Pages

Wednesday, 27 October 2021

FAKTA KEKUATAN EMAS BERBANDING WANG TUNAI

 



“Amri, nak pinjam duit boleh. Masuk gaji aku bayar”.

Biasa kan dengar dialog macam ni? 


Ada satu kisah ni, kawan Amri nama Abu nak pinjam duit. Janji lepas gaji Abu bayar. Tapi masalahnya Abu diberhentikan kerja tak lama lepas tu. Maka, tak dapatlah Abu bayar balik duit yang Abu pinjam daripada Amri. Sudahlah begitu, barang-barang yang Abu beli, Abu mintak Amri yang tolong bayarkan. Dah la Amri ni duit pun cukup-cukup je, kena pulak bayar barang – barang yang Abu beli. Habis macam tue je duit Amri.


Sebenanya apa yang berlaku pada Amri ni pernah berlaku kepada negara Hungary. Malah, Hungary telah memegang rekod kadar inflasi yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah. 


Kisahnya macam ni. Ketika Jerman terlibat dalam peperangan, sebagai negara sekutu, Hungary telah memberikan pinjaman kepada negara Jerman. Malangnya, kekalahan Jerman menyebabkan hutang tersebut tidak dapat dibayar kembali kepada Hungary. 


Sudahlah begitu, Hungary juga dipaksa untuk membayar kos baik pulih kepada Soviet. Kerosakan infrastuktur yang teruk menyebabkan bekalan bahan yang diperlukan meningkat dengan laju. 


Pada waktu yang sama, negara Hungary yang kekurangan dana telah mencetak wang dengan agresif tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara. Hasilnya, harga barangan meningkat dengan sangat laju setinggi 13,600,000,000,000,000%. Setiap 16 jam, harga barang akan naik sekali ganda. Fuh! Berpeluh gais!


Akhirnya, kerajaan Hungary telah mengambil langkah untuk menstabilkan mata wang dengan merombak sistem percukaian, membawa pulang simpanan emas dari negara lain dan memperkenalkan mata wang baru yang nilainya disokong oleh emas. 


Kenapa emas? Sebab emas tidak boleh dicipta dan dihapuskan. Matawang yang disandarkan pada emas tidak mudah dimanipulasi nilainya. Jika kita semua faham perkara ini, kita pasti nak menabung emas sekarang! Duit yang digunakan untuk menabung emas hakikatnya tak habis sebab emas itu sendiri adalah ‘duit’. Ayuh! Kita mula menabung emas sikit-sikit hingga membukit.


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, boleh je hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network

Wednesday, 20 October 2021

ILMU EMAS YANG MENJADIKAN KITA #KAYA

 

BUKAN EMAS YANG MEMBUATKAN
 KITA KAYA TETAPI ILMU EMAS

Mentor G100 Network sentiasa berpesan. Bukan emas yang menjadikan sesiapa kaya, tetapi ilmu. Maka… Ketahui apa ketakutan kebanyakan penyimpan emas kategori “newbies”.

Pengalaman kena ragut rantai tangan pemberian suami tercinta membuatkan ada wanita takut nak membeli emas. Kejadian pahit yang dialami itu membuatkan kaum Hawa telah beralih kepada logam lain sebagai alternatif. 

Itu hanya cebisan perasaan takut yang dialami sesetengah individu sedangkan ada banyak sebab lain kenapa ramai takut nak mula simpan emas, sama ada barang kemas ataupun dinar dan jongkong emas.

1. Takut Kena Zakat
Perkara ini menduduki ranking pertama kerana kebanyakan masyarakat seolah-olah mengeluh dan takut untuk membayar zakat jika menyimpan emas. Zakat dijadikan penghalang untuk membuat pelaburan dan simpanan emas. Sedangkan zakat adalah ibadah dan rukun Islam ke- 4 yang dapat menyuburkan harta serta meningkatkan rezeki. Sebenarnya, duit dan harta lain-lain termasuk ternakan, tanah, dusun juga kebun juga turut dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab.

2. Takut Dirompak dan kehilangan
Risiko kehilangan seperti berlaku kecurian dan rompakan menjadi igauan ngeri bagi masyarakat untuk menyimpan emas fizikal. Biarpun belum mulakan simpanan emas, kita sering terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau berlakunya kejadian pecah rumah. Cara paling selamat untuk simpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Jika memilih untuk simpan di rumah pastikan emas anda disorok pada tempat yang tidak dijangkakan. Selain itu anda juga boleh buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold. Serendah RM100 (0.3g) atau 1 gm adalah sudah boleh simpan di akaun emas GAP tanpa ada upah simpan dan komitmen bulanan.   

3. Tiada Ilmu Dan Bimbingan Tentang Kepentingan Emas
Majoriti masyarakat di luar sana tidak tahu bagaimana nak memulakan simpanan emas. Tiada ilmu tentang emas pelaburan dan simpanan. Sebaliknya, mereka lebih terarah pada emas perhiasan yang tinggi nilai spread. Malah ramai juga yang tidak tahu hendak membeli emas di mana, berapa bajet untuk unit emas yang hendak dibeli. Kurangnya, ilmu tentang konsep tempoh minimum untuk mendapatkan keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual.

4. Anggap Emas Seperti Saham
Ada yang menganggap emas seperti saham, unit amanah dan sebagai. Mereka beranggapan bila harga emas jatuh pelaburan akan hangus. Sedangkan perkara ini tidak berlaku dan berbeza sekali dengan pelaburan emas. Emas yang kita beli dan pegang sendiri fizikalnya memang tiada risiko selagi kita masih memiliki dan tidak menjualnya.    

5. Takut Scammer Emas
Beli emas takut tak dapat emas. Bimbang didalangi scammer emas yang memasang perangkap menipu masyarakat dengan penjualan emas yang tidak wujud sehingga duit hangus dan hilang begitu sahaja. Berbeza di Public Gold, beli emas pasti dapat emas. Itu jaminan Public Gold. Lebih setengah juta pelanggan Public Gold tiada lagi yang membeli emas tidak dapat emas.     

6. Takut Emas Sukar Dicairkan Pada Wang
Bimbang  jika berlaku kecemasan emas sukar dicairkan pada wang kertas jika perlukan tunai segera. Sebenarnya, sebelum memulakan simpanan emas fizikal, kita mesti mempunyai simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan. Emas adalah simpanan  jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5 tahun.

Jika mememerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di Arrahnu, koperasi dan institusi kewangan yang lain. Kawan-kawan boleh mendapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas dalam tempoh masa yang ditetapkan.     

Sebab itu, ilmu penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Untuk mendapatkan ilmu kenalah membaca buku, melayari laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas serta berbincang dengan orang yang boleh dipercayai, seperti dealer Public Gold.

Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, boleh la hubungi Huda di www.wasap.my/60194741493

Friday, 8 October 2021

SCAM EMAS KLON


SCAM EMAS KLON 

==≈==============

Cerita scam tidak pernah berkesudahan yang paling baru scammer emas menipu orang ramai dengan menjual emas palsu. Kaedah yang digunakan oleh scammer emas ini menipu orang ramai dengan cara memproses emas palsu dan menjualnya di pasaran. 


Emas jongkong (gold bar) dan barang kemas dilakukan dengan menyadur emas di lapisan luar sahaja dan di bahagian dalamnya adalah logam tembaga dan tungsten yang menyerupai emas tulen.


Kenapa tembaga dan tungsten? Ini disebabkan tembaga seakan-akan warna emas. Manakala Tungsten bersifat logam ringan dan keras. 


Ketulenan emas dirujuk sebagai karat. Terdapat pelbagai kategori emas mengikut ketulenan iaitu emas 24k adalah emas 999.9, emas 22k adalah emas 916 dan emas 18k sebagai emas 750. 


Sekiranya ketulenan emas perhiasan itu adalah 22k, akan ditanda dan diukir K22 atau 916 di bahagian dalam barang kemas tersebut. Tapi emas tiruan hanya terdapat ukiran K sahaja dengan tujuan untuk mengelirukan pelanggan.


Walaupun ada barang kemas ditanda atau diukir perkataan K22, terdapat beberapa kes penipuan di mana emas itu dicampur dengan logam lain yang bukan emas. 


Biasanya, logam tiruan itu diletakkan di bahagian cangkuk kerana item ini kecil dan sukar dibezakan. Dan bahagian itu pula kita sering terlepas pandang untuk diperiksa.


Berbeza gold bar dan dinar emas Public Gold kesemuanya berketulenan 999.9 atau 24 karat. Dan emasnya telah diuji dan disahkan oleh Certified Assayer. 


Oleh itu berhati-hatilah agar anda tidak terbeli emas klon atau emas celup yang diperbuat daripada logam saduran emas yang dihasilkan oleh scammer yang licik ini. Nak mudah? Pilih je jenama Public Gold yang dah ada berbelas-belas tahun track record. 


Jika kawan-kawan berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi Huda di www.wasap.my/60194641493


Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold

#PGG100Network