Thursday, 5 January 2017
Persekolahan sesi 2017
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sepanjang melayari fb dan berita minggu ini, saban hari kita disogokkan dengan pelbagai isu serta ragam masyarakat kita hari ini.
Akan tetapi semenjak minggu ini sesi persekolahan bermula , penuhlah la berita-berita sensasi pendaftaran pelajar sekolah. Daftar sekolah menengah,MRSM,sekolah tahfiz, sekolah rendah dan sebagainya.
Apa yang membanggakan penulis, disatu sekolah, guru-gurunya amat kreatif untuk menyambut pelajar-pelajar tahun ini terutamanya pelajar tahun 1. Guru tersebut memakai konstom (pakaian) atomen katanya. Syabas dan hebat cikgu n sekolah ni. Semoga pelajar terus cemerlang, guru inspirasi masyarakat.
Salam sayang,
KembaraHayati
Pasar Borong Selayang
Cerita pukul 11.30pm tadi. Beginilah keadaan pasar borong (depan Sri Ternak) yang menjual sayuran dan buah2an. Sesak dengan deretan penjual sayur warga Myanmar atau Rohinga di tepi2 jalan. Hadapan Pasaraya Sri Ternak pula kawasan sedang dibangunkan, maka penjual2 ini menukar location.
Suasana malam begini terasa berada di luar negara la juga.mana x nya, penjualnya warga luar, pembeli warga kita..ermmm.
Bab kenderaan tu usah di katalah. Bersesak-sesak bukan namanya pasar borong lah. Sepanjang penulis berada di sana tadi ramainya peniaga2 kedai makan, restoran, pemborong yang datang berkunjung di sana setiap malam. Orang yang buat katering memang port diorang la membeli belah situ. Harga boleh runding. Kalu agak mahal, pergi gerai lain.
Sepanjang penulis tinggal di ibu kota ni, begitulah kehidupannya. Siapa rajin ambil peluang, dia dapat. Siapa yang tunggu, jawapannya begitulah jew.
Point nya di sini, Malaysia amat bertuah sangat. Warga luar jual, relax jew, kalu dikejar lari. Kemudian muncul lagi. kalu kita jual macam tu tepi2 gitu, dah x sempat nak lari laa..hihihi..gurau2 je.
Ok,fikir2kanlah. Berbagai jalan rezeki Allah bagi. Janji Halal. Jangan dengki rezeki yang Allah bagi kepada orang lain. Doakan agar rezeki kita juga berkunjung selepas ini.
#katering hari-hari. Nak harga boleh runding.
Tuesday, 3 January 2017
Jambatan tertinggi di dunia-Beijing
BEIJING: Jambatan tertinggi di dunia, yang menghubungkan kawasan pergunungan dua wilayah di barat daya China, kini dibuka kepada umum. Jabatan Pengangkutan Wilayah Guizhou berkata dalam satu kenyataan menerusi laman web rasmi, jambatan Beipanjiang setinggi 565 meter di atas sungai dan menghubungkan dua gunung di wilayah Yunnan dan Guizhou. Pembinaan jambatan itu dikatakan mampu mengurangkan kira-kira tiga suku daripada waktu perjalanan. Agensi berita Xinhua memetik kenyataan seorang pengguna dikenali sebagai Duan, memberitahu perjalanannya yang biasanya memakan waktu selama empat jam kini hanya menjadi satu jam. "Ia memudahkan semua orang yang bercadang untuk melakukan perjalanan ke dua tempat ini," katanya. Menurut laporan akhbar harian Guizhou, jambatan sepanjang 1,341 meter itu menelan belanja 1 bilion yuan (RM645.98 juta). Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, jabatan pengangkutan berkata, jambatan terbabit mengatasi Jambatan Sungai Du di Hubei, tengah China untuk menjadikan ia jambatan paling tinggi di dunia. - AFP
Selanjutnya di BEIJING: Jambatan tertinggi di dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)



