Friday, 15 November 2019
Kematian yang dicemburui
*KEMATIAN YANG DICEMBURUI*
Bulan Maulidurrasul, bulan kelahiran Rasullullah. Pergimu di bumi Madinah. Perkuburan Baqi'. Dari perkhabaran di sana, dia hamba Allah yg sangat memudahkan org lain. Membuat kerja sukarela, menyumbang tenaga di pusat Islam, menyumbang utk adikberadik, menjadi ibu yg sangat baik. Menjadi ibu sedara yg penyayang.masyaAllah. dll. Hanya yg lebih mengenalinya sahaja yg tahu.
Memang engkau layak disisiNya. Damailah engkau disana dan bersemadi dengan tenang. Tiada lagi wajah itu di masjid Paya Jaras bulan ramadhan nnt.
13 November 2019
#umrahmamaabahusu
#rindu
#alfatihah
#tokeihartanah
Friday, 4 October 2019
Jadual Kehidupan Harian Muslim
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH
USTAZ ISMAIL KAMUS
1. Bangun Malam✅ (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.✅
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).✅
5. Solat Sunat Hajat✅ (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.✅
7. Istighfr ✅
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil ✅
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus ✅
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x✅
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunat Fajar.✅
12. Solat Subuh.✅
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas✅
18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas✅
19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.✅
“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
[Ustaz Ismail Kamus]
## Share ilmu ini utk peringatan semua
Ps: kongsi ilmu walau sedikit moge2 yg sedikit ini membawa kite ke syurga Allah S.W.T in shaa Allah Allahuma Aameen!
😘
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
(Jom kita amal n kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)
Wednesday, 2 October 2019
Format Surat Rayuan Haji


Kredit to Aliffa Rafini Abdullah
Hari ini 01/10/2019 rayuan haji akan dibuka. Ini adalah contoh surat rayuannya. Semoga anda terpilih untuk menjadi tetamuNya pada tahun 1441H/2020M nanti.
Tips penting anda perlu lakukan:
1. Kalau belum daftar haji, sila daftar dulu sama ada di Tabung Haji atau melalui perkongsian suami saya yang lepas. Baca sini: https://www.facebook.com/590569571/posts/10159137584894572?sfns=mo
Link Tabung Haji: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off
2. Yang ada KWSP attach sekali salinan penyata terkini akaun. Mengapa info ini diperlukan? Klik https://www.facebook.com/590569571/posts/10159206886629572?sfns=mo
3. Kemudian surat ini dihantar secara fizikal ke pejabat Tabung Haji terdekat dan hantar salinan pdf ke alamat email Tabung Haji di atas.
Baik, boleh lihat contoh surat di bawah dan mula menaip sekarang.
4. Surat ini cuma asbab selebihnya kita berdoa bersungguh-sungguh. Tiap malam kita doa solat tahajud dan buat solat hajat setiap malam minta Allah SWT pilih kita.
Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat ya! Aamin.
Azamlah untuk ke Tanah Suci semasa masih muda, sihat, kuat dan bertenaga. Semoga urusan kalian dipermudahkan semuanya.
Aliffa Rafini Abdullah
Dhuyufurrahman 1440H.
Subscribe to:
Posts (Atom)




