Pages

Tuesday, 1 October 2019

RESEPI MEE BANDUNG

Mee Bandung Terliur

Mee Bandung, alahai terliurnya tengok kannn . Jom SAVE dulu resepi ni siap-siap, nanti tunggu sedia barang dah boleh buat.

Sedapnyaaa😍

Bahan-bahan Mee Bandung:-

1- Mee kuning.
2- Daging rebus.
3- Sawi.
4- Tauge.
5- Daun sup.
6- Sos cili.
7- Kicap.
8- Sedikit gula.
9- Sedikit serbuk perisa.
10- Telur.

Bahan Untuk diBlend :-

1- Cabai kering.
2- Bawang besar.
3-Bawang putih.

Caranya-cara Buat:-

1- Tumis bahan blend, lepas tu tuang daging tambah air daging sikit.

2- Lepas tu tuang sos cili, kicap, gula, serbok perisa.

3- Tunggu sampai mendidih pecah telur dlm kuah.
Biar dia masak sekejap dah boleh  letak mee, sawi,  tauge dan daun sup.

4- Dah mendidih dah boleh tuang dlm mangkuk.

5- Siap untuk dimakan.😂

Selamat mencuba 🤭

Kredit: Anie Daud

Guru matematik



_*Untuk direnungkan*_

Seorang Guru menulis sifir 5 di papan tulis :

5 x 1 = 7
5 x 2 = 10
5 x 3 = 15
5 x 4 = 20
5 x 5 = 25
5 x 6 = 30
5 x 7 = 35
5 x 8 = 40
5 x 9 = 45
5 x 10 = 50

Setelah selesai menulis dia balik melihat murid-muridnya yang mulai tertawa menyedari ada sesuatu yang salah.

Cikgu pun bertanya :
"Mengapa kamu ketawa?"

Serentak mereka semua menjawab :
"Yang nombor satu tu salaaaahhh Cikgu..!" 
_(tertawa terbahak bahak)_.

Kemudian cikgu merenung muridnya,
tersenyum menjelaskan :
"Saya memang sengaja menulis seperti itu agar kamu boleh belajar sesuatu dari ini.

Saya ingin kamu tahu bagaimana dunia realiti memperlakukan kita.

Kamukan sudah melihat bahawa saya juga menuliskan hal yang benar sebanyak 9 kali,
tapi tak ada satupun kamu yang memberi pujian.

malah kamu lebih cenderung mentertawakan saya hanya untuk satu kesalahan.

Hidup ini jarang sekali org  menghargai  hal-hal yang baik  walaupun beribu kebaikan yg kita lakukan.
Sedikit pun tidak di puji.

Hidup ini lebih kepada selalu suka mengkritik kesalahan kita, bahkan sekecil apapun kesalahan yang kita perbuat tetap dihidu.

Ketahuilah anak-anakku :
"Orang lebih dikenali dari satu kesalahan yang ia perbuat, dibandingkan dengan seribu kebaikan yang kita lakukan."

Semoga dari kesalahan kita boleh memperbaiki diri lebih baik lagi.

*Seribu kebaikan tidak akan kelihatan,*
*1 kesalahan akan nampak jelas menghapus seribu kebaikan itu.*
*Org kebiasanya lebih cenderung melihat keburukan kita  daripada menilai kebaikan.*

Tabung Pendidikan


E.D.U.C.A.T.I.O.N

JANGAN BIARKAN ANAK2 BERHUTANG UNTUK KE UNIVERSITI

Melaburlah dalam hartanah untuk tabung pendidikan anak-anak anda.

Ini formulanya :

1. Beli satu rumah untuk setiap anak mengikut kemampuan kita sekarang.

2. Duit cashflow sewa dari rumah tersebut jangan dipakai langsung. Simpan dalam akaun sehingga anak mencapai umur 18.

3. Selepas 18 tahun, jual atau refinance rumah tersebut untuk yuran pengajian dan sebagainya.

4. Lepas graduate, anak-anak tidak dibebani hutang pendidikan.

Boleh cuba formula ni
#SaudagarHartanah
Kredit:tuan Ahmad