Tuesday, 3 January 2017
Jambatan tertinggi di dunia-Beijing
BEIJING: Jambatan tertinggi di dunia, yang menghubungkan kawasan pergunungan dua wilayah di barat daya China, kini dibuka kepada umum. Jabatan Pengangkutan Wilayah Guizhou berkata dalam satu kenyataan menerusi laman web rasmi, jambatan Beipanjiang setinggi 565 meter di atas sungai dan menghubungkan dua gunung di wilayah Yunnan dan Guizhou. Pembinaan jambatan itu dikatakan mampu mengurangkan kira-kira tiga suku daripada waktu perjalanan. Agensi berita Xinhua memetik kenyataan seorang pengguna dikenali sebagai Duan, memberitahu perjalanannya yang biasanya memakan waktu selama empat jam kini hanya menjadi satu jam. "Ia memudahkan semua orang yang bercadang untuk melakukan perjalanan ke dua tempat ini," katanya. Menurut laporan akhbar harian Guizhou, jambatan sepanjang 1,341 meter itu menelan belanja 1 bilion yuan (RM645.98 juta). Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, jabatan pengangkutan berkata, jambatan terbabit mengatasi Jambatan Sungai Du di Hubei, tengah China untuk menjadikan ia jambatan paling tinggi di dunia. - AFP
Selanjutnya di BEIJING: Jambatan tertinggi di dunia
Ken Ilso Larsen milik pasukan Kedah 2017
ALOR SETAR: Pemain kelahiran Denmark, Ken Ilso Larsen, 30, kini sah menyarung jersi pasukan Kedah selepas menandatangani kontrak setahun bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi musim Liga Malaysia 2017.
Media KFA melalui laman rasmi FB hari ini, membuat pengumuman memaklumkan tentang pengesahan pemain itu yang akan mengisi posisi penyerang skuad Helang Merah untuk musim 2017.
Beliau yang dikenali sebagai penyerang prolifik sebelum ini, bakal bergandingan dengan dua lagi import Kedah iaitu Liridon Krasniqi dari Kosovo dan Sandro Da Silva dari Brazil yang sudah mengesahkan tempat di posisi tengah bagi mengukuhkan jentera serangan skuad Helang Merah untuk musim ini.
Rekod dan pencapaian serta pengalaman beraksi dalam Liga Denmark, Belanda, Jerman, China dan Singapura berjaya menambat hati ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe bagi mengisi posisi penyerang yang selama ini dicari Kedah.
Ken Ilso yang tampil ke Alor Setar dan sudah memulakan latihan bersama Kedah sejak 27 Disember lalu, juga memaklumkan melalui laman FB betapa beliau berharap mampu menghasilkan gol dalam misi membantu Kedah mencapai kemenangan yang disasarkan.
Berita lanjut boleh layari http://www.bharian.com.my/
Maggie bandung
Assalamualaikum.
Petang hingga malam ni hujan rahmat melewati kawasan Sg Buloh ni. Syukur juga,x la rasa panas sangat.
Cuma yang kalutnye perut ni haa yang cakap ceq lapaq..tetiba je kan. Penat pulak perah otak nk makan pe x tau.
Oohh,mknan panas2 ni sedap juga,ada berkuah.mulaa la tengok bahan apa da di dapur comel tu..taraaa..maggie bandung laa.
Jom try resepi simple ni.
Bahan:
1-bawang merah 3ulas*tumbuk
2-bawang putih 3ulas*tumbuk
3-perencah mee bandung cap adabi*1bgkus
4-air
5-minyak masak
6-telur 2biji
7-sos cili cap life
8-maggie kari 4bgkus
9-sayur sawi
10-cili padi 4-5biji*tumbuk
Cara buat:
1-panaskan minyak dan tumis bawang yang ditumbuk tadi
2-masukkan perencah mee bandung +perencah maggie 2bgkus
3-masukkan sayur & air
4-sos cili & cili tumbuk tadi
5-kemudian pecahkan telur 2biji,
6-akhirnya bila dh mendidih, masukkan 4bgkus maggie tadi
7-jeng jeng jeng,,ummmrmm sedia untuk dihidang dan di makan.
Selamat menjamu selera.
Subscribe to:
Posts (Atom)


