Pages

Monday, 4 October 2021

SIMPAN TANPA TARGET

 




SIMPAN TANPA TARGET

                   ===================

Simpan emas mesti disusuli dengan MATLAMAT. Tanpa matlamat yang jelas ia seperti memandu tanpa arah. Seolah-olah menetapkan GPS ke arah yang belum pasti.


Menyimpan bila rasa nak simpan. Tak ada keinginan untuk memaksa diri. Bila ada lebihan duit baru nak menyimpan. Mindset ini perlu diubah jika nak serius menyimpan dan mengumpul kekayaan. Kita mesti utamakan menyimpan kemudian baru berbelanja. 


Kita kena belanja diri sendiri dahulu dengan menyimpan minima 10% daripada gaji atau pendapatan sebagai simpanan kecemasaan. 

Orang yang berjaya menyimpan emas apabila mereka jelas dengan matlamat dan konsisten menyimpan. Contohnya, mahu mengerjakan Haji/Umrah secara berpakej, selesaikan hutang, buat renovation rumah, dana perkahwinan dan sebagainya.


Bila matlamat kita jelas, kita secara konsisten akan menyimpan bagi mencapai target yang diimpikan tanpa mengira harga emas naik turun.  


Matlamat yang jelas akan memudahkan kita mengenal pasti berapakah jumlah gram emas yang diperlukan dan tempoh masa untuk menjualnya. 


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM  MASA TERDEKAT?

 


BELI EMAS DENGAN DUIT YANG NAK DIGUNAKAN DALAM  MASA TERDEKAT?
=============================
Tukar kesemua duit simpanan pada emas tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu kesilapan. Diulangi, kesilapan yang besar.

Contohnya, beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam tempoh satu tahun dari sekarang. Ia adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut.

Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan bagi mendapatkan keuntungan kerana emas adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Emas juga ada susutnilainya, jadi kawan-kawan perlu memikirkan faktor susutnilai sebelum melabur emas.

Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya dijual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Emas yang dibeli perlu disimpan sekitar lebih tiga tahun.    

Sebenarnya, duit yang nak digunakan dalam masa terdekat perlu ada cash di tangan bagi tujuan perlindungan dan kecemasan bila saat diperlukan tanpa diduga. Sebab itulah pentingnya ilmu dalam cabang emas situ sendiri ya!

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi Huda ye di www.wasap.my/60194741493

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
#PublicGold
#PGG100Network
#tokeilmuemas
#MindaaEmas

Friday, 1 October 2021

TAKUT HARGA EMAS TURUN?


 TAKUT HARGA EMAS TURUN?🎯

Orang yang kurang ilmu akan panik bila harga emas turun, takut nilai emas jatuh dan rasa rugi selepas menabung. Sedangkan harga emas dalam jangka masa pendek memang ada turun naiknya. Mana-mana pelaburan di dunia turun naik harga adalah normal. 


Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya, tiga tahun ke atas. Harga emas confirm naik dalam jangka masa panjang dan jika dibiarkan peram lebih lama, ia lebih menguntungkan. Kita tak akan rugi selagi emas berada di tangan dan tidak dijual. Bila harga jatuh inilah masanya untuk kita tambah pelaburan dengan memborong emas. Harga emas jatuh adalah satu bonus. 


NAK PANTAU HARGA EMAS?🎯

Jangan buang masa jika kita asyik pantau harga emas turun naik dan tunggu sehingga tidak membuat belian emas maka itu tidak menguntungkan. Sebagai gold saver kita kena fokus pada simpanan. 


Hanya dalam dua situasi kita boleh pantau harga emas:

# Masa nak beli emas bila ada duit

# Bila hendak menjual emas setelah capai target


Pembeli emas yang berilmu perlu konsisten membeli emas pada apa saja harga kerana kita boleh mengunakan teknik pemurataan harga untuk rendahkan kos per gram emas yang dibeli. Kelak bila harga emas naik kita dah nampak keuntungannya.  


Sebagai contoh, beli 1 gram emas pada harga R M265 dan kemudiannya beli lagi 1 gram R M255, maka harga purata adalah R M260. 

Sama ada trend emas naik atau rendah, anda perlu beli emas secara konsisten. Ia akan membantu anda memdapat harga purata yang lebih baik. Inilah strateginya. 


BERHENTI MENYIMPAN BILA HARGA TINGGI?🎯

Bila harga emas naik tinggi individu yang tidak berilmu akan sentiasa negatif lalu terus berhenti membeli emas. Mereka merasa rugi bila membeli emas pada harga yang tinggi. Sebaliknya, menunggu agar harga turun kemudian baru hendak membeli. Tapi bila harga turun kita masih bertangguh kerana mengharapkan harga turun lagi sehinggakan duit akhirnya habis dibelanjakan.   


Sebenarnya, membeli emas walaupun berbeza harganya tidak menjadi masalah. Untuk mencapai matlamat menyimpan emas kita perlu konsisten membeli sama ada harga tinggi atau rendah. Bila konsisten membeli pada harga berbeza kita dapat buat kos pemurataan.


Contohnya, kita dah buat 5 kali pembelian pada harga yang berbeza, ada harga tinggi dan rendah. Kiraan berdasarkan harga per gram adalah: RM260, RM262, RM258, RM260, RM264


Jumlah kos belian: RM1,304 / 5 kali beli =RM260.8/gram (kos pergram). Kita dapat berjimat bila membeli secara konsisten. Sebagai penyimpan emas harga naik turun bukan ukuran. Yang penting simpanan emas kita sentiasa bertambah.


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya ,Huda di www.wasap.my/60194741493


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network


https://www.facebook.com/HudaRahim