Pages

Monday, 27 February 2017

Sekeping Hati sebelum waktu kematian

Sekadar hiasan ilustrasi. Gambar ibu mithali dihati anak
Sekeping HATI

Apabila meningkat usia, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambil peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambil peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istighfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambil peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, sedangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan agama dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istighfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istighfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristighfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.  Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya.  Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman  jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk. Kecik hati yang bukan-bukan. Lafaz yang bukan-bukan kat anak. Maki yang bukan-bukan kat anak. Aduh ,tak sayang dan kesian kat anak-anak ke?

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita ye, ibu-ibu.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istighfar, minta ampun dengan Allah. Kadang dosa anak tu berpunca dari kita. Mungkin dosa kita dulu-dulu pada mak kita atau dosa pada suami kita. Allah tu kan Maha Mengetahui. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka. Kadang benda remeh pon nak besar-besarkan. Ya Allah.ibu-ibu.

Kadang anak ni diam dan buat hal sendiri sebab apa?ada kita tanya sebab apa?jangan cepat membuat andaian ibu-ibu. Kadang anak pon kecik hati dengan ibu ayah. Kadang diorang pon terasa bila kena marah tak tentu pasal. Kadang diorang terasa terpinggir sebab membela anak-anak lain.sebagai ibu ayah,kita kena prihatin hati anak juga. Anak-anak yang membesar dengan kasih sayang lain coraknya. Anak-anak yang terdidik dengan marah-marah dan ego mak ayah ni, anak-anak seringkali lari dari dari rumah. Cari kedamaian tempat lain. Tak nak banyak cakap.
Jadi, ibu ayah, bawa-bawa la bersabar. Jadi mak ayah yang boleh jadi role model keluarga sunnah kita.Kan cantik begitu.

#akujugaadamak
#hari2telefonmaksebabrindudarijauh
#mudah2anmakakutakputusdoauntukkujadianakmenantusoleh
#CATATANMENJELANGKEMATIAN

7 sebab kenapa wanita utara jadi pilihan lelaki

Dari kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Cari Jodoh, mereka membuat kesimpulan bahawa wanita berasal dari negeri Utara menjadi kesukaan kaum lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.
Ini 7 sebab hasil dari kajian kenapa wanita yang berasal dari Utara menjadi pilihan kaum lelaki untuk dijadikan teman hidup.
1. Pandai Memasak
Orang kata kalau nak pikat hati suami, kena pikat perut dia dulu. Air tangan isteri tu memang ada berkatnya. Tetapi memang tak dinafikan, makanan utaghaaa memang sedap-sedapkan. Mee Rebus ,ikan rebus yang simple tu pun memang dah terbaik!
2. Sifat Peramah
Orang utaghaa ni kebanyakannya memang peramah dan cepat mesra. Orang utaghaa panggil “Hemoi”. Wanita berasal dari Utara ni memang ringan mulut, asyik nak bercakap je tapi budi bahasa dan hati sangat baik dan top.
3. Wang Hantaran Murah
Kalau di Utara, keluarga wanita di sana tidak mementingkan hantaran tetapi yang paling mustahak ialah mas kahwin. Contoh kalau letak RM5000, mungkin RM3000 tu untuk mas kahwin.tapi tengok juga kawasan dan keluarga, kadang tak ambik hantaran pon, cuma bawa mas kawin RM150 sudah. Ini yang lelaki suka.
4. Mudah Mesra
Orang Utara ni nampak je muka sombong tapi sebenarnya diaorang baik hati. Bila start je buka mulut, memang riuhlah cerita dia. Jadi, jangan tengok muka je, selami hati yang penting untuk perjalanan rumah tangga bahagia.
5. Rupa Paras Yang Istimewa Hasil Perkahwinan Campur
Kebanyakan wanita Utara ni mempunyai darah kacukan seperti siam, benggali dan mamak. Jadi tidak hairanlah rupa paras mereka lebih unik.
6. Tempat menarik dan tenang
Tidak dinafikan, utara memang banyak tempat yang menarik dan mendamaikan. Kalau orang dari KL, bila balik Kedah memang hilang segala stress kerja di bandar.
7. Bab Agama
Orang utara menekankan aspek agama. Pagi-pagi dah kena bangun awai supaya murah rezeki. Dapat solat Subuh awai. Pu bendang awai. Baca Al Quran kena betul dan kena khatam awai. Bab aktiviti sosial, keluar malam ni memang dikawal. Ini la sebab orang utara depa kata mahai ,mahai tang bab jaga Agama.

Apa pun hasil  kajian ini mungkin tidak tepat sepenuhnya kerana keperibadian seseorang itu bukan terletak pada penampilan dan karakternya, tetapi dari didikan agama yang baik.

Saturday, 25 February 2017

Nasi Lemak Satria-sedekah Jumaat

Wajah-wajah syurga anak tahfiz dan yatim

Assalamualaikum. 
Minggu ini sahaja saya berjumpa dengan berbagai kerenah manusia. Saya mencari insan yang menyenangi diri kita. Jauhkan insan2 yang jauh dari Nya, yang suka marah-marah panas baran. Ya Allah, selamatkan hati ini dan lembutkanlah hati ini untuk mu Ya Allah. Bimbinglah hati ini istiqamah dalam Nur cahaya Hidayahmu. Bukan mudah kita berhadapan dengan pancaroba di akhir2 zaman ini. 
Pon begitu, saya berkenalan dengan seorang anak muda ini. Visi dan misi nya cukup kuat. Cukup tabah menghadapi kehidupannya. Melalui suatu program 6-7 tahun yang lalu, saya mengenalinya hingga sekarang. Terkini, saya ikuti perkembangan dia di fb miliknya. JOM MENGENALINYA YANG SINGLE N AVAIBLE.

Kini,beliau membuat program bersama-sama untuk amal jariah di rumah2 anak2 yatim dan masjid2 yang terpilih. Antara isi hatinya;

Saya berbesar hati, untuk mencari sponser 
kepada anak-anak tahfiz dan masjid ,sekiranya Tuan-Puan yang berhajat untuk bersama-sama saya menyumbang kepada pihak yang berkenaan, bolehlah berbuat demikian dengan hanya sedikit pendapatan/wang anda kepada melalui sedekah sarapan/makanann
Seperti Nasi Lemak (Rm1.00), Bihun (RM2.00) dan kuih (Rm2.00).

Sumbangan tersebut bolehlah dimasukkan/transfer ke Akaun AGROBANK atas nama Waniaina Enterprise 
1-00-5521-00002901-4

 "Tidak akan jatuh miskin seseorang itu jika bersedekah"
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 
0129707083 Wanie 


Dibawah ini antara tempat projek yang telah dilaksanakan. Semoga kita sama2 mendapat barakah dari Nya.

 


 


Penyerahan nasi lemak kepada pihak berkenaan
Tengok senyuman diorang, terubat kerinduan pada adik2
Ini le rupanya nasi lemak yang dah terbungkus tu