nya. Bila bersyukur kita latih diri melihat semua perkara yang baik baik. Sebut yang baik baik.
Didik diri berterima kasih kepada Allah dengan penuh kasih sayang dari apa yang sudah diberikan. Alhamdulillah tidur lena. Alhamdulillah tidur berteman. Alhamdulillah tidur tanpa dendam pada manusia lain.
Alhamdulillah bangun pagi yang indah. Didik diri berterima kasih apa yang sudah diberi.
3. Tambah ilmu
Setiap pagi orang berjaya ni baca ilmu yang berguna bukan gosip tentang bisnes orang lain. Setiap pagi dia buka fb orang yang berjaya baca apa yang boleh bagi manfaat.
Setiap pagi baca 1 ilmu. Saya lebih suka pagi lepas dhuha kesyukuran, baca 1 topik dalam buku bisnes saya.
4. Yakin diri
Sebelum ni saya di ajar bercakap depan cermin. Cakap diri sendiri saya boleh lakukan. Saya terbaik. Saya akan jadi yang memberi manfaat pada orang lain.
Setiap pagi leader saya cakap, tengok cermin dan bagitahu aku akan berjaya, kaya, dermawan, hartawan, jutawan dan akan bantu dunia Islam.
Saya cakap dengan suami saya akan beli rumah nama saya sejak 2009 walaupun masa tu hutang berlambak dan tak mampu bayar pun.
Tapi saya yakin saya akan buktikan dengan kejayaan.
5. Jaga kesihatan
Buat morning walk setiap pagi. 5 minit ke 10 minit jalan kaki supaya badan lebih cergas dan otak menerima oksigen dengan baik.
6. Sarapan yang baik
Pagi nilah yang akan tentukan kesihatan kita sehingga malam. Sentiasa ambil breakfast. Biasanya saya ambil 1 sudu madu, oat, kurma dan susu segar.
Kemudian barulah nasi atau roti.
Rutin ni saya ubah sejak saya mula ada ofis. Saya nak berjaya seperti mereka yang berjaya lebih besar ada staf beribu dan income jutaan sehari. Jadi saya ubah rutin. Saya tiru cara mereka. Kaji mereka.
Semoga apa saya lakukan dari pengalaman saya memberikan manfaat. Semoga laju rezeki kita semua hari ni.
Terus berjaya dan kaya dunia akhirat.
#tipspuanzarini
#hudarahim
#tokeihartanah
#incomeprotection
Wednesday, 19 June 2019
Puisi:DOA BUAT AYAH
Buatmu Ayah Tercinta
Bersempena hari bapa 16Jun 2019 yang lalu, huda ada buat puisi ni. Tapi ni baru berkesempatan post kat entry. Kenangan dengan ayah hanya sempat 11 tahun.Begitu cepat masa berlalu tapi setiap kenangan indah tu memang terpahat di memory.
Jika yg mengenali ayah, dia seorang yg tenang. Tidak cepat marah. Membuat kebajikan adalah utama dlm hidupnya. Itulah sebabnya tok syg sgt kat ayah. Tok (mertua) membawa ayah pergi haji..wahh, ternyata kan kasihnya.
Sifat mahmudah yg huda nampak dari kaca budak2 masa tu ialah
1-sifat ayah yg rajin bekerja- selepas subuh dah bersiap utk ke bendang. Habis kerja di bendang, pi ke sungai cari ikan, ptg ke laut cari siput mentarang/lala/sbg.
2-rajin beribadah-tidak dinafikan, sblm subuh dh mandi n baca quran, pastu bila azan, naik motor ke masjid. X ada dlm diari ayah tidur sepanjang hari jika tidak ada keuzuran.
3-membantu org kampung jika memerlukan bantuan (tak kira waktu)-pada zaman tu di kg kami hanyalah ada kereta 2biji iaitu ketua kampung n kereta ayah. Maka,faham2lah bagaimana ekonomi pada masa tu. Berkat menabung tok n mak ayah,rezeki kami memiliki kereta Datsun BAC8286. Antara peristiwa yg masih diingati, pada 1malam tu,ada penduduk kg dtg ketuk pintu,bagi salam.zaman tu mana la ada handphone ni. Telefon rumah yg ada pon di rumah ketua kampung n telefon awam. Si suami tu datang dalm pukul 2am sebab nak ajak bawa isterinya yg sarat mengandung ke hospital di Bandar Alor Setar. Bayangkan, ayah terus saja bersiap n bergegas dgn si suami tu.itulah bekalan yg ayah bawa ke sana.
Peristiwa ke2, jiran hujung kampung ter tertetak tajak kat kaki. Masa dia menajak rumput di batas bendang x jauh dari rumah. Kebetulan ayah ada, terus dibawa nya ke hospital.
4-penyayang pada anak2-huda adalah anak yg ke6 drp 8 adikberadik. Anak bongsu perempuan katakan. Kalau tadika,darjah 1,2 tu, masa pergi sekolah n balik sekolah ayah akan pergi hantar naik motor/kereta. Kalau naik motor, duduk dlm bakul kat depan๐.
Peristiwa lain, masa tu kakak sulung n aruah kakak ke2 bekerja di KL. kalau mereka nak balik kg, awai pagi tu akan sampai dlm pukul 5am. Ayah akan tggu pukul 4am termasuj la huda yg sanggup x tido gara2 nak p tggu di Kota.
Itulah antara yg masih ingat di memory ini.
Selamat hari bapa...Hj Abdul Rahim ..alfatihah
Wednesday, 12 June 2019
Karipap dan popia Pendekar Viral
![]() |
| Karipap pendekar |
![]() |
| Popia goreng |
Assalamualaikum.
Projek IG #frozen.success telah menerima tempahan daripada pelbagai pihak dan katering. Alhamdulillah, order sentiasa dibuka untuk sambutan Syawal (jamuan raya-open house).
Kami menerima tempahan minimum 100biji untuk kawasan sekitar. Tempahan boleh dibuat melalui 019-4741493huda /0111-3071966 erwan.
Untuk perbincangan lanjut, boleh wasap@call direct ye.
InsyaAllah, homemade.
Kami juga menawarkan menu berikut:-
1-ayam golek
2-popia champion
3-karipap
4-nasi lemak
5-lauk pauk (menu katering)
Subscribe to:
Posts (Atom)




