Pages

Thursday 30 September 2021

MELABUR EMAS IKUT-IKUTAN TANPA ILMU


 *MELABUR EMAS IKUT-IKUTAN TANPA ILMU*


Orang yang membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikutan biasanya tidak konsisten dalam menyimpan emas. Beli sekali selepas itu senyap. Sentiasa berfikiran negatif, resah dan merasa rugi bila harga emas turun naik. Berbeza dengan individu yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun mereka sentiasa cool kerana tahu apa tindakan yang perlu dibuat.     


Sebenarnya, bukan emas itu membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas itu yang menjadikan kita kaya dan berjaya. Disenaraikan 5 sebab kenapa penyimpan emas berilmu konsisten menyimpan:


1. Membaca Buku

Membaca buku mempunyai banyak manfaat kerana ia adalah jendela dunia. Bacalah beberapa buku untuk mengetahui asas pelaburan emas yang telah kita buat. Boleh juga melayari laman web dan blog-blog pelaburan emas bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan emas. Cuba hadirkan diri untuk menyertai seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang emas. Lagi banyak ilmu yang perolehi lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.   


2. Harga Emas Naik Dalam Jangka Masa Panjang

Wang kertas atau wang fiat tidak dapat mengekalkan kuasa beli kerana nilainya akan jatuh. Setiap tahun nilainya akan menurun dimakan inflasi. Emas memang ada naik turun dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang nilainya semakin tinggi. Penyimpan yang berilmu tidak akan melabur kesemua duitnya pada emas. Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan simpanan emas 10% daripada pendapatan. Ataupun membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang yang tidak digunakan dalam tempoh masa 2 – 5 tahun. 


3. Kenaikan Harga Barang Selari Dengan Emas

Kadar inflasi di Malaysia naik 4.4% pada Mei 2021. Jika anda ada simpanan sebanyak RM100,000 kuasa beli duit hanya tinggal RM95,600 sahaja. Kita kehilangan RM4,400 kuasa beli akibat inflasi. Harga barang naik, kuasa beli duit menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih untuk dapat barang yang sama. Beza simpan emas kenaikannya selari dengan kenaikan harga barang namun nilai kekayaannya selamat dari dimakan inflasi.  


4. Emas Adalah Duit

Jika perlukan duit tunai segera, emas yang kita miliki boleh dipajak atau digadai di Ar-Rahnu dan institusi kewangan yang lain. Stigma mengatakan orang pajak emas seolah-olah terdesak nak pakai duit, kini sudah tidak relevan lagi kerana hanya orang berduit sahaja boleh pajak emas. 


5. Emas Pelaburan Yang Tiada Risiko 

Emas adalah satu-satunya aset yang nilainya tak akan jatuh kosong seperti pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya. Emas adalah aset yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas kita. Beza dengan pelaburan lain, jika kita diisytiharkan bankrap semua aset akan dibekukan. Belum pernah orang bankrap sebab simpan emas tapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan duit kertas. 


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60194741493 


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

No comments:

Post a Comment

Advertising/ Feedback/ Promotion/ Opportunities/ Enquiries/Invitaion ?? Contact me at: anyati0907@gmail.com