[ MISTERI ARWAH FARIS ] . Versi complete
.
"Abang Man, arwah ............"
"Kenapa dengan arwah? " Balas abang Man kebingungan.
"Suara arwah , yang call tadi. Arwah Faris !"
Riyak Wajah kelompok hadirin mula berubah. Ketakutan dan seolah-olah tidak percaya dengan berita itu.
Arwah Faris Mohamad, seorang medical student tahun 4 di salah sebuah Universiti di Mesir. Beliau seorang yang rajin dan disenangi rakan sekeliling. Baik dan tidak banyak cakapnya, bahkan beliau sangat komited dalam tugas sebagai pelajar.
Namun, Allah lebih sayangkan beliau, umurnya tidak panjang, kembali ke sisiNya seawal 22 tahun.
Jumaat yang hening itu, kehilangannya mula disedari seusai azan Zohor berkumandang. Ketukan pintu dari Azri , rakan serumahnya tidak berbalas oleh Faris. Acap juga pintu itu diketuk, masih tidak bersahut dengus suara.
Gerak hati beralih rasa, lantas Azri memilih untuk memulas tombol pintu kamar Faris. Perlahan lahan dibukanya, tiada apa yang pelik, Hanya ada Faris yang sedang berselimut.
" Faris, Bangun solat jumaat, kita dah lewat ni. imam dah baca khutbah tu. " Azri berkata dari jauh.
.
Tiada sahutan. sunyi .Azri kemudian datang mendekat, terperanjat dia bila melihat Sahabatnya itu sudah pucat Lesi. Kaku dan bibir kebiruan. Allahu. Dipegangnya pergelangan tangan.
Allah.. Faris dah tiada.. tergamam dia, turut kaku tanpa hala tuju.
lalu Bergegaslah Azri menuju seorang lagi rakan serumahnya, Hakim.
Berita kematian Faris serta merta tersebar dikalangan warga Malaysia di penempatan itu.
Pihak polis Mesir turut hadir untuk menjalankan siasatan ,rumah tersebut disita dan tiada siapa yang dibenarkan masuk. Arwah Faris dibawa ke hospital untuk mendapatkan pengesahan punca kematian beliau.
Dalam masa yang sama, perwakilan pelajar Malaysia di penempatan itu mula menyusun agenda serta merta. Pengerusi Persatuan Pelajar Malaysia turut bergegas ke sana sini untuk menyelesaikan proses penyimpan jenazah.
Alhamdulillah jenazah tidak dibebankan dengan desakan pengebumian di Malaysia. Puan Hasnah, Ibu arwah Faris redha untuk beliau dikebumikan di Mesir. Namun malangnya Puan Hasnah tidak dapat hadir ke Mesir segera kerana kehabisan tiket penerbangan.
Sementara itu di dewan Malaysia, para ikhwah sedang melakukan solat hajat berjemaah kepada arwah, agar dimudahkan urusan arwah di hospital forensik. Usai solat, mereka berkerumun menghadap Azri dan Hakim, rakan serumah arwah, bertanya kisah sebenar, punca dan lain lain info terkini berkaitan arwah.
Sedikit demi sedikit, ramai yang pulang ke rumah . Jam pula sudah hampir 11 malam.
Tinggal beberapa orang sahaja di dalam dewan itu, termasuk Azri dan Hakim, masih melayan beberapa soalan rakan lain.
Tiba tiba...
Dering telefon berbunyi.
Azri menyeluk koceknya. dering itu datang dari handphone arwah Faris. Azri membawa ke mana saja handphone Faris, persediaan jika ada yang menghubungi nombor itu.
Azri menatap lama skrin handphone , nombor tidak dikenali. Tiada dalam simpanan arwah Faris.
Tidak membuang masa,Azri lantas menjawab
. Dan memulakan salam.
"Assalamualaikum"
....................
Dari mata menunduk kesedihan, tiba tiba berubah menjadi luas seluasnya, jantung berdegup kencang, mulut terkunci, suasana yang sangat mendebarkan terpanah sentap mengalir deras di salur darah Azri.
Tanpa sepatah kata, Azri berlari menuju ke luar dewan. Berlari seolah terserempak dengan lembaga jin.
"Azri! Azriii. Nak kemana tu. Nak kemanaaa?!" Teriak Man dari jauh, cuba berlari menuju Azri.
Azri terpaku. Diam. Bisu tanpa sebab. Apa yang difikirnya menjadi tanda tanya kawan kawan. kehairanan !
" Abang Man... " Azri bersuara.
" Ya "
" Abang Man, arwah ............"
"Kenapa dengan arwah?" Balas Man kebingungan.
Suara arwah , yang call tadi. Arwah Faris !
Riyak Wajah kelompok hadirin mula berubah. Ketakutan dan seolah-olah tidak percaya dengan berita itu.
Dring Dring....
Handphone itu berdering lagi...
Azri hilang dari pandangan. Handphone sudah ditangan Man.
Dup dap dup dap..
Gegar jantung Man dengan deringan itu. Bermacam perkara bermain di minda.
Apakah betul yang Azri katakan. MUSTAHIL!
Tidak melayan perasaan,
Man gagahkan ibu jarinya untuk menekan panggilan itu .
" Assalamualaikum. " Man memulakan.
...... sunyiiiiii........
....... tiada suara........
Kosong
Kosong.
tiba tiba.
"CEPAT CEPAT CEPAT! JANGAN TUNGGU LAGIII .
CEPAT CEPAT CEPAT!
JANGAN TUNGGU LAGIII .
CEPAT CEPAT CEPAT!
JANGAN TUNGGU LAGIII "
Terkejut Man. Tersentap!
Dialihkan handphone dari telinganya. Suara itu meremang romanya yang sedia terangkat.
Tidak syak lagi suara yang dia dengar itu adalah suara Arwah Faris..
Istighfar mereka beramai ramai di dewan. Keringat membasahi pipi. Apa yang berlaku? Apakah yang suara itu mahu?
.
.
.
Peristiwa malam itu didiamkan. Masing masing mengunci mulut.
Semua memegang rahsia sesama mereka.
Disudut kamar sofa itu, ada Azri yang sedang mengenangkan peristiwa semalam. Renungannya tajam melihat pada handphone arwah Faris di atas meja. Bermacam perkara singgah di kotak mindanya. Sayup terkenang wajah arwah sahabat baiknya, Azri mencapai handphone itu. Dicarinya nombor semalam di bahagian " call log ".
Ya . Nombor semalam. Bertemankan rakan rakan lain yang menemani di kediamannya, Azri yang masih dalam trauma, cuba gagahkan diri menghubungi semula nombor yang tertera.
"Bismillah tau Azri" ujar Hakim bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
" Tiitt. " Butang call ditekan.
Berdebar, hairan, gelabah bercampur baur menantikan jawapan Azri. Rakan rakan mula fokus kepada matanya.
Kerutan dahi Azri bertambah garis, lantas dijauhkan handphone itu dari telinga.
" Hmm, nombor tiada dalam perkhidmatan" ujar Azri, pelik.
"Tiada dalam perkhidmatan? Macam Mana boleh berlaku?
Bak sini aku tengok jap " Sambung Hakim
Hakim mencari senarai panggilan tadi. Tekan itu, tekan ini. Puas dicarinya, nombor yang Azri hubungi tadi tidak juga dijumpai.
Azri kemudian mencari nombor itu di bahagian "call log".
Kosong. Tiada. Dilajukan ibu jarinya merobek senarai "contact" , juga tiada.
" Apa dah jadi ni. Tadi call nombor tiada dalam perkhidmatan, bila cari balik nombornya pulak hilang " gusar Azri
Debaran berganti resah. Logik akal sudah tiada peranan tika ini. Tanda tanya berjalan laju seiring degup jantung.
.
"Aku rasakan, ada sesuatu yang arwah nak sampaikan ni. Lagipun sampai bila jenazah nak disimpan dalam peti mayat kat hospital tu. Mesti jasadnya kesejukan. " ujar Man cuba menggali rahsia.
Kita sedia maklum, jenazah yang sudah berpisah dari Ruh, perbezaan waktu mereka tidak sama lagi seperi manusia normal. Apatah lagi daya tahannya terhadap suhu dan luka dari luar.
Setelah berbincang dan berkongsi pendapat, Azri dan Hakim bergegas menuju Ilyas, wakil pelajar Malaysia. Mohon untuk disegerakan proses pengebumian arwah Faris.
.
Dipendekkan cerita, pihak hospital setuju menyegerakan proses kerana tiada apa yang curiga pada tubuh badan arwah, samaada cubaan dibunuh atau sebab lain. Arwah Faris disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.
Proses Memandikan arwah Faris diuruskan sendiri oleh kedutaan Malaysia di Mesir dan rakan rakannya. Mengambil masa hampir dua jam. Liuk jemari dilendikkan sehabis daya agar tiada bahagian anggota arwah yang tercalar atau terluka.
"Mengagumkan! " itulah frasa padu yang di ungkap Doktor Yousef, Coordinator Pelajar Malaysia ketika memerhati ketelitian orang Malaysia Memandikan jenazah. Berbeza dengan bangsa mereka.
....
...
Burung hud hud bercicip di balkoni, sungai nil terus beralir mendamaikan kota bandar Mesir pagi itu.
Jenazah siap dikafankan, penuh hemah dan hormat, khidmat terakhir diiringi Sayang dan kasih untuk pemergian rakan tercinta.
Jenazah Faris di bawa ke ruang dewan pelajar Malaysia, untuk menyempurnakan solat jenazah. Puan Hasnah, ibu arwah Faris , hanya mampu menitip doa dari kejauhan, sambil berusaha ke lapangan terbang, kalau kalau tiket penerbangan sudah "available"
.
Alhamdulillah, pengebumian arwah sempurna di ibu kota Kaherah. Yang peliknya, waktu perjalanan sejam sahaja. Jalan lengang, tiada kesesakan lalu lintas. Biasanya waktu "peak hour" begini , lalu lintas sesak, sekurang kurangnya 3 jam baru tiba di bandar Kaherah.
.
.
Pengalaman yang berlaku ke atas Azri dan rakan rakan masih menjadi tanda tanya.
Bermula dengan panggilan dari suara arwah,
pesanan " Cepat cepat cepat, jangan tunggu lagi ",
masih berlegar misteri di sudut memori Azri dan Man. Suara yang penuh pengharapan dan kekalutan itu ,membuka minda mereka untuk dapatkan jawapan. Bukan itu saja, nombor tiada dalam perkhidmatan, dan hilang dari simpanan, menambahkan lagi kisah misteri arwah Faris.
.
Tanggal 22 Mac 2013 , Azri dan rakannya bercadang untuk bertemu guru mereka, Syeikh Usamah Syed. Mereka menceritakan segala perihal yang berlaku semasa pemergian arwah Faris.
Tekun mendengar, teliti deria Syeikh Usamah menangkap setiap butir kata dari Azri, Hakim dan Man.
"ALLAHUMMA SOLLI ALAA MUHAMMAD. Subhanallah " itulah ayat pertama yang keluar dari lenggok lidah Syeikh Usamah.
" kawan kamu itu benar benar dipilih Allah Azza Wajalla. Banyak tanda kemuliaan Allah hikmahkan pada dia. Meninggal dunia pada hari jumaat adalah Nur pertama arwah miliki. Kemudian istimewanya beliau kerana diizin oleh Allah untuk berhubung dengan alam dunia sedangkan itu mustahil pada akal kita yang waras. Namun, tidak bagi Allah. "
jelas Syeikh.
" Berada dalam peti sejuk di bilik mayat sangat menyeksa kondisi roh beliau. Mungkin arwah meminta izin dengan Allah untuk dikebumikan segera. Dan Allah izinkan dengan cara sebegini.Subhanallah ! tanda kekuasaanNya."
Rakan yang hadir termangu, tunduk tanda faham, takjub.
" Kamu tahu apa amalannya?" Ujar Syeikh Usamah penasaran.
" Saya kurang pasti Syeikh, arwah pendiam, tak banyak cakap, baik dengan kami. Macam rakan rakan lain.
Oh ya , cuma kalau bab solat, dia betul betul jaga, selalu solat awal waktu. " Jelas Azri penuh semangat
" Syeikh, saya nak bagitahu sesuatu. " Man mencelah
" Silakan Man "
" Sebenarnya, Waktu solat jenazah tempoh hari, saya antara yang terlewat . Ketika nak masuk saf paling belakang, saya ada ternampak 3 orang lelaki berjubah dan berserban putih, atas bawah. Saya tak nampak jelas wajah mereka. Yang pastinya sangat bercahaya.
Mereka menuju ke saff sebelah sana. Saya di bahagian lain. Yang jelasnya, tubuh mereka tidak macam orang Melayu, sasa seakan orang arab.
.
" Subhanallah. kamu ingat bentuk badannya? " sambung Syeikh Usamah.
" Mereka bertubuh tegap dan sasa.
Tapi kan syeikh, Apa yang kami ingat, hanya rakan Melayu yang solatkan jenazah. Dan doktor Yousef, koordinator kami satu satunya orang Mesir yang hadir.
Bila sudah solat, saya tengok mereka bertiga dah tiada. Takkan lah cepat sangat mereka pulang " ujar Man panjang lebar.
" Allah. Hmm, Kamu tahu macam mana hubungan arwah dengan ibunya? " sambung Syeikh
"Arwah Faris sangat menghormati ibunya. Dia selalu utamakan ibunya dalam setiap hal syeikh. Ibu dan ayahnya sudah bercerai. Ibunya berkahwin lain. Setiap pagi sebelum ke kelas, beliau akan mesej, mohon restu ampun. Setiap minggu dia akan skype dengan ibunya." Ujar Man
" kami ada jenguk blog dia, yang ditulisnya semua berkaitan Mak. Tentang kasih sayang ibu , jerih perih mereka membesarkan anak. dan tanggungjawab anak anak kepada Ibubapa . " Man turut memuji .
"Sebenarnya sebelum saya sedar ketiadaan Faris pagi jumaat tu , saya tengok ada 5 'miscalled' dari ibu Faris. Bila saya ' call ' balik untuk maklumkan berita sedih ini, Makcik bagitau itulah punca kenapa dia rasa tak sedap hati.
Kerana sepanjang 4 tahun di Mesir , Faris TIDAK PERNAH terlewat atau lupa untuk bertanya khabar Makcik sebelum memulakan aktiviti lain. " Azri mendedahkan Rahsia Faris.
.
Faris mengangkat darjat ibunya di Maqam tertinggi sesudah Allah dan Rasul. Pernah dia coretkan di blog peribadi tentang impian hidup nya.
' Syurga aku adalah ibuku. Ditelapak kakinya kemuliaanku. Aku mempunyai impian yang besar dalam hidup. Aku akan bekerja keras untuk hadiahkan ibuku rumah, kereta, dan membawa dia buat umrah.
Satu hari nanti aku akan berkahwin. Namun jika impian ini menghalang aku dari berbakti untuk ibu, aku lebih rela tidak berkahwin, dan akan terus berbakti untuk ibu sehingga ke akhir hayat.'
MasyaAllah...
Bergenang airmata Syeikh Usamah mendengar perkongsian anak muridnya.
Sambil mengesat airmata yang berat bertakung, hujung lengan baju ditarik ke ekor mata, menghilangkan baki airmata yang tidak mampu lagi disekang . Sebak usah dikata, sesak nafas menahan. Perasaan bercampur baur, terkedu dengan apa yang berlaku.
.............................
.
.
Misteri arwah Faris Mohamad tidak tersebar luas. Hanya beberapa rakan terdekat yang tahu.
kisah kasih sayang mendalam anak terhadap ibunya ini sangat meruntun kalbu.
" Redha Allah terletak pada redha ibu bapa "
Ibu adalah lubuk pahala anak anak. Meninggalnya ibu, hilanglah satu rahmat disisi anak 😭😭
.
Arwah Faris telah membuktikan bakti nya tulus untuk ibu. Allah memuliakan beliau dengan pelbagai rahsia yang kita rasa mustahil berlaku pada logik akal. Menguatkan lagi keimanan bahawa Allah itu berkuasa, ilmu ghaib itu rahsiaNya.
.
Alfatihah buat Arwah Faris Mohamad.
.
Yang baik datang dari Allah, yang kurang daripada diri saya.
.
.
.
.
++ nama adalah samaran, gantian nama pemilik asal
++ kisah realiti berdasarkan pengalaman penulis.
Ikhlas ,
Syarifah Sayeda
08 Jan 2017
Mesir
Sunday, 12 February 2017
Khasiat mut-mut /alga Mekah/kombucha/cendawan ajaib
Mut-mut ni tak asing lagi bagi keluarga kami. Masih dalam ingatan penulis, lebih 35tahun dulu tok (mak ayah) telah membelanya di dalam balang kaca di Yan,Kedah. Kemudian, aruah ayah pula membelanya juga di rumah. Makanannya hanya 2sudu gula. Setelah sedikit masam, barulah diminum airnya.
Cuma kini, ceritanya bermula....
Penulis macam biasa menelefon dari mak di kampung. Topik kali ini tentang mut-mut. Sebab katanya Wa (panggilan kakak sulong), bgtau, ada kawannya minum air mut-mut untuk merawat batuk. Selain itu kesannya juga penyakit asma dia pon hilang..
So, dengan zaman teknologi yg canggih ini,penulis google. Rupanya banyak sangat khasiatnya mut-mut ni. Tetiba teringat yang 7tahun lepas ada bawa benihnya di KL ni. Yeyyy..projek bermula kembali.
Sejarah
Ada yang kata dari Rusia , China , Mekah
Cara menjaga & Makanan
Perlu diletakkan di dalam balang kaca
Sediakan rendaman air panas dan dimasukkan gula & serbuk teh
(Tunggu hingga betul2 sejuk baru tapis & masukkan ke dalam balang kaca tersebut)
Air yang disarankan-air mineral
Khasiat
1-stroke
2-kanser
3-batu karang
4-prostat
5-migrain
6-tyroid
7-batuk berpanjangan
8-asma
9-memulihkan tenaga batin/lemah tenaga batin
10-keletihan/susah tidur
11-lenguh sendi
12-sakit pinggang
13-gout
14-kencing manis
15-menguruskan badan
16-tekanan darah tinggi
17-gastrik
18-artristik (sakit sendi)
19-sakit saraf
20-sembelit
21-lelah/semput/asma
22-sakit dada
23-terkena buatan guna-guna/sihir
24-haid tidak teratur/keputihan/senggugut
25-awet muda
26-sakit jantung
27-kencing tak lawas
28-sakit buah pinggang
29-bisa-bisa dalam tulang sendi
30-sakit urat
31-paru-paru berair
32-sakit perut
33-sakit ulu hati
34-perempuan lepas bersalin
35-resdung
36-luka-luka kecil
37-pening kepala
38-saluran darah tersumbat
39-jerawat
40-sakit kuning, dll.
Cara minum
Menunggu proses penapaian sehingga 2 minggu
Ianya hanyalah cara tradisional untuk membantu memulihkan penyakit
Minum waktu pagi segelas sewaktu perut kosong, manakala gelas ke2 n ke3 bolehlah diminum selepas makan tengah hari dan malam.
Inilah sahaja info buat kali ini.semoga bermanafaat.
Saturday, 11 February 2017
Doa seorang pemuda
KISAH PENGAJARAN : DOA SEORANG PEMUDA
Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.
Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.
Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.
Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah.
Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.
Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.
Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan.
Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.
Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu."
Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tadi.
Allahu Akbar!
Kisah ini sangat terkesan di jiwa saya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain.
Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus.
Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas.
Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.
Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.
Sahabat/Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.
Dan kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulamak di dunia ini.
Allahu Allah!
*Siapa lah kita untuk mendabik dada, berkata akulah segalanya*. #kuHijrahkanSebuahDoa..
Cnp:
syukuri nikmat
#kembaranajahhayati
Subscribe to:
Posts (Atom)


