Pages

Wednesday, 14 November 2018

Alumni SMKTAM


Kredit gambar:fb Mohamad Tarmizi Ismail
Persatuan Alumni sekolah merupakan titik tolak untuk bekas-bekas pelajar menabur bakti kepada pihak sekolah masing-masing.

Salah seorang bekas pelajar SMKTAM sekitar tahun 70-an antara individu yg kini aktif menabur bakti & berkongsi pengalaman bersama NGO. Persaraan bukanlah titik noktah buatnya utk terus berkhidmat kpd masyarakat & negara.

Dalam banyak-banyak NGO yg disertai, Alumni SMKTAM juga tersenarai dlm khidmat beliau sehingga kini. Beliau adalah Naib Pengerusi Alumni SMKTAM.

Bagi pihak Alumni SMKTAM, kami mengalu-alukan semua bekas pelajar SMKTAM menyertai Alumni SMKTAM utk sama-sama menyumbang idea & tenaga. Platform kebajikan disediakan bagi yg ingin menginfaq khidmat.

🤗🤗🤗tahniah kpd semua alumni SMKTAM

Tuesday, 13 November 2018

PUNCA REZEKI SEMPIT


Rezeki sempit juga boleh berpunca dari dalam rumah


Tiada rezeki datang bergolek, kalau tak diusahakan mana mungkin dapat hasilnya. Pun begitu, ada juga yang telah lakukan macam-macam tapi rezeki sempit juga. Kenapa ya?

Melalui perkongsian daripada puan Maryam tentang info yang diperolehi daripada mendengar ceramah dapat memberi pencerahan.

*Kenapa rezeki kita sempit?*

Dah buat macam-macam tapi kenapa rezeki orang lain murah tapi rezeki kita sempit?

Pernah rasa macam tu? Saya pun alaminya, sehinggalah saya dengar ceramah dari seorang ustaz ni yang menghuraikan kenapa rezeki menjadi sempit. Puncanya ada dalam rumah kita semua.

 1. Sinki dapur penuh bertimbun pinggan mangkuk yang tidak di basuh. Sebelum tidur kena pastikan pinggan, mangkuk, periuk dan cawan semuanya di cuci bersih. Jangan biarkan di dalam sinki, kerana akan menjadi makanan jin & syaitan. Sisa makanan yang kotor akan menjadi habuan syaitan yang suka pada benda-benda kotor.😣

 2. Sampah🗑 dalam rumah kena bungkus rapat dan buang sebelom tidur.

 3. Tandas🚽 dan bilik air🛁 kotor juga punca rezeki tersekat. Tandas adalah tempat tinggal bagi syaitan dan jin. Bila kotor geng syaiton ini akan membiak👹☠ dan berjoget sakan dalam tu. Jadi pastikan tandas rumah kita sentiasa bersih tau.

 4. Rumah bersawang🕸 lagi susah rezeki nak masuk tau. Kena pastikan rumah kita bebas dari sawang. Kerna itu punca rezeki tersekat.

 5. Pintu🚪 tandas sentiasa di biarkan terbuka pun punca syaitan👻 bebas keluar masuk dalam rumah kita sesuka hati mereka. So kena tutup pintu tandas sentiasa. Hehe

 Okey dah tau puncanya kan? Rupanya dari sikap kita sendiri. Hehehe. Peringatan untuk diri saya jugak. So kena rajin-rajinlah ye pastikan segalanya dalam keadaan bersih. Supaya rezeki terbuka luas untuk kita sekeluarga.👨‍👩‍👧‍👦❤

IQRA'


Sebagai khalifah di muka bumi manusia adalah  dipertanggungjawabkan menjaga dan memakmurkan bumi. Allah taala menganugerahkan AlQuran dan Sunnah sebagai panduan hidup.
Marilah sama-sama kita imarahkan hidup kita dengan jadikan AlQuran dan Hadis sebagai petunjuk hidup.