Pages

Sunday, 1 January 2017

Siput mentarang


Assalamualaikum.
Selamat tahun baru 2017.

Penulis terbaca artikel di fb ni. Kawan sekolah rendah n kawan sekampung sepermainan la dulu2.Namanya Faizal Hazali tapi kami panggil Jan. Uihhh, tengok siput mentarang dia p cari sendiri tu yang rasa gian je. Bukannya apa, dulu2 masa kecik memang kaki cari siput ni. Abih selut kat badan. Pi cari di ditepi laut, bawa bekas tong macam tu, ada tali boleh tarik. Bawa papan habuah korek.oohh,sungguh nostalgia.

Aruah ayah pulak,bila dah settle kerja2 di bendang, dia p cari siput (musim juga), p menjala & memukat ikan di sungai (ikan lampam/sepat/puyu...). Memang syok ikut ayah.

Kalau ayah p cari siput, guna sampan untuk letak siput mentarang tu. Ada yang kami makan, tapi banyak sangat aihh. Dulu2, belah malam ada sebiji lori mai beli siput (pemborong la gitu) dalam tahun 1986-1989 kalu betul ingatan tu. Penulis n seorang abg ni la kaki tunggu lori dan jual kepada pemborong tu. Dapat 1besen dalam RM10-RM20 masa tu memang mahal la.syok x kira. Bila diingat balik, itu pon ayah dan mak dah ajaq berniaga.

Sungguh nostalgia.masih kah kau ingat wahai abg dik.🤔

Terukir namamu di awan Gunung Jerai



31.12.2016
Wahhh, hampir umur 69 tahun (1948-2016) baru la kali pertama ibuku Fatimah n mak sedara, Wa Che liah menjejaki dan merasai kedinginan udara dari puncak Gunung Jerai. Walau di tempat sendiri, tiada kesempatan untuk ke atas sana. Dulu2 takot katanya. Sekarang ke mana pon mak pergi,adikku akan bawa. Muka mak berseri2 je sekarang ni. Mak suko berjalan .perangai tu mengalir dalam darah penulis ni juga. Suka kan kedamaian, hijau,& sebagainya. Kasih sayangnya x pernah berubah.

Kini,anak2 dah besaq, dah boleh bawa mak ke mana pon.mak x kesah. Mak x banyak songeh. Janji boleh pakai pakaian baru, berjalan ,makan,...tido,naik kereta,...

Tq adik2 kerana menggembirakan mak diusia2 emas ni. Bila telefon je, mesti cerita p sana sini la. Syukur ya Allah. Masih dapat lagi kurenung wajahnya (wajahku bila tua nanti).hihi.

Ok,selamat malam dunia.

#hope esok ada berita gembira.

Selamat Bercuti
-----------------------------



  




Birthday penutup tirai 2016


 

Assalamualaikum.

Hari ni 1.1.2017 (Ahad). Semalam 31.12.2016 (Sabtu) merupakan hari terakhir tahun lepas. Bulan Disember ramai yg menyambut ulangtahun majlis pnkahan,birthday n sebagainya. Ni nk citer, 4orang kalu x salahnya anak2 sambut birthday bln 12 iaitu,Farah,Dina,Fatin n Anis. Memory sweet 20 kpd 2org anak2 yg dh besaq belaka.hope, mereka berdua beroleh kejayaan dunia akhirat. Sorang ke UKM dlm degree Usuluddin dan sorang degree Business. Apapun jalannya, redha Allah n redha ibubapa diutamakan.

Yang 2 lagi tu, semoga mereka juga dapat ikut jejak lgkah kakak2 korang ni. Depa ni dah jadi kawan pada penulis.dah boleh gaduh2.

Ok,semoga kalian berjaya n set matlamat yang jelas.

Jumpa lagi dilain lembaran. Kasihku tidak pernah luntur untukmu.
#legasicintahambamu